Bayi berusia lapan bulan yang menghidap penyakit hati kronik (Biliary Atresia), Tuan Nur Raisha Mikayla Tuan Muhammad Shahrul Azlan meninggal dunia malam tadi selepas tujuh hari menjalani proses pemindahan hati di Hospital Max Healthcare, New Delhi, India.

Bayi sulung kepada pasangan Tuan Muhammad Shahrul Azlan Tuan Abdul Rahman, 27, dan Siti Nur Amira Ibrahim, 27, menghembuskan nafas terakhir jam 10.18 (13 Mac) (waktu India) di pangkuan bapanya.

Akhirnya Raisha Pergi Bersama Hati Umi. Rehatlah, Dah Habis Sakitmu Sayang

Tuan Muhammad Shahrul Azlan berkata, bayinya yang menerima hati daripada isterinya pada 7 Mac lalu mengalami komplikasi ketika pembedahan kali ketiga yang dilakukan Khamis lalu (12 Mac).Akhirnya Raisha Pergi Bersama Hati Umi. Rehatlah, Dah Habis Sakitmu Sayang

“Raisha buat pembedahan pemindahan hati, Sabtu lalu. Sehari selepas itu (Ahad) dia terpaksa dibedah kali kedua disebabkan terdapat saluran tersumbat (portal vein) menyebabkan darah tidak boleh melalui hati.

Akhirnya Raisha Pergi Bersama Hati Umi. Rehatlah, Dah Habis Sakitmu Sayang“Malangnya selepas pembedahan kali kedua dilakukan, badan dia membengkak. Apabila dirujuk kepada doktor, mereka beritahu air tidak dapat keluar dari badan Raisha.

Ads

“Khamis lalu, jam 7 malam keadaan menjadi agak kelam kabut dan doktor maklumkan Raisha perlu masuk dewan bedah lagi mungkin akibat saluran hati terlalu sempit menyebabkan air tidak dapat dikeluarkan.

Akhirnya Raisha Pergi Bersama Hati Umi. Rehatlah, Dah Habis Sakitmu Sayang

“Tepat jam 7.30 malam waktu India (10 malam waktu Malaysia) sekali lagi Raisha terpaksa di tolak ke bilik bedah buat kali ketiga untuk membaiki saluran pada hatinya,” katanya.

Ads

Menurutnya, selepas berjaya menjalani pembedahan kali ketiga, keadaan bayinya agak kritikal.

“Doktor maklumkan pembedahan itu berjaya, malangnya Raisha mengalami komplikasi (jangkitan kuman) dan tidak sedarkan diri selama 17 jam bermula jam 5 pagi serta terpaksa bergantung sepenuhnya pada alat bantuan pernafasan.

Akhirnya Raisha Pergi Bersama Hati Umi. Rehatlah, Dah Habis Sakitmu Sayang

Ads

“Segala yang diimpikan musnah. Saya pasrah dengan ketentuan Ilahi. Raisha meninggal dunia tepat jam 10.18 malam semalam dalam pelukan saya,” katanya.

Katanya, dia kini berusaha mengumpul sebanyak RM10,000 untuk proses membawa pulang jenazah bayinya ke Kampung Limbongan, Besut secepat mungkin.

Akhirnya Raisha Pergi Bersama Hati Umi. Rehatlah, Dah Habis Sakitmu Sayang
Gambar kenangan ketika tiba di New Delhi 28 Februari lalu.

Sebelum ini, media melaporkan bayi Raisha memerlukan kos sebanyak RM160,000 untuk menjalani proses pemindahan hati di India.

Sumber: Sinar Harian & Tuan Rafa Azlan

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI