
Selain simpanan lain seperti Amanah Saham Bumiputera (ASB), simpanan Tabung Haji juga antara simpanan yang diyakini oleh ibu dan ayah untuk menyimpan duit tabungan anak-anak.
Pun begitu jika dibiarkan tanpa penambahan dan aktiviti lain selama tujuh tahun, akaun Tabung Haji anak atau akaun peribadi sendiri boleh jadi ‘beku’.
Apabila ini berlaku, ia boleh menjejaskan pelbagai urusan termasuk akses kepada perkhidmatan TH, kemas kini maklumat, serta kemudahan kewangan yang lain.
Oleh itu, amat penting untuk memastikan akaun Tabung Haji anda sentiasa aktif dengan melakukan beberapa langkah mudah seperti perkongsian di bawah ini.
1. Log masuk ke THiJARI
Anda hanya perlu log masuk ke portal rasmi THiJARI melalui www.thijari.com.my atau menggunakan aplikasi THiJARI.
2. Kemas kini maklumat peribadi
Kemas kini maklumat asas seperti:
* Alamat tempat tinggal
* Nombor telefon
* Maklumat pasangan
* Maklumat pekerjaan dan lain-lain
3. Lakukan transaksi kewangan
Sebarang transaksi kewangan seperti berikut juga akan mengaktifkan akaun anda:
* Simpanan
* Pengeluaran
* Direct debit
* Potongan gaji
* Pemindahan antara akaun
Langkah-langkah ini mudah dan boleh dilakukan secara atas talian atau di kaunter TH yang berdekatan. Jangan tunggu sehingga akaun menjadi status tidak aktif.
Maklumat lanjut, hubungi Tabung Haji Contact Centre di 03-6207 1919.