Ajar sesuatu kepada anak tetapi tidak mampu diingati. Mama papa pun mula marah-marah, ingat anak tidak berusaha. Tapi tahukah anda sekiranya ibu bapa menggunakan cara yang tepat dengan stail pembelajaran anak, semuanya jadi mudah buatnya.
Kaunselor, Puan Farhan telah berkongsi tentang 3 stail pembelajaran si manja. Kalau dahulu ibu ayah salah formula, boleh cuba cara ini pula. Tetapi ia bukanlah satu cara yang sama kepada semua kanak-kanak kerana setiap kanak-kanak mempunyai stail pembelajaran masing-masing. Nak tahu anak anda dari stail pembelajaran yang mana, boleh ikuti perkongsian Puan Farhan ini.
Kenali learning styles anak anda
Saya ada soalan untuk anda diluar sana.
Adakah anda aware dengan learning styles?
Adakah anda aware dengan learning styles anak anak anda?
Learning styles ini secara mudahnnya merujuk kepada cara/pilihan yang berkesan untuk seseorang absorb , process dan simpan information dari sekeliling mereka.
Contohnya, masa saya belajar dulu saya suka belajar sambil berjalan sebab learning styles yang utama untuk saya adalah kinesthetic.
Orang yang mempunyai learning styles jenis ni biasanya mereka tak boleh duduk diam bila belajar.
Sentiasa kena bergerak sana sini.
Paling tidak pun dapat gerak kaki masa belajar pun dah ok supaya saya dapat fokus apa yang saya belajar.
Kenapa penting untuk kita tahu learning styles?
1) Mengurangkan stress dan memberi rasa seronok ketika belajar
2)Memaksimakan kan potensi dan keberhasilan ketika belajar
Bila anda jadi parents, dan anda nak ajar anak anak, benda pertama yang anda perlu faham adalah bagaimana learning styles anak anak anda.
Tak boleh main ajar je cara anda.
Cara yang anda rasakan terbaik belum tentu terbaik untuk anak anda.
3 jenis learning styles yang utama:
Auditory
Visual
Kinesthetic
AUDITORY
Kalau anak anda jenis auditory dia lebih tertarik untuk belajar melalui bunyi.
Ads
Bila kita bacakan dia sesuatu buku, dia lagi suka berbanding dia yang baca buku dan tengok buku tu.
Tanda tanda anak anda jenis auditory:
1)Suka menyanyi. Biasa sekali dengar lagu dia dah boleh repeat lagu tu.
2)Sensitif dengan bunyi. Bunyi yang perlahan pun dia boleh sedar
3)Suka bercakap
4) Excited bila dengar lagu/dialog
Semua ciri ciri ini ada pada anak saya Aufa. Yes, dia memang jenis auditory.
Kalau benda yang dia dengar sangat mudah untuk dia hafal.
Kalau kita tunjuk gambar dan suruh sahaja dia mudah bosan.
Tapi kalau kita bacakan buku tu, dia super excited!
Dulu masa belum aware pasal ni, saya perasan bila saya suruh Aufa baca buku, dia cepat bosan dan dia akan cakap susah lah baca buku ni. Saya ingatkan dia saja malas, rupanya salah teknik?
Kalau ada anak jenis auditory ibu ibu kena rajin bacakan buku bersama anak anak ya.
Ads
Selain dgr orang ajar mereka biasanya suka read aloud. Anak anak ini bukan jenis suka baca dalam keadaan senyap. So get ready telinga masing masing ya ibu ibu?
VISUAL
Kalau anak anda jenis visual mereka sukakan gambar, suka kan video dan lebih mudah belajar bila mereka lihat sesuatu disekeliling mereka.
Tanda tanda anak jenis visual
1)Kalau pergi berjalan dia suka memerhati disekeliling.
2)Suka melukis dan suka aktiviti kraftangan
3)Sangat tertarik dengan gambar dan video
4)Biasanya anak anak ini mempunyai imaginasi yang tinggi
Jadi anak anak jenis ini perlukan ibu jadi lebih kreatif.
-Gunakan banyak buku bergambar semasa belajar.
-Gunakan juga flash card berwarna warni
Ads
-Boleh tonton educational video
-Boleh melukis bersama anak
-Guna sticker/kertas berwarna sebagai bahan bantu belajar
KINESTHETIC
Anak anak yang jenis ini biasanya suka guna fizikal ketika belajar.
Macam saya cakap kat atas sana, bila seseorang itu jenis kinesthetic mereka sukak bergerak masa belajar.
Jadi jangan marah bila anak tidak duduk diam semasa belajar.
Kalau anak jenis kinesthetic bila kita paksa duduk statik mereka akan stress dan hilang minat belajar
Untuk membolehkan mereka fokus mereka perlu bergerak, berjalan atau melompat!
Tanda tanda anak jenis kinesthetic
1)Kebolehan dalam sukan/menari
2)Sentiasa bergerak semasa belajar
3)Kalau semasa baby biasa mereka anak anak ni cepat merangkak, berjalan dan duduk
Sebenarnya kita semua ada ketiga tiga jenis learning styles, cuma yang mana lebih dominan untuk anak kita.
Itu yang kita perlu tahu sebab yang dominan itulah yang perlu kita kerap aplikasikan supaya anak kita lebih mudah belajar tanpa perlu stress.
Tak perlu nak memaksa anak di usia bawah 6 tahun belajar bersungguh-sungguh sehingga menghadkan waktu bermainnya.
Namun kita boleh menggunakan pendekatan yang menghiburkan anak-anak dengan kreatif tanpa anak rasa terkongkong dan mudah jemu untuk belajar.
Jadikan proses pembelajaran untuk anak di usia ini sesuatu yang menyeronokkan dan akhirnya mereka tetap mendapat manfaat untuk diri sendiri.
Perkongsian dari Pengetua Genius Aulad Saujana Utama Puan Ashikin Hashim ini boleh dijadikan garis panduan untuk mengajar anak mengenal ABC di peringkat awal dengan mudah.
Cukupkah dengan hanya kita menunjukkan anak buku ABC supaya dia kenal ABC? Bagi saya ia tidak cukup. Untuk seorang anak yang aktif, ceria, produktif, imaginatif – memaksa dia duduk diam memandang buku tanpa aktiviti yang meransang minda anak adalah sesuatu yang membosankan.
Jom kita jadi ibu bapa yang efektif dan kreatif! Berikut adalah beberapa cara dan aktiviti yang boleh kita lakukan untuk anak mengenal ABC dengan cara yang menyeronokkan.
*perhatian: kenalkan huruf kecil dahulu baru huruf besar.
Menyanyi!– banyak sekali lagu-lagu nursery ryhmes yang boleh kita pelajari dari youtube unruk mengajar anak-anak mengenal ABC.
SEBUT, SEBUT SELALU! – ketika kita pakaikan anak diaper, atau ketika anak sedang main, kita sentiasa sebut supaya anak dengar dan biasa dengan huruf-huruf ini.
FLASH THE CARDS! – Jika rajin buat kad imbas sendiri, jika tidak, banyak sekali kad imbas di pasaran. Dapatkan satu set untuk anak, dan flash kan di depannya 5 minit sehari sahaja. Tapi konsisten.
ALPHABETS CHART – buat atau beli carta huruf dan lekat di dinding rumah. Peruntukan 5 minit sehari untuk anak baca dan tunjuk. Carta perlu ditampal mengikut eye level anak. Jangan terlalu tinggi.
ALPHABETS IS EVERYWHERE! – Buat saru target. Minggu ni nak perkenalkan 2 huruf pada anak contohnya K dan L. Lekatkan kad K dan L di tempat yang selalu anak berada. Contohnya di pintu utama, di sebelah komputer, di tempat dia bermain dan sebagainya. Minta anak sebut bila terjumpa huruf tersebut.
SNAP A PICTURE! – Saya pernah kongsikan aktiviti Wajdi yang menggunakan telefon lama untuk mengambil gambar huruf yang saya lekat di sekeliling rumah. Dia snap dan dia tunjukkan kepada saya dan sebut huruf itu. It’s really FUN!
COLLAGE– Aktiviti kolaj ialah aktiviti mengoyak kertas dan menampal. Lukis sebiji apple misalnya dan lekatkan kertas warna yang dikoyakkan kecil-kecil oleh anak dan tampal. Kemudian ajarkan anak, a is for apple. Sebut a berulang kali. Atau berikan template huruf yang boleh diprintout dari internet dan buat aktiviti kolaj bersama anak. Jangan lupa masukkan falam journal ya!
FINGER PAINT – belajar mengenal huruf dengan cara melukis huruf terbut dengan jari. Wah..bestnya! Lukis dan sebut. Bukan saja dapat melukis tapi dapat juga kenal warna, campur warna, rasa teksturnya dan macam-macam lagi.
