Dah tentu kita mengharapkan zuriat apabila mendirikan rumah tangga. Kalau boleh nak cepat, tapi semuanya bergantung kepada rezeki. Ada yang mengandung tak lama selepas berkahwin, tapi yang lambat sikit rezekinya mungkin perlu menunggu lama sebelum dikurniakan cahaya mata.
Untuk seorang wanita yang menunggu dirinya hamil, dah tentu emosi bercampur-baur. Antara sedih, kecewa dan rendah dirisehingga menyebabkan kemurungan.
Perkongsian dari bellestrelle yang merupakan isteri Youtuber terkenal, Alieff Irfan tentang penantiannya selama dua tahun akhirnya terjawab apabila dia kini mengandung anak pertama mereka.
Katanya sebelum ini dirinya sering dikeji dan dikatakan mandul. Setiap kali buat ujian kehamilan, negatif. Ketika itulah dia merasa sedih dan kecewa sehingga mendapat depression.
Dari video yang dikongsinya, Bella tak dapat menahan perasaan dan menangis apabila kit UPT menunjukkan keputusan positif. Dia kemudian berkongsi berita baik ini dengan adiknya yang turut mengalirkan air mata.
Bella juga merancang kejutan untuk Alieff bagi memaklumkan dirinya sedang berbadan dua. Memang sedih bila tengok Alieff turut menangis dan memeluk isterinya sebaik saja melihat hasil ujian kit UPT Bella.
“Alhamdulillah .. terima kasih ya Allah atas rezeki yang diberikan 🤲🏻😭 .
Penantian tepat 2 tahun , akhirnya Allah tiupkan malaikat kecil dalam perutku 🤲🏻🥺 .
Dengan berbagai dugaan , hinaan & kecaman yang dapat selama 2 tahun ni . Ada yg cakap saya mandul . Ade yg cakap kami x bernasib baik . Allahu akbar !
Tapi saya tetap sabar & senyum walau dihina banyak kali . Sebab saya percaya Rancangan Allah swt . Allah maha besar , Maha mendengar lagi maha mengasihani 🤲🏻 .
Ads
Terima kasih lagi sekali untuk family saya , family mertua saya yg x putus doakan rezeki zuriat untuk saya dan suami . ❤️ .
Cuma nasihat bella untuk semua org kat luar sana . STOP untuk hina org lain , lagi2 korang x tau perjuangan mereka yg nak dapatkan anak . Nampak diorg senyum , tapi dalam sumpah diorg sedih & down . Kalau boleh mulut jaga tau . X baik mempertikaikan rezeki dari Allah swt . Allahu akhbar .
Untuk anakku , mommy & daddy akan jaga awak baik2 . InsyaAllah . 🤲🏻 . Semoag Allah swt lindungi kandungan ni dan semoga membesar dengan sihat walafiat . Amin ya Allah 🤲🏻”.
Tahniah Alieff dan Bella! Semoga kehamilan Bella dipermudahkan dan dirinya dan kandungan sentiasa dalam keadaan yang baik-baik saja.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Selain Bahasa Melayu, mama papa mesti nak anak pandai Bahasa Inggeris juga kan? Bila dia pandai, dah tentu akan jadi lebih yakin nak bertutur dan menggunakan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian. Jom, mama papa belajar macam mana nak didik anak untuk mahir bahasa ini di E-Workshop Panduan Ajar Anak Pandai English, Mudah Sangat! Dengan hanya RM20, bukan saja ilmu tapi mama papa berpeluang memenangis pelbagai hadiah istimewa dari Pa&Ma. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/panduan-ajar-anak-pandai-english/
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Disaat saudara-saudara kita di negeri Pantai Timur ditimpa musibah banjir besar, kita turut diingatkan untuk bersedia lebih awal jika berlaku sebarang kemungkinan.
Pentingnya setiap individu untuk mengetahui beberapa langkah yang perlu diambil ketika berhadapan situasi banjir, terutamanya buat anda yang tidak biasa.
Berikut merupakan rangkuman komen yang ditulis oleh pelayar internet di hantaran sebuah page di laman Facebook, berdasarkan pengalaman mereka ketika berdepan situasi banjir.
1. Makanan dan minuman
Selain bekalan botol air bersih, anda perlu menyimpan stok makanan yang boleh dijadikan alas perut ketika darurat. Ciri-ciri makanan perlulah yang boleh bertahan lama, kering atau bertin. Antaranya:
Sardin
Biskut
Ikan pekasam
2. Barang elektronik
Pindahkan barangan elektronik ke tempat yang tinggi seperti loteng rumah. Sebelum itu, jangan lupa untuk balut tebal dengan plastik.
Namun, bagi anda yang mempunyai rakit di rumah, lakukan beberapa langkah seperti berikut untuk meminimakan kos kerosakan barangan elektrik selepas banjir:
Balut barang-barang elektronik dengan plastik terlebih dahulu.
Tambat rakit dengan tali untuk mengelakkan ia hanyut.
Pindahkan barang-barang elektronik di atasnya.
Tutup barang tersebut dengan plastik kanvas agar tidak terkena hujan.
Jika ada duit lebih, laburkan dengan membeli bot simpanan.
3. Binaan dan hiasan rumah
Idea ini untuk anda yang mempunyai rumah di atas tanah sendiri dan boleh dilakukan selepas banjir reda.
