Ibu bapa boleh menarik nafas apabila kerajaan menetapkan semua agensi kerajaan perlu menyediakan taska bermula 2019.

Kementerian Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat (KWKPM) mensasarkan 1 Januari tahun hadapan untuk semua agensi kerajaan menyediakan taman asuhan kanak-kanak (taska) di premis mereka.

Akhirnya Bakal Dilaksanakan! Taska Di Semua Agensi Kerajaan Mulai Januari 2019

Menterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata langkah itu antara lain bagi memberikan kemudahan kepada pekerja yang mempunyai anak kecil terutamanya kepada staf yang bekerja mengikut syif.

IKLAN

Beliau berkata kementeriannya juga akan bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan untuk menyediakan taska di sekolah-sekolah kebangsaan bagi kemudahan guru-guru wanita.

Selain itu, satu jawatankuasa khas akan diwujudkan bagi meningkatkan keselamatan kanak-kanak di bawah jagaan pusat taska di seluruh negara.

Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga timbalan perdana menteri berkata jawatankuasa khas itu akan mempunyai peranan yang spesifik dalam usaha mengurangkan insiden berkaitan, termasuk mengkaji tahap keberkesanan pusat taska itu.

IKLAN

“Jawatankuasa ini akan mengawal selia keperluan untuk mewajibkan pengasuh kanak-kanak berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat, mengadakan kerjasama dengan Jabatan Peguam Negara untuk sebarang kes salah laku berkaitan, serta mengkaji kos terlibat dalam pengurusan pusat asuhan kanak-kanak,” katanya di sidang Dewan Rakyat semalam.

Akhirnya Bakal Dilaksanakan! Taska Di Semua Agensi Kerajaan Mulai Januari 2019

IKLAN

Dr Wan Azizah berkata kementerian juga akan melihat keperluan menyediakan aplikasi bagi memudahkan pengasuh atau masyarakat untuk mendapatkan pertolongan sekiranya berlaku kejadian melibatkan kanak-kanak.

Berhubung cadangan pemasangan kamera litar tertutup (CCTV), beliau berkata kementerian akan melihat mekanisme sesuai sebelum dikemukakan kepada perdana menteri dan kabinet.

Sumber: Astro Awani

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI