Salah satu video yang dimuat naik menunjukkan dua alat penguji kehamilan yang mempunyai dua line manakala satu video lagi menunjukkan Norish sedang membuat pemeriksaan doktor untuk mengesahkan usia kehamilannya.
Ads
Berdasarkan kapsyen yang ditulis oleh Amy Search menunjukkan dia sangat gembira dengan berita ini dan menganggap rezeki yang tak ternilai dari Allah.
Menurut Amy Search, usia kandungan isterinya dah sebulan. Paling membuatkan dia bersyukur Allah makbulkan doanya selama ini kerana dia memang mengimpikan untuk beroleh cahaya mata lagi. Dan tak sangka di usia 60 tahun rezeki ini diberikan padanya.
Ads
Dalam pada itu juga, Amy Search turut mengharapkan doa dari peminatnya semoga kandungan Norish selamat, sihat dan berjalan lancar.
Ads
Ramai peminatnya yang mengucapkan tahniah dengan mengingatkannya supaya menjaga isteri dengan baik.
Apa-apapun semoga fasa kehamilan Norish kali ini dipermudahkan selepas kali terakhir dia melahirkan anak lelaki mereka, Qaqa-At Tameemi 9 tahun lalu.
Sumber: Instagram Amy Search
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ayda dan Nabil berkongsi tentang persiapan untuk menyambut kelahiran bayi perempuan sulung mereka menerusi temu bual dalam Borak Pa&Ma. Tambahnya, disebabkan pandemik Covid-19 mereka hanya membeli barangan bayi menerusi platfom online sahaja selain banyak mendapat tajaan daripada jenama-jenama besar.
“Kalau barang baby memang kami tak keluar langsung ke mall, hanya dapatkan secara online dan Alhamdulillah juga baby dapat beberapa tajaan daripada jenama-jenama barangan bayi. Kami risau disebabkan Covid-19, jadi inilah yang terbaik.”
“Dan Ayda pun banyak bekerja dari rumahlah, sama macam rakan artis yang lain.”
Apabila ditanya tentang persediaan untuk menyusukan bayinya nanti, Ayda dan Nabil banyak mendapat nasihat dari ahli keluarga dan juga telah membuat beberapa persediaan untuk penyusuan nanti.
“Nabil sebenarnya lagi lebih bersedia, banyak tengok youtube persediaan untuk jaga anak dan sebagainya. Ayda dah beli breastpump dan barang breastfeed baby. InsyaAllah memang dah ready dan banyak dapat nasihat dari family macam apa minuman yang boleh banyakan susu, teknik betul penyusuan. Tapi apa-apa pun doakan supaya dapat susukan baby sebaiknya sebab yelah kita belum tahu lagi apa masalah akan datang. Just follow the flow jelah nanti.”
Bercerita tentang soal zuriat, pasangan ini pada mulanya ingin jantina bayi dirahsiakan namun doktor terlepas cakap ketika membuat pemeriksaan kehamilan.
“Pada mulanya, kami mahu membiarkan jantina bayi dirahsiakan, ada sedikit kejutan. Namun, doktor yang membuat pemeriksaan terlepas cakap.
“Sebenarnya, saya dan Ayda tak kisah soal jantina anak. Asalkan, bayi sihat dan cukup sifat, itu sudah memadai,”
Memilih kaedah pembedahan untuk melahirkan anak sulungnya, Ayda memaklumkan bahawa ia sudah diputuskan sejak sebelum mendirikan rumah tangga lagi.
“Memang tiada sebab spesifik mengapa saya memilih kedah pembedahan untuk melahirkan anak. Malah, ia juga sudah diputuskan sebelum berkahwin lagi. Saya sudah beritahu Nabil mengenai hasrat lebih awal. Apabila doktor bertanyakan perkara ini, saya memberikan jawapan sama, pilih kaedah pembedahan.
“Ini memang pilihan saya, tiada ada kena mengena dengan kesihatan ataupun bayi. Kami berdua sihat. Alhamdulillah. Jika ikutkan saya akan melahirkan bayi pertama pada 8 Oktober depan. Namun, apabila pilih untuk dibedah, tarikh dipercepatkan dua minggu lebih awal iaitu pada penghujung September depan.”
_
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Tinggal lagi 6 hari sahaja webinar Mama Tak Penat Susukan Anak akan berlangsung. Tahniah & terima kasih admin ucapkan kepada 1000 orang yang sudah mendaftar sebagai peserta webinar terbesar ini. Mohon semua peserta untuk join Telegram Group Mama Tak Penat Susukan Anak di https://t.me/joinchat/a_u8xHQS-09mZDA1 kerana kita akan update segala info, itinerary webinar, pemenang cabutan bertuah, cara nak menang hadiah kuiz semasa webinar. Jadi penting ya untuk semua peserta join Telegram webinar.
Bagi yang belum daftar sebagai peserta webinar, anda boleh daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ kemudian terus join grup Telegram webinar ya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bila kandungan makin membesar, sememangnya para suami akan kasihankan isteri ‘membawa’ perut.