HIDE & SEEK – Jom main nyorok-nyorok. Sorokkan huruf di beberapa bahagian rumah. Contohnya di bawah meja. Minta anak cari huruf tersebut. ‘ Wajdi tolong cari huruf ‘a’.!’ Bagi clue kepada anak. Huruf ‘a’ ada di tempat kita selalu makan!
ALPHABETS SCRAP BOOK – buat aktiviti yang mengumpulkan semua huruf-huruf. Minggu ini belajar ‘a’. Tulis atau warna atau buat aktiviti kolaj. Minggu hadapan ‘b’ pula. Kumpul sehingga ‘z’. Compile dan jadikannya SCRAP BOOK. Engage dengan anak. Buat aktiviti berkaitan ‘a’. Contohnya ‘apple’ – makan apple, potong apple, buat jus apple, pegi market cari apple (maaf saya campur Melayu English – pandai-pandailah nanti anda nak fully english atau Melayu sahaja)
MashaAllah. Banyaknya aktiviti mengenal huruf. Jadikan pembelajaran anak-anak sesuatu yang menarik dan menyeronokkan. Jom jadi ibu bapa yang kreatif!
Ashikin Hashim
Early Childhood Practitioner
Genius Aulad
Saujana Utama
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Anak sememangnya sifat ingin tahunya amat tinggi. Bila sudah pandai meneroka pensil atau apa sahaja yang berbentuk seperti pensil pasti anak akan cuba hendak lihat apa akan jadi kalau digerakkan.
Terapis Cara Kerja, Nurul Sheriena Musa berkongsi manfaatnya bila anak jadikan aktiviti menconteng salah satu aktiviti kegemaran mereka.
Ada pensil dijadikan celak sebab terlihat ibu guna eye liner
Ada pensil dijadikan sikat sebab terlihat ayah menyikat rambut
Yang paling selalu ialah bila dilihat ibu ayah tulis di kertas dia pun hendak cuba. Maka dindinglah jadi kertasnya.
Sebenarnya banyak kebaikan menconteng bagi anak anak ini.
Anak umur setahun sudah mula scribbles. Ini antara milestone yang ibu ayah boleh tgk samada anak saya ada kelewatan dari perkembangan menulis.
Kebaikan menulis atau menconteng di dinding iaitu permukaan menegak (vertical) > Menguatkan otot bahu dan badan > Memberi stimulasi dan membantu perkembangan refleks TLR (Tonic Labyrinthine Reflex) > Senaman mata di mana level tulisan pada aras mata > Melatih keseimbangan badan > Melatih head and body alignment
Selain itu boleh menggalakkan sifat kreatif anak kita.
Jika tidak mahu seluruh dinding diconteng ibu ayah cat kan sahaja dinding dengan wall chalkboard atau tampal wall sticker board.
Pastikan Bounderies untuk ruang anak menconteng agar anak belajar hanya ruang tertentu dibenarkan menconteng. Jangan pula rumah orang jadi ruang kreatif anak juga.
Kebanyakan ibu bapa ak anak hafal al-quran dari kecil, ibu ayah kena gigih. Cuba fahami buat 5 tip penting yang dikongsikan ibu ini.
Puan Lina Karim dari Islamic Parenting Network yang mempunyai pengalaman mendidik dua orang anak yang sedang menghafal sejak bayi hingga dia sendiri berjaya membangunkan teknik hafalan DarwishDarwisya berkongsi info mengenai teknik hafalan Al-Quran.
#1: UMUR ANAK LIMA BULAN SUDAH BOLEH MULA DEDAHKAN DENGAN AUDIO
Menurut Lina, Al-Quran sepatutnya diperkenalkan seawal si manja berusia lima bulan di dalam kandungan melalui alunan bacaan ayat suci oleh ibu bapa atau audio yang dipasang.
Dengan asas ini, maka akan lebih mudah bagi mereka untuk membaca Al-Quran dan seterusnya ke peringkat menghafal. Lebih mudah sekiranya si manja sudah boleh bercakap. Paling mustahak ialah niat ibu bapa itu sendiri. Lakukanlah demi untuk mencari reda Allah dan bukan kerana kepentingan duniawi.
#2: PILIH WAKTU MENGHAFAL SEMASA FIKIRAN & BADAN ANAK MASIH SEGAR
Menurut Lina, tiada waktu khusus untuk mengaji dan menghafal. “Pilihlah waktu yang mana mereka tidak penat secara fizikal atau mental untuk mendapatkan hasil optimum. Hanya kita sahaja yang tahu waktu istimewa itu dalam kehidupan seharian anak kita. Bagi saya dan anak, waktu pagi adalah waktu yang sesuai kerana fikiran dan badan masih segar.
