“Asyik abang dan kakak je mengalah dengan adik”, setiap keluarga pasti mengalami situasi ini. Yang menjadi mangsa pening kepala pastinya mama. Mama lah orang yang akan leraikan pergaduhan tersebut.
Namun bukan senang untuk tenangkan anak-anak. Bila minta si abang yang mengalah pasti abang rasa tidak adil. Bila diminta adik mengalah, si adik pula yang menangis tak henti-henti.
Baca Selanjutnya:
Anak sulung saya lelaki (6 tahun) adiknya pula 1tahun 6bulan. Saya tahu dia memang sayangkan adiknya. Tapi, ada masanya dia marah-marah dan akan menangis sebab dia terpaksa beralah dengan adik. Contohnya dia isi air dalam botol minuman untuk dia minum. Tapi, bila adiknya nampak adiknya nakkan juga botol minuman tu.
Saya serba salah. Sebab bila saya minta adik pulangkan botol pada abang, si adik enggan dan akan menjerit. Akhirnya saya terpaksa minta abang beralah. Saya katakan, dia seorang abang yang baik dan sayang pada adik. Kemudian dia akan menangis dan saya biarkan sampai dia reda. Then, barulah saya peluk dan pujuk.
Betul ke cara saya ni Ibu?. Kalau dulu, saya suka marah-marah, tapi sekarang saya tak nak marah-marah lagi.
JAWAPAN:
Ini satu peningkatan bagi puan. Dalam masa yang sama, Ibu ingin puan naik ke satu tingkat lagi. Puan perlu kuat hati untuk memberi peluang abang untuk menang sekali-sekala.
Dan mengajar anak yang kedua itu juga mengalah serta tidak mengambil barang abangnya sewenang-wenang. Walaupun masih kecil, kita boleh mendidik dengan sabar ya.
Kita tidak mahu abang itu akan timbul kepercayaan diri yang dia sentiasa perlu mengalah kerana dia sulung. Dan yang paling penting, kita tidak mahu adik itu mendapat kepercayaan bahawa dia boleh ambik semua barang abang dia dan abang perlu mengalah.
Ini pada jangka masa panjang akan menyebabkan anak kedua itu selalu membuli si abang. Fenomena ini biasa kita lihat bukan? Abang sulung selalu mengalah bila ada perebutan harta pusaka. Ibu melihat sendiri terjadi pada arwah ayah ibu.
Lagi satu bila si abang sudah besar, dia tiada the ability to negotiate and win. Susahlah karier atau bisnesnya.
Sumber: Ibu Rose – Mesejnya Kasih