Buat rumah tinggikan sedikit.
Luaskan longkang tepi rumah dan berkeadaan bersih
Selain itu, jika kawasan rumah anda kerap dilanda banjir, dinasihatkan untuk mendekorasi rumah dengan sederhana dan mengutamakan peralatan yang diperbuat daripada besi.
Ingat, apabila sudah ada tanda akan berlaku banjir pastikan tingkap dan pintu rumah ditutup rapat-rapat agar haiwan berbisa tidak boleh masuk.
Gambar: Carryology
4. Dokumen dan peralatan penting
Sudah pasti terdapat beberapa dokumen penting yang perlu anda simpan, balut dan bawa bersama ke tempat perlindungan banjir. Pastikan dokumen-dokumen tersebut disimpan di dalam beg kecemasan yang kalis air.
Selain itu, anda juga dicadangkan untuk membawa beberapa peralatan bersama bagi memudahkan urusan seperti:
Pakaian mudah kering, tebal dan kalis air
Ubat-ubatan
Lampu suluh tahan lasak dan lilin
Powerbank yang dicas penuh (sediakan lebih) atau power station (jika ada)
Jaket keselamatan
Sleeping bag
Selimut
Bag kalis air
Barang berharga
Barangan keperluan anak kecil
Kit kecemasan
Buat anda yang mempunyai anak kecil, boleh simpan barang-barang penting mereka yang ringan di dalam kolam mainan. Apabila rumah masuk air, kolam mainan akan terapung.
5. Haiwan peliharaan
Jangan kurung haiwan peliharaan anda di dalam sangkar. Hal ini kerana, banjir boleh menyebabkan mereka mati akibat terperangkap.
Jika dibenarkan oleh pihak berkuasa, bawa ia ke pusat pemindahan banjir. Makanan haiwan peliharaan juga jangan lupa untuk bawa bersama. Selain itu, segera cari cara untuk memindahkan haiwan kandang ke tempat yang tinggi dan selamat.
Keputusan UPKK 2024, calon boleh mula semak pada 20 Mac 2025. Keputusan Ujan Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) Tahun 2024 boleh disemak pada 20 Mac 2025 melalui laman web https://semakan.islam.gov.my/
Keputusan UPKK 2024, Calon Boleh Mula Semak Pada 20 Mac 2025
Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Dr. Sirajuddin Suhaimee berkata, ibu bapa atau penjaga boleh menyemak rumusan keputusan calon bermula pukul 2 petang.
“Semakan dengan menggunakan nombor MyKid dan nombor angka giliran. Ibu bapa atau penjaga juga boleh mendapatkan Slip Keputusan UPKK Tahun 2024 daripada sekolah masing-masing bermula 21 Mac 2024, pukul 9.30 pagi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Terdahulu, Sirajuddin berkata, Majlis Pengumuman Keputusan UPKK Tahun 2024 akan disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar pada 20 Mac 2025, pukul 12 tengah hari.
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menjalankan siasatan berkaitan tular menerusi media sosial melibatkan kes salah laku buli dakwaan Pegawai Kadet Akademi Latihan Ketenteraan – Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (ALK–UPNM) cedera ditekap seterika, disyaki dibuli senior.
Menerusi laman rasmainya, ATM mengeluarkan kenyataan berkata, pihaknya mengambil maklum laporan yang tular di media alternatif dan media sosial mengenai insiden itu yang memperlihat kesan lecur pada badan mangsa.
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengambil maklum berkenaan laporan yang tular di media alternatif dan media sosial mengenai insiden seorang Pegawai Kadet Akademi Latihan Ketenteraan – Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (ALK – UPNM) yang disyaki dibuli dan didera oleh seorang ‘senior’nya menggunakan seterika yang ditekap di bahagian dada Pegawai Kadet tersebut sehingga meninggalkan kesan lecur.
Susulan itu, ATM mengesahkan bahawa kes tersebut kini sedang dalam siasatan di peringkat ALK – UPNM.
ATM menegaskan bahawa siasatan akan dilaksanakan dengan terperinci dan tidak akan melindungi serta berkompromi terhadap mana-mana pihak yang terlibat dengan kes tersebut. Tindakan disiplin yang keras mahupun tindakan undang-undang akan dikenakan kepada pihak yang terlibat jika terbukti bersalah.
ATM juga menggesa agar masyarakat memberi ruang kepada ATM menyiasat perkara ini secara tuntas agar keadilan dapat diberikan sepenuhnya kepada pihak yang teraniaya. Selain itu, masyarakat juga diseru agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu kepada proses siasatan tersebut.
Segala perkembangan hasil siasatan akan dimaklumkan kepada umum dari semasa ke semasa.
Terdahulu, Harian Metro melaporkan seorang pegawai kadet tahun dua di ALK-UPNM Sungai Besi dipercayai menjadi mangsa buli dan dera baru-baru ini.
Memetik sumber, mangsa mengambil jurusan kejuruteraan itu didakwa dibuli penuntut senior dan kes terbongkar selepas pemeriksaan berkala dijalankan jurulatih bertugas, yang menyedari kesan kecederaan pada tubuh mangsa.
Tindakan yang boleh kita buat apabila dipukul, dikasari dan dicederakan. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.