“Saya juga menyarankan wujudkan rutin anak bangun pada awal pagi walaupun pada hari Sabtu dan Ahad. Saya selalu dengar ibu bapa yang memberi kelonggaran untuk bangun lewat ketika anak bercuti dari sekolah. Inilah yang akan menggagalkan usaha kita mendidik mereka dengan rutin yang baik. Kita sendiri yang menggagalkannya. Jadi, saya harap ia adalah rutin ketika ibu sedang hamil hinggalah anak itu dilahirkan nanti.” kata Lina.
#3: 4 TIP PEMAKANAN SUPAYA NAK ANAK MUDAH HAFAL
Pemakanan banyak mempengaruhi diri si manja.
Sudah tentu makanan yang halal dan toyyiban menjadi sumber nutrien dan mineral untuk anak-anak.
Kurangkan pengambilan gula atau karbohidrat berproses jika kita mahu anak kita lebih tenang dan mudah mendengar kata.
Banyakkan minum air kosong.
Ambil kekacang, kismis dan kurma sebagai snek utama.
#4: SUASANA TENANG & PENUH KASIH SAYANG ITU ASAS PENTING
Suasana sekeliling akan mempengaruhi si manja dan ibu bapa memainkan peranan penting dalam hal ini.
Ibu bapa perlu cuba cipta persekitaran rumah yang tenang dan penuh kasih sayang. Suasana saling ingat mengingat antara satu sama lain akan cinta pada Allah dan Rasulullah.
#5: BIARKAN BACAAN AL-QURAN SENTIASA KEDENGARAN
Biar alunan Al-Quran sentiasa kedengaran. Dengan keadaan ini, si manja akan terarah kepada perkara yang baik. Mereka akan terbiasa dengan alunan Al-Quran dan akan berasa sunyi tanpanya.
Info: Teknik hafalan DarwishDarwisya bermula bayi dengan teknik menggunakan kad imbasan. Memperkenalkan huruf pada umur bayi enam bulan akan memberi hasil pada umur mereka satu tahun lebih. Seterusnya belajar untuk membaca. Hafalan pada kanak-kanak adalah mudah, membaca adakah sukar bagi mereka.
KANAK-KANAK HAFAL AL-QURAN MUDAH MENGINGATI & MEMBACA
Hafalan Al-Quran menjadikan minda si manja tajam dalam menerima pelajaran dan tarbiah daripada ibu bapa. Hal ini diakui oleh Lina sendiri menerusi pemerhatian kepada anak-anaknya sendiri yang sedang dalam proses menghafal.
“Ya sudah tentu. Menghafal adalah kemahiran mengingat. Kemahiran penstoran dan penyimpanan data di dalam otak kita. Bukan itu sahaja, kanak-kanak yang menghafal ini mempunyai kemahiran photographic memory. Hal ini kerana mereka membacanya berulang sehingga muka surat yang dibaca itu terbayang-bayang di dalam minda. Mereka tahu ayat apa di atas atau di bawah atau muka surat surah.
“Saya sendiri dapat melihat peningkatan kemahiran anak saya pada umur tiga tahun. Keupayaannya menghafal tiga baris ayat (surah Al Kauthar), memerlukan masa seminggu. Tetapi pada umur tujuh tahun, dia boleh menghafal 15 baris (satu muka surat) dalam masa satu hari sahaja.
“Pada pendapat saya kemahiran ini adalah tidak biasa pada kanak-kanak berumur tujuh tahun. Malah orang dewasa pun tidak boleh mencapai tahap ini tanpa latihan yang berperingkat sebelum itu.” kata Lina yang turut memberi didikan homeschooling kepada anak keduanya.
Ujarnya, kemahiran membaca anak-anaknya dalam dua bahasa iaitu Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia pada usia yang kecil mungkin dibantu faktor penguasaan konsep ketika belajar membaca Al-Quran. Anak-anaknya belajar membaca 80% dengan sendiri tanpa perlu diajar.
Sumber: Majalah Pa&Ma
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bacaan surah Al-Fatihah oleh anak usahawan Neelofa dan PU Riz, Muhammad Bilal dipuji wargamaya malah memuji cara didikan pasangan ini dalam mendidik anak mereka.