Bukan mudah untuk ‘wean off’ atau cerai susu walaupun usia bayi sudah pun berusia dua tahun. Bagi MUA yang cukup dikenali, Mua Bellaz, dia punya caranya yang tersendiri untuk menghentikan anak ketiganya dari terus menyusu susu ibu.
Malah kata Mua Bellaz lagi yang kini sarat hamil anak keempatnya, bukan mudah untuk memutuskan susu anak. Namun dia kini lega kerana anak ketiganya itu, Muhammad Aisy Ean Yusof sudah menerima susu botol.
Menerusi Instagramnya, Bellaz berkongsi tip dan caranya agar misinya tercapai. Malah kini kata Bellaz, dia kini perlu memfokuskan kepada kandungannya pula.
“Akhirnya mama hang lega la, hari ni masuk 5 hari dah Ean Yusuf menyusu pakai botoi hihi.
“Satu percapaian yang mama hang rasa bangga sikit. Bukan mudah oo nak bagi putuh susu badan yang dia nyusu dari baby. Fuhh lega,” tulisnya berkongsi menerusi Instagramnya.
Turut memuat naik beberapa keping gambar buah hati kesayangan, Ean Yusof yang berwajah kacukan Mat Salleh ini kata Bellaz kini hampir berusia dua tahun dan ia sudah tentu waktu yang tepat untuk memutuskan susu ibu.
Ads
Menariknya, Bellaz punya caranya sendiri untuk mengelakkan anak mat sallehnya itu menjarakkan diri. Memang terbaik!
“Lagipun yusuf dah nak dekat 2 tahun, elok lah mama bagi adik minum botoi hihi.
“Tips dia, saya letak mulut merah ang ang. Pastu cakaplah sakit sambil buat muka, dia tengok terus takut nak minum.
“Hari pertama kedua tengah malam dia still cari tapi saya cepat-cepat suap botoi susu. Dia minum kenyang teruih lena.
Ads
“Abang Yusuf dah besar. Tak pa nanti adik keluaq boleh main sama-sama. Sat ja nanti adik ligan abang Yusuf,” tulisnya berkongsi.
Dalam pada itu, perkongsian Mua Bellaz itu disambut baik para pengikutnya malah turut berkongsi tip masing-masing dalam usaha memutuskan susu anak.
Sebagai ibu, sudah tentu kita mahukan yang terbaik buat si manja. Pemakanan yang sihat dan seimbang sangat kita titikberatkan supaya anak dapat membesar dengan baik.
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selalunya apabila anak itu sudah tahu soal makan dan minum, boleh menjaga diri, kita akan menganggap bahawa mereka sudah tahu dan boleh ditinggalkan sendirian di rumah. Tetapi adakah tepat jangkaan sebegitu?
Usia 12 tahun
“Eh, mana anak kau? Tak bawak sekali ke?” dan antara jawapan yang sering diterima adalah seperti “Anak aku dah besar, boleh tinggal sendiri dah.” Tetapi menurut pekerja sosial, kanak-kanak harus sekurang-kurangnya berusia 12 tahun untuk berada sendirian di rumah walaupun hanya untuk tempoh dua jam atau lebih.
Penyelidikan yang dibentangkan di Persidangan dan Pameran Kebangsaan Akademi Pediatrik Amerika 2019 di New Orleans, para penyelidik menyeru untuk diwujudkan undang-undang supaya ada batasan had umur untuk kanak-kanak dibiarkan tinggal sendiri di rumah.
Penyelidik daripada University of Iowa berkata kaedah ini dapat membantu pekerja sosial mengesan kes-kes melibatkan pengabaian dan melindungi kanak-kanak daripada perkara yang boleh mendatangkan bahaya.
Kaji selidik
Dalam kaji selidik yang dijalankan menerusikan emel ini melibatkan seramai 485 anggota Persatuan Pekerja Sosial Kebangsaan (NASW). Individu yang terlibat diminta memberikan pandangan tentang senario seorang kanak-kanak yang ditinggalkan sendirian selama empat jam.
Senario yang diberikan adalah berbeza dari aspek usia kanak-kanak, sama ada mengalami kecederaan atau tidak dan jika undang-udang ‘tinggal sendirian’ di rumah relevan untuk diwujudkan atau tidak.
Tinjauan pendapat ke atas hampir 500 individu pekerja di Amerika Syarikat ini mendapati separuh daripada mereka merasakan kanak-kanak di bawah usia 12 tahun yang tinggal sendiri untuk tempoh lama harus menjadi perkara yang menyalahi undang-undang.
Hasil tinjauan mendapati hampir semua pekerja sosial berkata, meninggalkan seorang kanak-kanak yang berusia enam tahun atau lebih muda di rumah sendirian selama empat jam dikira sebagai satu pengabaian.
Separuh daripada responden menyatakan undang-undang harus melarang kanak-kanak dibawah usia 12 tahun dan ke bawah untuk ditinggalkan sendirian di rumah walaupun hanya untuk tempoh empat jam sahaja.
Ditinggal sendirian
Menurut US Department of Health and Human Services, pengabaian adalah termasuk kegagalan untuk memberikan pengawasan pada tahap yang boleh membahayakan keselamatan kanak-kanak.
