
Tindakan seorang bapa meninggalkan dua anak kandungnya yang juga anak istimewa tanpa sebarang pengawasan wajar, membawa dirinya ke muka pengadilan.
Thaha Abdul Latef, 39, seorang akauntan, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini atas dua pertuduhan.

Menurut pertuduhan pertama, Thaha didakwa sebagai seorang bapa telah meninggalkan anak lelakinya lelaki berusia 10 tahun tanpa menyediakan apa-apa keperluan mencukupi untuk pengawasan yang berpatutan bagi kanak-kanak itu.
Pertuduhan kedua pula, dia didakwa telah melakukan kesalahan sama terhadap anak perempuannya berusia 12 tahun.
Ketika pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Norazlin Othman, tertuduh mengaku tidak bersalah dan memohon untuk dibicarakan.
Menurut fakta pertuduhan, kesalahan tersebut dilakukan di sebuah rumah di Elmina Valley, Seksyen U16, Shah Alam sekitar jam 4 petang pada 15 Mac lalu. Thaha didakwa gagal menyediakan keperluan pengawasan sewajarnya kepada kedua-dua anaknya.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 33(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Mahkamah menetapkan jaminan sebanyak RM10,000 terhadap tertuduh, dengan syarat tambahan untuk melaporkan diri di balai polis berhampiran setiap bulan dan menyerahkan pasport kepada mahkamah sebagai langkah kawalan.
Kes ini dijadualkan untuk sebutan semula pada 4 September 2025.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Suami Penting Masa Bersalin. Tengok Isteri Melahirkan Anak Dah Boleh Lembutkan Hati

Perjuangan melahirkan anak bagi seorang wanita ibarat hidup dan mati. Tak kira sama ada bersalin secara normal ataupun pembedahan. Kedua-dua sakit sama, hanya cara saja yang berbeza.
Tiada apa yang diperlukan bagi wanita selain sokongan suami atau ahli keluarga terdekat ketika saat nak bersalin.
Perkongsian dari seorang suami, Azlan Noor mengenai kenapa masa isteri nak melahirkan anak suami sangat diperlukan disisi ataupun ahli keluarga terdekat.
Kalau masa seronok boleh sama-sama, kenapa masa nak melahirkan, isteri kena tanggung seorang diri? Saya ada satu kisah.
Yang buatkan saya nekad untuk tak terlepas setiap kelahiran anak kami lagi.
Malam tu Surihati kejut,
“Papa, jom pergi hospital. Sakit makin kerap ni.”
Saya tenyeh-tenyeh mata dan tengok jam di henset. Pukul 1 pagi. Cepat-cepat saya bangkit dan bersiap ke hospital.
Sementara Surihati bersiap, saya angkat masuk kereta beg yang dia dah sediakan. Beg pakaian si ibu dan baby. Awal awal lagi dah standby sebab beberapa hari sebelum tu baby bagi false alarm. Haha.

Sampai di hospital, terus pergi ke tempat bersalin. Sementara Surihati duduk di kerusi sekejap, saya pergi daftar. Lepas beberapa minit, misi panggil masuk. Nak periksa bukaan. Tak lama lepas tu dia keluar. Perlahan langkahnya.
Masa duduk di kerusi tu, saya tengok mata dia pejam sambil muka berkerut. Tangan erat pegang kerusi. Saya tahu dia sedang tahan sakit. Tak lama lepas tu, misi datang dengan kerusi roda.
Angkut semua beg, misi tadi tolak sampai ke wad. Tukar baju hospital, letak beg, kemas barang semua. Masuk subuh tu pun Surihati belum masuk bilik bersalin sebab belum cukup bukaan lagi.
Pukul lapan pagi macam tu, baru dapat green light untuk ke bilik bersalin. Surihati terus ditolak masuk bilik. Saya diberi kad akses keluar masuk.
Di bilik, Surihati masih bertahan. Tenang wajahnya. Saya duduk disebelah kanan dia. Saya genggam erat tangan kanannya. Saya tahu dia dalam kesakitan. Saya ambil surah Yasin dan baca. Entah berapa kali ulang pun dah tak perasan.
Sesekali saya tengok muka dia. Jelas tanda keletihan. Masa tu contraction makin kerap. Ada ketika dia geliat menahan sakit. Dengan nafas turun naik yang makin laju, tiap kali sakit menyerang, dialihkan wajah ke sebelah sana.
Dahi dan atas bibirnya mula berpeluh. Saya gosok-gosok tangannya. Saya tahu itu tak beri apa-apa kesan, tapi saya percaya mental dia kuat bila saya ada bersama. Tiap kali sakit, tiap kali tulah dia ramas tangan saya. Dalam hati ni,
“Kalau itu boleh kurangkan sakitmu, buatlah apa sahaja sayang.”
Sesekali saya nampak ada air jernih mengalir dipipinya.
Tiba-tiba doktor datang. Dia periksa bukaan.
“Suami boleh tunggu di luar sekejap ye.”
Saya akur.
Beberapa minit lepas tu, doktor panggil.
Surihati dah sedia meneran. Saya pegang tangan dia untuk bagi semangat. Saya jadi saksi, betapa kuatnya dia usaha untuk lahirkan zuriat saya. Tudung dah senget benget. Muka pucat dengan peluh menitik di dahi.
Pembantu termasuk doktor juga bagi dorongan untuk meneran.
“Satu dua tiga, tarik nafas. Teran! Pandai! Sikit lagi.”
Lepas saya masuk tu, cukup tiga kali teran, Alhamdulillah anak ketiga kami selamat dilahirkan. Saya paling tak boleh lupa momen saya lihat anak itu diletakkan di dada Surihati. Allahu, air mata saya mengalir tanpa sedar.
Betapa saat hidup dan mati tu, Allah makbulkan doa untuk selamatkan isteri dan anak saya.

