Salah satu video yang dimuat naik menunjukkan dua alat penguji kehamilan yang mempunyai dua line manakala satu video lagi menunjukkan Norish sedang membuat pemeriksaan doktor untuk mengesahkan usia kehamilannya.
Ads
Berdasarkan kapsyen yang ditulis oleh Amy Search menunjukkan dia sangat gembira dengan berita ini dan menganggap rezeki yang tak ternilai dari Allah.
Menurut Amy Search, usia kandungan isterinya dah sebulan. Paling membuatkan dia bersyukur Allah makbulkan doanya selama ini kerana dia memang mengimpikan untuk beroleh cahaya mata lagi. Dan tak sangka di usia 60 tahun rezeki ini diberikan padanya.
Ads
Dalam pada itu juga, Amy Search turut mengharapkan doa dari peminatnya semoga kandungan Norish selamat, sihat dan berjalan lancar.
Ads
Ramai peminatnya yang mengucapkan tahniah dengan mengingatkannya supaya menjaga isteri dengan baik.
Apa-apapun semoga fasa kehamilan Norish kali ini dipermudahkan selepas kali terakhir dia melahirkan anak lelaki mereka, Qaqa-At Tameemi 9 tahun lalu.
Sumber: Instagram Amy Search
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pengambilan asid folik sememangnya cukup penting untuk ibu hamil. Ia sangat diperlukan oleh ibu hamil atau individu yang cuba untuk mengandung kerana ia membantu mengelakkan kecacatan yang serius pada otak dan saraf tunjang bayi yang dikenali sebagai kecacatan tiub saraf, neural tube defects (NTD).
Pun begitu, selain diambil dalam bentuk pil, pemakanan dari sumber makanan yang mengandungi folik asid yang tinggi boleh anda ambil setiap hari sepanjang hamil dan sebagai persediaan untuk hamil. Apa jenis makanannya?
Berikut merupakan panduan pemakanan untuk anda.
1. Salmon
Salmon adalah salah satu makanan yang paling berkhasiat di dunia ini. Ikan berlemak popular ini sarat dengan nutrien dan boleh mengurangkan risiko beberapa penyakit. Selain rasanya yang sedap, ikan ini juga serba boleh dan banyak didapati, malah salmon juga merupakan ikan yang mengandungi asid folik.
Menurut sumber kesihatan, jumlah asid folik tertinggi terdapat dalam ikan salmon dan salmon chinook yang mengandungi 35 ug asid folik setiap 100g.
2. Pisang
Jadikan pisang buah wajib ada di rumah anda kerana pisang mengandungi asid folik yang tinggi dan mudah membantu memenuhi keperluan harian ibu. Pisang sederhana boleh membekalkan 23.6 mcg folat, atau 6% daripada DV. Pisang juga kaya dengan nutrien lain, termasuk kalsium dan vitamin B6. Wajib ambil!
3. Telur
Makanan dengan nutrisi lengkap seperti telur juga patut menjadi pilihan ibu hamil. Selain tinggi asid folik, telur mengandungi khasiat lain seperti protein, selenium, riboflavin dan vitamin B12.
Selain itu, ia tinggi dengan lutein dan zeaxanthin, 2 antioksidan yang boleh membantu mengurangkan risiko gangguan penglihatan mata.
4. Ketam
Jangan ditolak kerana ketam merupakan salah satu jenis makanan laut yang mengandungi asid folik dengan menyediakan 37 mikrogram folat untuk setiap hidangan 3 auns. Keraplah makan ketam namun jangan berlebih-lebih.
5. Kubis Brussels
Kubis Brussels penuh dengan vitamin dan mineral, terutamanya asid folik. Walaupun harga sedikit mahal, hidangan setengah cawan (78 gram) kubis Brussels yang dimasak boleh membekalkan 47 mcg folat, atau 12% daripada pengambilan harian. Sayuran ini juga merupakan sumber kaempferol yang hebat, antioksidan yang dikaitkan dengan banyak manfaat kesihatan.
6. Buah citrus
Selain sedap dan kaya dengan rasa, buah-buahan seperti oren, belimbing dan limau kaya dengan folat. Hanya sebiji oren besar mengandungi 55 mcg folat, atau sekitar 14% daripada pengambilan harian.
7. Avokado
Menurut laporan dari Pusat Data Makanan, separuh daripada avokado mentah mengandungi 82 mcg folat, atau sekitar 21% daripada jumlah yang anda perlukan sepanjang hari. Di samping itu, avokado kaya dengan kalsium dan vitamin K, C, dan B6. Wajib ambil!
