Akibat Batuk Berpanjangan Hingga Nafas Terhenti, Bayi 1 Bulan 10 Hari Terpaksa Di Masukkan Ke ICU

Share

Jika anak batuk tak baik-baik, ibu bapa kena ambil perhatian. Tak boleh bersikap acuh tak acuh je dan fikir bila makan ubat,nanti baiklah.

Elakkan sikap macam ni terutama anak yang masih bayi. Mereka belum tahu apa-apa. Jika masalah batuk ini masih berterusan pasti ada sebabnya.

Kena tahu adakah ia punca dari orang sekeliling atau persekitaran setempat. Perkongsian dari seorang bapa, Azhar Azif mengenai anaknya yang kena batuk kokol sehingga dimasukkan ke ICU boleh dijadikan peringatan buat semua ibu bapa lain.

Rasa terpanggil ayah nak menceritakan apa yang berlaku kepada Fateh, memandangkan ramai juga yang bertanya, semoga orang lain boleh mendapat manfaatnya.

Nanti bila Fateh dah sihat, dan dah besar boleh tengok balik post ini dengan rasa syukur yang tinggi. Ramai yang mendoakan Fateh, dan paling penting, pengorbanan ibu yang sentiasa menemani Fateh.

Muhammad Fateh yang berumur 1 bulan 10 hari terkena serangan “Batuk Kokol” (dikenali juga sebagai Batuk 100 Hari – mengikut kata doc 2-3 bulan juga sebelum batuk ini reda) satu jenis batuk yang saya sendiri pun tak pernah tahu sebelum ni memandangkan anak-anak yang lain pun tak pernah kena jenis batuk ini.

Saya akan ceritakan secara ringkas apa itu penyakit batuk kokol supaya lebih ramai yang tahu dan faham tentang penyakit ini.

Batuk Kokol atau pun “Whooping Cough” adalah sejenis penyakit disebabkan oleh kuman bakteria “Bordetella Pertussis” yang dijangkiti melalui udara daripada orang lain.

Sama ada dijangkiti dari ibu bapa sendiri atau adik beradik (jauhkan baby dari mereka jika ada yang sakit demam, selsema atau batuk) atau orang ramai yang kita tidak tahu dari siapa puncanya. Jadi elakkan baby yang berumur 5 bulan kebawah berada ditempat orang ramai seperti dalam shopping mall, pasar malam, atau majlis-majlis yang melibatkan ramai orang).

Juga dinasihatkan bagi baby yang berumur dibawah 21 hari, jangan dibawa keluar rumah.

Tanda – Tanda Ringan

  • Demam
  • Selsema
  • Bersin
  • Batuk yang panjang

Selepas batuk yang berpanjangan ini berlaku, ia boleh menyebabkan baby:-

  • Muntah
  • Sukar Bernafas/ terhenti nafas seperti Fateh
  • Sianosis (Kebiru-biruan pada mulut, tangan dan kaki)

Sebaik – baiknya jika telah nampak tanda – tanda ringan, bawalah anak ke klinik/hospital yang berhampiran. Dalam kes Fateh, kami bawa Fateh ke klinik yang berhampiran sebanyak 2 kali (Fateh diberikan gas/Nab) namun kegagalan pihak klinik mengesan sakit yang dialami oleh Fateh, menyebabkan Fateh menghadapi kesukaran bernafas, sehingga terhenti nafas (apabila wife tepuk-tepuk belakangnya baru lah baby bernafas semula, syukur Ya Allah) yang menyebabkan kami berkejar ke hospital.

Saya tidak menyalahkan 100 peratus kepada pihak klinik (walaupun sepatutnya mereka lebih tahu dan menasihati kami untuk ke hospital lebih awal), namun kami menyalahkan diri kami juga kerana sebagai ibu bapa, kita juga perlu tahu penyakit – penyakit yang berbahaya untuk anak – anak kita supaya kita lebih waspada dan bersedia.

Akibat – akibat serius yang akan berlaku jika lambat dirawat ialah :-

  • Radang paru – paru
  • Kurang bekalan oksigen ke otak yang boleh menyebabkan sawan, fungsi otak tidak normal dan boleh juga menyebabkan kematian.

Semasa saya menulis ini, Fateh masih lagi dalam rawatan (dah 6 hari masuk ICU) dan bergantung penuh dengan alat bantuan pernafasan, masih lagi batuk – batuk yang panjang dan telah diberikan antibiotik secara berperingkat.

Saya izinkan post ini dikongsikan, nak tag saudara mara atau rakan – rakan yang disayangi, kerana penting kita ada pengetahuan ini bukan sahaja untuk mereka yang ada baby tetapi juga kepada semua orang, supaya berwaspada nak mengunjungi orang yang ada baby, supaya tak mudah kecil hati dan faham jika kenapa orang lain tak benarkan kita mendekati baby mereka.

Mudah-mudahan perkongsian ini memberi manfaat kepada orang lain juga dan mohon doakan Fateh agar cepat sembuh dari penyakit ini.

Sumber: Azhar Arif

Published by
Wan Amy