Ibu bapa boleh menarik nafas apabila kerajaan menetapkan semua agensi kerajaan perlu menyediakan taska bermula 2019.
Kementerian Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat (KWKPM) mensasarkan 1 Januari tahun hadapan untuk semua agensi kerajaan menyediakan taman asuhan kanak-kanak (taska) di premis mereka.
Menterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata langkah itu antara lain bagi memberikan kemudahan kepada pekerja yang mempunyai anak kecil terutamanya kepada staf yang bekerja mengikut syif.
Ads
Beliau berkata kementeriannya juga akan bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan untuk menyediakan taska di sekolah-sekolah kebangsaan bagi kemudahan guru-guru wanita.
Selain itu, satu jawatankuasa khas akan diwujudkan bagi meningkatkan keselamatan kanak-kanak di bawah jagaan pusat taska di seluruh negara.
Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga timbalan perdana menteri berkata jawatankuasa khas itu akan mempunyai peranan yang spesifik dalam usaha mengurangkan insiden berkaitan, termasuk mengkaji tahap keberkesanan pusat taska itu.
Ads
“Jawatankuasa ini akan mengawal selia keperluan untuk mewajibkan pengasuh kanak-kanak berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat, mengadakan kerjasama dengan Jabatan Peguam Negara untuk sebarang kes salah laku berkaitan, serta mengkaji kos terlibat dalam pengurusan pusat asuhan kanak-kanak,” katanya di sidang Dewan Rakyat semalam.
Ads
Dr Wan Azizah berkata kementerian juga akan melihat keperluan menyediakan aplikasi bagi memudahkan pengasuh atau masyarakat untuk mendapatkan pertolongan sekiranya berlaku kejadian melibatkan kanak-kanak.
Berhubung cadangan pemasangan kamera litar tertutup (CCTV), beliau berkata kementerian akan melihat mekanisme sesuai sebelum dikemukakan kepada perdana menteri dan kabinet.
Sumber: Astro Awani
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Getirnya melalui saat cemas walau pun hanya 20 minit. Bagaikan hampir gugur jantung ibu tatkala anak kecil masih bayi terperangkap di dalam kereta.
Dalam kejadian yang berlaku di Kudat ini, seorang ibu berhadapan situasi cemas apabila si kecil menekan tombol pintu semasa enjin kereta dipanaskan.
Ibu hendak panaskan enjin kereta
Menurut laporan Harian Metro, dalam kejadian 8.30 pagi itu, ibu kanak-kanak berkenaan dikatakan sedang memanaskan enjin kereta Perodua Kancil di rumahnya.
Anak masuk kereta & tertekan tombol kunci
Bagaimanapun tidak disangka-sangka sebaik keluar dari kereta berkenaan, tanpa disedari anaknya masuk dalam kereta lalu bermain dengan kunci kereta dan tertekan tombol kunci pintu.
Pujuk tak berjaya, ibu hubungi bomba
Ibu yang kemudiannya menyedari si kecil terkunci dalam kereta mula memujuk anaknya untuk menarik tombol kunci berkenaan. Selepas gagal memujuk anaknya untuk membuka pintu kereta hampir 20 minit, ibu ini kemudian menghubungi pihak bomba untuk mendapatkan bantuan.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daerah Kudat, Ishak Jabas berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 8.46 pagi dan menghantar enam anggota dengan sebuah jentera ke lokasi kejadian.
Tingkap kereta bertutup & pintu berkunci
“Sebaik tiba, pasukan bomba mendapati mangsa terperangkap dalam kenderaan dalam keadaan tingkap bertutup dan pintu berkunci.
Pintu diumpil kerana hampir 20 minit terperangkap
“Pasukan bomba bertindak mengumpil pintu kereta menggunakan peralatan khas memandangkan ia sudah berlaku hampir 20 minit sebelum berjaya membawa mangsa keluar,” katanya Ishak. Katanya lagi, kanak-kanak berkenaan dalam keadaan stabil dan operasi berkenaan ditamatkan pada jam 8.56 pagi.
Maut di tangan ibu sendiri! Siapa sangka seorang bayi perempuan berumur tiga bulan yang ditinggalkan pada ibunya dirumah maut dipercayai akibat didera dalam kejadian di rumah mereka di Bandar Cheneh Baru Kemaman, semalam.
Berdasarkan laporan Utusan, mangsa sebelum itu ditemukan dalam keadaan lemah di sisi ibu kandungnya dan kemudiannya disahkan meninggal dunia di Klinik Kesihatan Bandar Ceneh Baru.
Kejadian dipercayai berlaku di sebuah rumah beralamat Taman Gemilang, Bandar Cheneh Baru Kemaman kira-kira pukul 10 pagi.
Ketua Polis Daerah ini, Superintenden Hanyan Ramlan berkata, kejadian disedari bapa bayi berkenaan ketika pulang ke rumah untuk menghantar makanan kepada isterinya.
Menurutnya, pada masa itu bapa mangsa bertanyakan isterinya sama ada mahu makan atau sebaliknya namun wanita itu menjawab bahawa dia telah menghantar anaknya itu ke syurga.
Jelasnya, terkejut dengan jawapan isterinya yang merupakan seorang suri rumah, bapa bayi tersebut melihat anaknya itu dalam keadaan lemah di sisinya isterinya sebelum mengesyaki sesuatu berlaku ke atas mangsa.
“Bapa mangsa yang juga seorang guru telah bertindak membawa bayinya itu ke Klinik Kesihatan Bandar Cheneh Baru untuk mendapatkan rawatan dan pihak paramedik telah berusaha memberi bantuan kecemasan kepada bayi berkenaan.