Semoga bermanfaat!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap mahligai perkahwinan yang dibina tentunya menginginkan kehadiran cahaya mata bagi melengkapkan kehidupan berumah tangga. Berita tentang bakal menerima kehadiran orang baru dalam hidup pastinya suatu yang ditunggu-tunggu oleh setiap pasangan yang berkahwin.
Pasangan selebriti yang baru melangsungkan perkahwinan pada September yang lalu, Ardell Aryana dan Nadzmi Adhwa baru-baru ini berkongsi di media sosial masing-masing tentang perkhabaran gembira bahawa Ardell kini sudahpun berbadan dua.
“Mula-mula( ingat keracunan makanan sebab sebelum ni masuk hospital sebab keracunan makanan , sebab keadaan nya sama )cuma muntah kuning sampai lembik, muntah-muntah-muntah adalah lebih 20x sehari rupanya rezeki Allah nak bagi tak perasan pun kehadiranya ( Nak ikut saya sama-sama buat misi kemanusiaan bulan 1 ni agaknya baby ni ) inshaallah . Cerita nya , Pukul 11pagi macam tu rasa nak pergi Klinik ( sebab tak percaya dengan penilaian mata sendiri ) huhu .
Alhamdulillah Double Line mula check sendiri kat rumah saja2 ( sebab mula2 dulu beli ada lebih 1 ) tanpa terfikir akan positive terus try sebab malas simpan tiba-tiba ( sampai lah blur tahap level kurang cerdik aku sebanyak 80% ) sampai 10x baca kat arahan tu 1 line apa 2 line apa walaupun sebelum ni pernah try tapi naik 1 line tak tau time ni rasa macam mana ( ada yang macam saya ? ) . Terus cakap kat wawa jom pergi klinik jap ,dia cakap sakit ke ?nak pengsan ke ?? Saya tak cakap apa, Terus tunjuk ni haa 2 LINE , dia cakap sambil main game kt hp .. hmm ingat kenapa tadi risau saya , takpela awak belum rezeki kita jangan sedih . Saya pun dengan kening bekerut terus cakap kertas ni cakap 2 LINE pregnant .. dia terus haaa ???siapa pregnant ? Dengan masing2 blur dan mendiam kan diri terus ke klinik sah kan . Masuk bilik doctor setelah bagi Botol air kencing’z . Doctor ️kata tengok ni baik-baik , air urine awak .. kalau dekat UPT saya ni naik 2 LINE bermakna awak memang SAH hamil ( naik terus beberapa saat 2 line ) wawa punya terkejut waktu tu mcm kelakar ada sedih pun ada . Balik klinik amik ubat , terus masing2 sengih macam kerang busuk tapi diam seolah-olah masing2 sedang berangan & di awang – awangan. Cuma membingungkan berapa lama dah agak nya awak dalam perut saya wahai anak ? nanti umie check hari lain ye . Harini cukup hari ini dulu saya kongsikan berita ini . Alhamdulillah rezeki Allah pada kami , doa kan semoga Anak dalam kandungan ini sentiasa sihat & doa kan saya juga , ini sahaja perkongsian saya saat ini . NEXT sy akan kongsikan berapa lama dah usia nya dalam kandungan saya inshaallah #Adhwardell junior #coyg”
Turut berkongsi berita kegembiraan ini Bersama pengikut dan peminat di laman sosial, Nadzmi pada awalnya tidak menyangka sikap Ardhell yang semakin kuat makan dan mual sejak akhir-akkhir ini merupakan petanda bahawa dia bakal bergelar seorang bapa. Menurutnya juga, ketika kunjungan mereka ke Syria baru-baru ini rupanya isterinya Ardhell sudah mengandung. Nadzmi meluahkan rasa syukur dan memohon doa ramai agar isteri dan bayi dalam kandungan sentiasa sihat.