Tak henti-henti mulut saya ucap Alhamdulillah.
Masa tu teringat saat kelahiran anak pertama kami dulu sebab saya tak berpeluang untuk rasai pengalaman ni.
Dah dekat sangat dengan due bersalin, dapat arahan dari orang atasan. Kena outstation ke Jepun. Awal tu saya tolak. Tapi lepas bincang dengan bos, terpaksa pergi juga. Risau giler kot.
Hari kedua kat Jepun, dapat mesej dari Surihati katanya dah masuk hospital.
Allah.. Luluh hati saya.
Saya fikir satu je. Dah la anak pertama. Mana ada pengalaman bersalin. Dan dia terpaksa lalui seorang diri.
Terkulat-kulat saya dalam bilik hotel seorang diri. Sekejap duduk sekejap bangun. Serba tak kena. Mujurlah dia selamat lahirkan anak kami. Tak ada apa-apa masalah.
Cuma hingga sekarang, ralat masih ada dalam hati. Terfikir, kenapa tak tolak tawaran tu? Mungkin ada hikmah Allah nak bagi.
Lepas kejadian tu, saya nekad. Saya akan berada di sisi Surihati untuk kelahiran anak ke seterusnya. Biar saya sama-sama ada saat dia kesakitan.
Tak boleh saya bayangkan, jika Surihati kena lalui semua tu seorang diri lagi.
Saya tak sanggup.
Benar, bersalin tu adalah tugas yang Allah bagi khas buat wanita. Tapi sebagai suami, andalah yang patut temani isteri,
- Sebagai tanggungjawab orang bawah tanggungan. Kalau kahwin boleh bersama, makan bersama, tidur bersama, berjalan bersama, kenapa masa melahirkan anak kita, kita tak nak bersama?
- Isteri akan rasa dihargai dan disayangi. Sama senang, sama susah. Akan timbul rasa sayang yang tebal kepada pasangan.
- Sokongan moral untuk hilangkan debar dan kurangkan kesakitan. Suami boleh pegang tangan untuk bagi semangat atau gosok belakang untuk kurangkan sakit. Juga boleh baca Selawat dan Zikir Nabi Yunus, atau Yasin.
- Boleh lembutkan hati suami yang keras bila lihat sendiri susah payah isteri melahirkan. Bila ingat momen tu, hati suami akan lembut. Suami akan lebih sayangkan isteri dan keluarganya.Percayalah, isteri tak perlukan orang lain waktu tu. Cukup suami tersayang ada disisi saat dia berjuang. Selepas sembilan bulan mengandung, inilah saat paling getir bagi seorang ibu.
Masa ni lah nak buktikan kita pasangan sehidup semati. Kerana saat melahirkan zuriat itu, adalah saat antara hidup dan mati.
Sumber: Azlan Noor
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Anak Ke-2, Hayla Bakal CEO.” Aeril & Wawa Bina Empayar Bisnes Untuk Anak-Anak

Pelakon dan usahawan, Aeril Zafrel, 33, mengakui dia dan isterinya, Wawa Zainal bekerja keras membina perniagaan untuk diwarisi empat cahaya mata mereka apabila dewasa kelak.
Bina empayar perniagaan untuk anak-anak
Aeril berkata, apa yang diusahakan itu adalah sebahagian daripada perancangan untuk memastikan masa depan anak mereka terjamin.