Di United Kingdom walaupun tiada undang-undang khas, namun ibu bapa boleh didenda atau dihantar ke penjara. Ini boleh berlaku jika mereka didapati bersalah, jika meletakkan kanak-kanak dalam keadaan berisiko berdepan bahaya dengan meninggalkan mereka sendiri di rumah.
Walau bagaimana pun, ibu bapa di negara itu mempunyai pilihan dalam membuat penilaian mengenai apa yang terbaik untuk anak mereka. Mereka juga boleh menggunakan penilaian tersebut untuk menentukan usia yang bersesuai untuk meninggalkan anak secara sendirian di rumah.
Belum cukup matang
Hakikatnya ibu bapa tidak boleh sewenang-wenangnya membiarkan kanak-kanak di bawah usia 12 tahun untuk tinggal sendiri di rumah untuk tempoh yang lama. Ini kerana kebanyakan kanak-kanak di bawah usia tersebut belum cukup matang untuk berdepan kecemasan dan tidak sepatutnya tinggal sendiri di rumah.
Jadi sebagai ibu bapa, sebaiknya elakkan daripada meninggalkan anak anda sendiri di rumah. Ini boleh mengelak dan menghindari sebarang perkara atau insiden yang tidak diingini daripada berlaku. Sayangi anak anda!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bayi lima hari maut, keluarga jemur 30 minit bawah cahaya matahari, dakwa ikut nasihat doktor. Seorang bayi perempuan berusia lima hari meninggal dunia selepas diletakkan di bawah cahaya matahari selama hampir 30 minit oleh ibunya, didakwa atas nasihat doktor.
Bayi Lima Hari Maut, Keluarga Jemur 30 Minit Bawah Cahaya Matahari
Kejadian tersebut berlaku di Hospital Sri Sai, Uttar Pradesh, India. Dilaporkan, ibu kepada bayi malang berkenaan, Rita Devi, seorang penduduk kampung Bhugai Mainpuri, bersalin menerusi kaedah C-section.
Dakwa Ikut Nasihat Doktor
Bagaimanapun pada bayi tersebut didapati mempunyai masalah kesihatan. Doktor menasihatkan pasangan itu supaya meletakkan bayi mereka di bawah sinar matahari secara langsung selama setengah jam.
Pasangan itu telah meletakkan bayi mereka di bumbung hospital pada 11.01 pagi. Setelah hampir 30 minit, pasangan itu membawa bayi mereka masuk ke dalam namun bayi tersebut telah meninggal dunia tidak lama selepas itu.
Menurut pakar perubatan, pendedahan pada cahaya matahari adalah amalan biasa untuk mencegah jaundis di kalangan bayi yang baru dilahirkan. Bagaimanapun ia perlu dilakukan dengan berhati-hati terutama ketika suhu tinggi.
Kematian bayi perempuan tersebut difahamkan adalah disebabkan strok haba dan pendedahan berlebihan pada suhu tinggi. Selepas insiden tersebut, doktor yang memberi nasihat kepada keluarga malang itu telah melarikan diri.
Menurut Ketua Pegawai Perubatan (CMO) hospital berkenaan, doktor RC Gupta, siasatan telah dijalankan susulan kejadian tersebut.
Fuhh anak dah lima pun, badan macam anak dara! Itu antara pandangan awal peminatnya bila melihat Datin Rebecca Nur Al-Islam. Walaupun kelima-lima anaknya dilahirkan secara pembedahan, tetap tampil cantik.
Mungkin ramai yang kata, ada duit semua boleh. Bagi Rebecca walaupun ada duit tapi jika tak betul-betul jaga kesihatan tak memberi hasil yang sempurna juga.
Menerusi instagramnya, Rebecca yang baru saja habis berpantang anak kelima mula buat come back dan dah mula dapat bentuk badannya yang asal. Apa rahsianya?
Katanya nak maintain bukan senang, tapi perlu ada kesungguhan. Paling penting jangan tidur siang. Namun waktu malam kena tidur cukup.
Ini antara yang diamalkannya sejak dulu lagi. Siang sebaiknya kita aktif dan malam biarlah boleh betul-betul rehat.
Selain itu, jangan sesekali skip untuk makan sarapan pagi. Ini kena disiplin. Jika ada yang kata tak mahu sarapan sebab nak diet, persepsi ni kena perbetulkan.
Penting sebenarnya makan ikut waktu. Cuma biarlah makanan yang kita makan tu ikut kalori yang betul. Baru mudah nak maintain berat.
Macam Mana Urus 5 Anak Kecil?
Bila ada yang tanya bagaimana saya urus lima anak yang masih kecil, jawapannya mudah. Kena jadi superwoman.
Maksudnya di sini kena cekap uruskan anak-anak. Walaupun ada pembantu yang tolong uruskan anak bila sibuk, tapi jika ada di rumah, Rebecca suka urus sendiri anak-anak.
Ini pun salah satu cara ibu-ibu boleh kekal langsing. Urus anak, buat keja rumah pun salah satu senaman tidak langsung.
Rebecca dan suami mendirikan rumah tangga pada 14 Januari 2011 dan dikurniakan lima anak, Nor Adam Daniel, 9, Nor Anggun Raverra, 6, Nor Anggerik Renesmee, 5, dan Nor Aliff Al-Raffael, 2, dan Nor Ahmet Al-Reaggan serta dua orang anak hasil perkahwinan pertama suaminya, Datuk Azam.
Sumber: instagram Rebecca Nur Al-Islam
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.