“Syukur pada Allah ️ Saya tak tahu pun dah ada adhwardell junior dalam perut awak masa ni Tiba tiba sekarang dapat tahu. Sebak sangat. Patut la awak asyik nak makan je. Tapi lepastu awak taknak makan. Dari bulan lepas teman Awak tido dalam toilet sebab muntah teruk ingat kan penyakit lama awak datang balik sebab awak taknak makan and asyik muntah. Rupanya Allah nak bagi kita rezeki untuk kita bawa dia pergi bersama kita di Syria. Terima Kasih Allah ! Alhamdulillah ! Semoga Allah permudahkan segala urusan awak dan sentiasa diberkati Allah. Saya akan sentiasa ada disebelah awak. Minta korang doakan isteri dan anak dalam kandungan sentiasa sihat ya ️ Syukur Ya Allah #Adhwardell Junior 2020 New Journey for me”
Tahniah buat pasangan selebriti ini. didoakan semoga perjalanan kehamilan Ardell berjalan lancar dan semoga ibu dan kandungan berada dalam keadaan baik dan sihat sentiasa.
Proses minum air gula ketika pemeriksaan bulanan waktu hamil sering membuatkan bakal ibu rasa takut dan tidak bersedia. Bimbang sebaik minum, air gula dimuntahkan semula tanpa sengaja dan perlu minum sekali lagi. Memang tak mampu!
Bimbang dengan situasi ini, ada yang sanggup menolak minum air gula. Bolehkah? Menurut perkongsian Dr Norintan Zainal Abidin, menolak minum air gula hanya akan mengundangkan risiko kepada diri dan bayi dalam kandungan. Jadi sebaiknya minum sahaja untuk kebaikan kedua-duanya.
Elak Minum Ujian Air Gula?
Apakah yang boleh berlaku jika mereka yang berisiko ‘lari’ dari menjalani ujian minum air gula ketika hamil? Golongan wanita sebegini mungkin mengalami penyakit kencing manis tanpa disedari.
Ketika hamil, hormon kehamilan merupakan faktor utama mengapa insulin tidak mencukupi di dalam tubuh wanita yang mengandung. Fenomena ini dikenali sebagai “insulin resistance”.
Keadaan di mana insulin tidak mencukupi mengakibatkan tahap glukos dalam darah wanita hamil ini berada ditahap tinggi. Glukos yang tinggi boleh menyebabkan masalah di dalam bayi seperti:
• Keguguran
• Kelahiran pramatang
• Polyhydramnios ( Air ketuban yang banyak)
• Makrosomia ( Bayi yang besar)
• Sudden fetal death ( Kematian bayi dalam kandungan secara tiba-tiba)
• Masalah jantung dan tulang belakang di dalam bayi
Masalah bagi ibu pula adalah seperti sentiasa kerap kencing, sering lapar dan dahaga, kenaikan berat badan dan jika paras glukos dalam darah semakin tinggi, berat badan boleh menurun.
Selain itu ibu juga adakan merasa penat dan tidak bertenaga, risiko kelahiran secara Caesarean section juga menghadapi risiko mengidap penyakit kencing manis di masa hadapan/di usia yang lebih tua.
Bagi mengelakkan masalah-masalah ini, pada pendapat saya, setiap wanita yang ingin hamil mestilah berusaha untuk menjaga kesihatan dari peringkat “sebelum hamil” lagi.
Jalani hidup yang sihat, lakukan pemeriksaan kesihatan, pastikan tiada kencing manis, darah tinggi dan masalah tiroid misalnya.
Pastikan berat badan sesuai dengan ketinggian. Jika anda sudah sememangnya seorang pesakit kencing manis, dapatkan nasihat doktor untuk menstabilkan glukos dalam darah, menjaga pemakanan, menjalani senaman yang sesuai, berhenti dari aktiviti tidak sihat seperti merokok dan sebagainya.
Doktor juga akan menasihati puan mengenai senarai ubat-ubatan yang selamat diambil ketika hamil.
Jika kita hamil di usia 25 tahun ke bawah dan tidak mempunyai risiko untuk kencing manis, kita tidak perlu untuk minum air gula ketika hamil. Bagi wanita-wanita yang lain, nampaknya pilihan yang yang bijak adalah untuk cekalkan hati dan jalani ujian mOGTT ini.
Tip minum air gula
Tips minum air gula supaya tidak sangkut paling penting adalah untuk minum tanpa berhenti. Ini kerana apabila berhenti walaupun seketika, dikhuatiri anda akan susah untuk menghabiskannya.
Jadi sebelum mula minum, tarik nafas dalam-dalam. Semasa minum pula, tahan nafas supaya anda tidak terbau air gula tersebut. Mudah!
Sertai ‘Komuniti Pa&Ma Ikhtiar Hamil‘ untuk mengikuti pelbagai tip kesuburan dan kehamilan serta pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma bersama pakar.