Apatah lagi bila lihat perut ibu hamil besar ramai yang menyangka kandungan kembar. Itulah yang dialami suami Tasha Manshahar, penyampai radio Zayan, Raqib Majid yang kasihan melihat isteri yang semakin sarat hamil.
Dengan perkembangan kandungan yang membesar, Raqib turut mengatakan ramai meneka kandungan pertama mereka kembar. Apa pun, bakal bapa ini berharap doa yang baik daripada semua.
raqibmajid Kesian tengok ibu mengandung bawak perut. Kebetulan agak besar jugak perut Tasha. Orang tengok ingt kembar. Hehe. Nak jalan pun tak larat. Macam penguin jalannya. comel!
Biasanya perut besar tak semestinye kembar kan? Ke macam mane?
Para follower berkongsi pengalaman dan mendoakan agar kehamilan Tasha dipermudahkan. Ada yang mengatakan saiz perut yang besar sering menjadi bualan tetapi hakikatnya bukanlah kandungan kembar. Ini juga salah satu pengorbanan ibu hamil.
Hamil ataupun tidak? Semua orang tahu tanda-tanda awal kehamilan lazim seperti tidak datang haid, mual-mual dan muntah ataupun pitam. Pun begitu, tidak ramai yang sedar akan tanda-tanda awal lain yang menunjukkan anda sedang berbadan dua. Ada antara simptom-simptom kehamilan ini kedengaran pelik untuk anda.
Lelehan faraj lebih pekat
Ya, anda mungkin mengalami masalah lelehan faraj pada satu-satu tempoh setiap bulan. Namun, kebanyakan wanita hamil akan mengalami lelehan faraj yang lebih pekat berbanding hari biasa di mana cecair yang keluar adalah berwarna putih melekit atau kuning pucat. Gejala ini biasa dialami semasa berada dalam trimester pertama disebabkan peningkatan hormon dan aliran darah pada vagina. Awas! Anda mungkin mengalami jangkitan jika mengalami simptom di bawah:
Maka, segera berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan rawatan lanjut.
2 Kerap terkencing
Jika anda sering berulang-alik ke tandas kerana ingin terkencing, ini mungkin berita baik untuk anda. Boleh jadi anda sedang hamil kerana rahim yang sedang membesar menekan-nekan pundi kencing anda. Rajin-rajinlah untuk melakukan senama kegel bagi menguatkan otot pelvis.
3 Kembung perut
Sesetengah wanita hamil akan mengalami gejala ketidakselesaan pada bahagian perut seperti perut kembung dan berangin, sehingga membuatkan anda akan kerap sendawa atau terkentut. Sama keadaannya seperti semasa anda mengalami premenstrual syndrome atau PMS. Ini berikutan regangan rahim yang berlebihan semasa hamil bagi menampung bayi yang bakal lahir. Bagi mengurangkan jumlah gas pada badan anda sekali gus merawat masalah kembung perut, amalkan pengambilan makanan seperti brokoli, kubis bunga dan jagung.
4 Tak sedap badan
Rasa letih, lesu dan nak demam? Ini mungkin antara simptom awal kehamilan anda. Ibu hamil akan mengalami gejala seperti hendak demam dan kurang bertenaga disebabkan tahap hormon anda sedang meningkat ketika ini. Ada kalanya anda akan rasa letih tanpa sebarang sebab munasabah. Jadi, banyakkanlah berehat supaya badan anda kekal segar. Pastikan juga anda minum air secukupya dan mendapatkan makanan seimbang untuk membina tenaga.
5 Period?
Jika anda mengalami pendarahan ringan atau bintik darah muncul pada hari sepatutnya anda haid, ini juga mungkin tanda anda hamil. Tahukah anda, kira-kira 25 hingga 40 peratus wanita hamil mengalami spotting atau pendarahan ringan pada awal kehamilan mereka? Namun, ini bukanlah bermaksud bahawa anda sedang haid.
Pendarahan ringan berlaku kerana telur yang telah disenyawakan menempel pada lapisan rahim. Ia dinamakan pendarahan implantasi, dan lazimnya berlaku kira-kira dua minggu selepas konsepsi.
6 Kuat sentap
Anda yang dulunya hati kering, kini sudah menjadi begitu sensitif. Ada kalanya anda merajuk dan berkecil hati hanya disebabkan hal kecil sahaja. Hah! Ini mungkin tanda anda sedang berbadan dua. Hormon kehamilan yang ada dalam badan anda membuatkan anda mengalami mood swings.
7 Air liur lebih banyak
Perubahan hormon semasa hamil menyebabkan sesetengah wanita hamil mengeluarkan lebihan saliva (air liur) tiga atau empat kuarts setiap hari. Bagi mengurangkan ketidakselesaan ini, anda boleh mencuba minum jus lemon.
Sesetengah simptom yang disenaraikan di atas mungkin akan menyebabkan anda tertekan. Kami sarankan supaya anda menikimati alam kehamilan anda kerana siapa tahu selepas bersalin nanti anda akan rindukan salah satu daripada simptom-simptom tersebut. Good luck, Mama!