“Kami selalu memberitahu anak kedua, Hayla, dia bakal Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) suatu hari nanti. Memang apa yang kami usahakan sekarang ini demi untuk masa depan mereka.
“Kami sedang berusaha mencari dan memasang strategi untuk kekalkan perniagaan dalam jangka masa panjang. Seperkara yang saya belajar, untuk naik senang, tetapi untuk kekalkan itu yang susah,” katanya.
Tak sekat minat anak
Aeril bagaimanapun tidak akan menyekat anaknya untuk meneroka minat dalam bidang lain.

Nampak bakat Hayla dalam lakonan
Namun, secara peribadi, pelakon filem Jibril dan Sabda Kekasih itu melihat, Hayla banyak mewarisi bakat lakonannya serta isteri.
“Kami galakkan Hayla masuk industri hiburan kerana dia ada bakat. Bukan senang untuk kanak-kanak pada usia sepertinya mengingati skrip, melakonkan watak sedih dan tidak malu bila berada di hadapan kamera.
ARTIKEL MENARIK:
[“Dapat Tidur 3 Jam Pun Tak Apa.” Anzalna Puas Dapat Juga Sendiri Anak Depan Mata]
[Suami Selalu Cakap Keluar 11 Sept..” Ibu Tak Sangka 2 Anak Kongsi Tarikh Lahir Sama]
[“Anak Mix Mat Salleh Berbaju Kurung.” Cute Baby Dr AmalinaPakai Baju Tok Ma Jahit]

“Saya sudah 16 tahun dalam industri. Sebagai anak seni, saya dapat membezakan pelakon yang dikurniakan anugerah istimewa atau dipaksa-paksa beraksi di depan kamera.
“Saya dan Wawa tengok Hayla paling berbakat, selain anak ketiga kami, Soffya. Mereka kelihatan ‘natural’ di depan kamera. Tetapi, kami tanya juga minat dan apa yang ingin mereka buat.

“Tidak kisah apa minat mereka kerana paling penting, kami tekankan didikan asas, termasuk aspek agama. Itu yang paling utama,” katanya.

Aeril dan Wawa mendirikan rumah tangga pada 2013. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 8, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 6, Ayya Soffya, 2, dan Muhammad Fahri yang dilahirkan pada 30 November tahun lalu.
Kredit: Utusan & IG Wawa Zainal
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bayi Baru Lahir Disahkan Terkena Wabak COVID-19, Pesakit Termuda Di Dunia

Seorang bayi baru lahir telah dijangkiti Coronavirus. Menurut laporan, bayi tersebut dipercayai menjadi mangsa termuda pernah direkodkan dalam kes virus pandemic ini.
Menurut laporan the Sun, ia terjadi apabila ibu bayi tersebut digegaskan ke hospital London beberapa hari sebelum kejadian kerana disyaki pneumonia.

Ibu bayi itu seperti dilaporkan oleh akhbar, telah membuat saringan di North Middlesex Hospital, Sterling Way, London, dan telah disahkan positif hanya selepas melahirkan bayi tersebut.
Bayi itu dipercayai turut menjalani saringan sebaik sahaja dilahirkan.
Menurut sumber, “Staf yang berhubung dengan kedua mangsa telah dinasihatkan untuk mengasingkan diri. Pegawai perubatan sedang mengenal pasti kesan jangkitan tersebut:”
Sumber: Daily Star
BACA : COVID-19
Gelombang Ke-2 COVID-19, Cuti Sekolah Minggu Depan Tangguh Bawa Anak Bercuti
Pakai Mask Saja Tak Cukup. Dr Amalina Kongsi Cara Terbaik Cegah Virus COVID-19
Koronavirus Lumpuhkan Sistem Imunisasi Badan Yang Cuba Menghalang Jangkitan
Koronavirus Mampu Bertahan Pada Permukaan Yang Kerap Disentuh Sehingga 9 Hari, Hati-Hati!
Anda Tahu Kesan Coronavirus Kepada Ibu Hamil? Ibu Hamil Tolong Amalkan Langkah Pencegahan
Menangis Buat Video Call, Peluk Dari Jauh. Bertugas Di Hospital, Ibu Terpaksa Berpisah Dengan Anak
KKM Buat Website Khas Untuk Periksa COVID-19 Secara “Online”. Boleh Periksa Tahap Risiko Terkena Jangkitan
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!


