Selama 5 bulan rutin makan tak menentu kerana alahan yang teruk, Almy Nadia akui juadah tempoyak akhirnya membuka seleranya untuk makan.
Ni rasanya lauk yang betul-betul saya boleh makan. Kalau tidak seharian tak makan.. sampai suami bising tak makan..jadi ni lauk boleh makan untuk harini.. esok lusa belum tentu lagi boleh makan atau tak yer.
Sebelum ini Fizz Fairuz ada menyatakan kebimbangan dengan keadaan Almy kerana alahan yang teruk sehingga berat badannya turun mendadak dan mungkin boleh memberi kesan kepada bayi dalam kandungan.
Fizz juga akui Almy langsung tak boleh bau sebarang bauan seperti bau busuk, wangi ataupun makanan.
Terbaharu menerusi perkongsian Fizz di instagramnya pula, dia ada berkongsi foto terbaru Almy. Foto tersebut menunjukkan Almy Nadia bersama anak sulung sedang duduk leka menonton sesuatu di televisyen.
Almy dalam foto tersebut kelihatan sedang sarat hamil apabila menunjukkan baby bump yang semakin membesar.
Ia mendapat perhatian netizen kerana sebelum ini Almy jarang memuat naik fotonya di laman sosial.
Rata-rata terkejut melihat perubahan fizikal Almy, namun ramai yang memahaminya kerana pelakon itu sedang hamil.
Namun tidak kurang juga, ada yang sempat meneka jantina bayi ketiganya.
“Mcm gegirl jugak je kak almy pregnant kali ni.. xpe kak janji akak n baby sihat tauuu.
“Wahhh baby bump.. Tengok perut gaya macam baby girl lagi je ni.. Semoga dipermudahkan.
Apa-apa pun peminat tetap mendoakan agar Almy dan bayi sentiasa sihat. Tak kisahlah kurus ke gemuka janji proses melahirkan anak nanti dipermudahkan.
Sumber: ig almy nadia & fizz fairuz