“Bagaimanapun bayi berkenaan telah disahkan meninggal dunia sejurus selepas menerima rawatan oleh pegawai perubatan yang memeriksa bayi berkenaan, ” katanya.
Hanyan berkata, mangsa dipercayai mati didera berdasarkan pemeriksaan awal yang dijalankan oleh pegawai perubatan klinik berkenaan.
Sementara itu, menurut laporan Berita Harian salah seorang ahli keluarga terdekat mangsa memberitahu, selepas melahirkan bayi sulung itu, ibu mangsa pulang berpantang di rumah ibunya di Besut dan suaminya berusia 27 tahun membawa pulang anaknya itu untuk dijaga di Cheneh.
“Saya beberapa kali melawat ibu dan bayi itu ketika dalam pantang tetapi tidak nampak apa yang pelik termasuk meroyan,” katanya.
Menurutnya, bayi tersebut sering kali dibawa pulang ke Besut untuk bertemu dengan ibunya sepanjang dua bulan lebih berada bawah jagaan bapanya.
“Ketika bekerja, bapanya akan menghantar anaknya ke rumah pengasuh untuk dijaga, namun, sejak dua minggu lalu ibu bayi berkenaan di bawa pulang ke rumah mereka di Cheneh.
“Saya difahamkan sejak dua hari sebelum kejadian, ibunya tidak mahu anak dihantar ke rumah pengasuh dan saya tidak sangka perkara tidak diingini berlaku,” katanya.
Berikut 11 tanda ibu alami meroyan yang orang sekeliling kerap pandang remeh yang dikongsikan oleh Pakar Psikiatri, Dr Kasmini Kassim.
3 KATEGORI IBU YANG BERISIKO ALAMI MEROYAN
Ibu yang melahirkan anak pertama
Ibu yang mempunyai komplikasi semasa melahirkan seperti kelahiran pramatang, kelahiran songsang atau melahirkan secara pembedahan caesarean
Bayi yang lahir bermasalah seperti cacat.
11 TANDA MEROYAN YANG SERING DIALAMI IBU
#1. Gangguan emosi seperti perasaan resah dan tidak tenang
#2. Sering merasa keletihan kerana kurang rehat atau kurang tidur. Walau pun bayi dapat tidur lena.
#3. Mengalami kesukaran dalam sesuatu hal tetapi tidak mendapatkan bantuan orang lain.
#4. Memencilkan diri atau bersendirian.
#5. Tidak suka bercakap dan banyak memendamkan perasaan.
#6. Perasaan yang tidak stabil dan berubah-ubah seperti kemurungan atau kesedihan yang melampau dan sering menangis. .
#7. Ciri psikosis berlaku apabila mereka mula mempunyai perasaan ragu-ragu, bercelaru, bercakap merapu dan mengeluarkan fakta-fakta yang sukar diterima akal yang waras.
#8. Mempunyai pelbagai kepercayaan karut atau delusi.
#9. Mempunyai anggapan bahawa bayinya cacat walaupun sebenarnya sihat, bayi yang dilahirkan bukan anaknya, bayi yang dilahirkan membawa sial dan sebagainya.
#10. Mendengar suara-suara ghaib yang kadang-kadang memburukkan diri ibu, menyuruh ibu membunuh bayi dan sebagainya.
#11. Ibu tidak mahu menjaga bayi mereka sendiri, membenci bayi tersebut dan ada yang mencuba membunuh bayi mereka sendiri.
Selebriti yang terkenal dengan video cari makan atau mesra dikenali sebagai Mat Salleh Cari Makan, Rhys William disahkan positif Covid-19 dan juga Positif Denggi.
Berita tersebut disampaikan sendiri olehnya melalui media sosial. Lebih menyedihkan apabila isteri serta anak kecilnya turut disahkan positif Covid-19 dengan sedikit simptom.
“Positive Covid & Positive Denggi 🤒”
“Untuk pengetahuan semua, sejak minggu lepas saya dan family saya disahkan positif Covid.”
“Nasib baik isteri dan anak hanya ada sikit simptom dan selamat berkuarantin di rumah.”
Hanya Rhys sahaja yang terpaksa dimasukkan ke hospital kerana berada di tahap tiga Covid-19 yang memerlukan rawatan susulan.
“Sebab simptom saya lebih teruk, sekali dengan pneumonia dalam paru-paru (covid category 3) – atas nasihat Dr saya masuk hospital untuk rawatan. Saya juga dapat tahu saya positif denggi sekali 🤒”
Dia sempat meminta maaf jika ada tersalah kata dan sempat memohon doa ramai untuk kesembuhan buat dirinya dan juga keluarga.
“Kepada semua rakan-rakan dan follower-follower saya, saya ingin mohon maaf jika ada kekurangan ke kesilapan sepanjang kita kenal”
“Saya juga nak ambil peluang ni untuk ucap terima kasih kepada orang yang sentiasa support saya 🙏”
“Covid is real guys 😷 Please pray for me and my family 🙏 Stay safe semua ❤️”
Rata-rata rakan selebriti dan juga warga maya mendoakan kesihatan serta kesembuahn buat Rhys dan keluarga.
Rhys William, yang berasal dari United Kingdom telah lama menetap di Malaysia dan sangat fasih berbahasa Malayu. Dia mendapat perhatian warga maya melalui video-video yang viral di YouTube dan juga Astro Naura kerana sentiasa menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa utama pertuturan.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza. Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah. Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.