Akhirnya penantian Raja Farah untuk menimang cahaya mata perempuan dimakbulkan Allah apabila dia selamat melahirkan bayi perempuan pada pagi Jumaat, 17 Jun.
Raja Farah, 34, berkongsi berita gembira itu di instagramnya dengan mengucapkan rasa syukur dengan amanah ketiga ini dan berharap semua urusan dipermudahkan.
Dalam pada itu, dia turut berterima kasih kepada semua atas doa baik-baik yang dititipkan buatnya.
“Alhamdulillah..Terima kasih semua yang doakan untuk saya & baby..
“Syukur semua nya selamat, lancar & sihat…Alhamdulillah…
“Doakan proses berpantang saya pulak ye? Semoga dipermudahkan…Amin,” tulisnya.
Sebelum proses kelahiran, sehari sebelum itu, Raja Farah telah berkongsi rasa gementar dan terujanya untuk menyambut kelahiran bayi nombor tiga.
Walaupun dah ada dua pengalaman sebelum ini, perasaan berdebar itu tetap sama seperti nak melahirkan anak pertama.
“Bismillah…Warded today, 16th June 2022..Rasa nervous, excited, takut semua ada..
“Doakan smooth & healthy delivery for me yea semua? InsyaAllah,” kongsinya.
Bayi perempuan ini dilahirkan dengan berat 2.81 kilogram. Terdahulu, Raja Farah telah dikurniakan dua anak lelaki iaitu Imran Iskandar dan Ilham Iskandar.
Kredit: IG Raja Farah
Adakah anda sedang hamil? Sertai Webinar Kehamilan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual pada 26 Jun 2022 (Ahad) jam 9.30 pagi yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang kehamilan & kelahiran seperti Dr Maiza Tusimin, Dr Tengku Puteri Zainab, Dr Siti Sarah Aishah, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti jemputan Ezzaty Abdullah.
Daftar nama sebagai peserta webinar di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-aku-tak-serik-bersalin/