“Bayi saya mengalami ekzema dan semasa mandi memang nampak kesakitannya hingga saya sendiri pun tak sanggup melihatnya”.

Sebagai ibu, June Yap telah mengambil alternatif dengan mencari produk asas bebas kimia untuk bayi dan rumah.

Bagaimanapun kebanyakan produk bebas kimia ini terlalu mahal di pasaran dan telah memberi idea kepadanya untuk mencipta satu produk semulajadi yang bebas bahan kimia, CHOMEL.

Akibat Ekzema Teruk, Anak Menggaru Sampai Berdarah. Doktor Terpaksa Balut Seluruh Badan Anak

Produk CHOMEL buatan Malaysia ini adalah semulajadi, selamat dan mesra alam. Untuk tahu lebih lanjut mengenai produk ini, ikuti perkongsian dari June.

Bolehkah anda jelaskan bila bayi anda dilahirkan dan bagaimana anda menyedari bahawa dia mempunyai kulit sensitif?

Anak kedua saya dilahirkan pada Ogos 2016. Saya sangat gembira kerana dia dilahirkan secara normal dan tidak mempunyai sebarang komplikasi. Saya sangat bersyukur dengan kelahiran bayi lelaki yang sihat.

Namun apa yang membuatkan saya sedikit risau apabila mendapati dia mengalami masalah kulit sensitif dan ekzema. Ini adalah pengalaman baru bagi saya kerana saya tak pernah berdepan dengan masalah ini walaupun ada anak berusia 5 tahun.

Paling saya sedih adalah setiap kali nak memandikan Terry, pastinya dia akan menjerit dan menangis kesakitan akibat daripada luka ekzema yang dialaminya.

Disebabkan masalah ini, saya terpaksa menyapu krim setiap masa bagi mengurangkan kesakitannya dan hanya boleh minum susu ibu sahaja sehingga umurnya dua tahun.

Waktu tidurnya pada setiap malam juga agak terganggu kerana gatal sehingga perlu ditidurkan sehingga betul-betul lena.

Akibat Ekzema Teruk, Anak Menggaru Sampai Berdarah. Doktor Terpaksa Balut Seluruh Badan Anak
Sewaktu Terry dilahirkan

Beritahu kami apa perasaan anda dan kebimbangan pada waktu itu?

IKLAN

Memang rasa sukar sangat, tetapi untuk nak pastikan anak saya sihat, saya terpaksa menukar diet semata-mata nak susukan anak selama dua tahun. Saya langsung tak makan makanan laut, produk tenusu, makanan yang mengandungi gluten dan makanan serta minuman manis. Saya terpaksa jadi kuat dengan perubahan diet ini.

Walaupun saya dah jaga pemakanan, ada masanya kalau bangun pagi mesti saya terkejut melihat bayi saya luka hingga berdarah kerana menggaru waktu malam. Paling tak dapat saya lupakan, kerana ekzema yang teruk saya telah membawanya ke hospital dan doktor serta jururawat terpaksa membalutnya dari kepala hingga kaki. Sampaikan satu tahap saya minta Tuhan gantikan kesakitan anak pada saya kerana dah tak sanggup melihatnya menderita sakit.

Selepas dua tahun, perkembangan Terry semakin baik apabila sistem imunnya dah kuat. Ekzema tetap ada cuma semakin terkawal. Lagipun kami sekeluarga dah tahu cara nak pastikan ekzema ini daripada tidak jadi lebih teruk. Kami banyak belajar cara nak menguruskannya terutama dari aspek pemakanan, penjagaan kulit, bahan pencuci dan kawalan suhu kerana ia penting untuk mengelakkan tercetusnya reaksi ekzema.

Akibat Ekzema Teruk, Anak Menggaru Sampai Berdarah. Doktor Terpaksa Balut Seluruh Badan Anak

Apa yang anda sedar tentang produk bayi secara amnya dalam penyelidikan anda?

Pengalaman yang saya dan Terry lalui telah banyak mendidik untuk peka kepada semua produk. Biasanya saya akan membaca setiap label produk terlebih dahulu untuk memastikan Terry tidak mempunyai alahan pada bahan tersebut.

Bagaimanapun saya agak terkejut apabila mendapati banyak produk bayi di pasaran hari ini mengandungi bahan kimia berbahaya, yang boleh menyebabkan masalah kesihatan jangka panjang seperti asma, ADHD dan juga kanser. Oleh kerana keperluan penjagaan kulit bayi saya agak sensitif, saya mencari produk bayi yang semula jadi dan tidak mengandungi bahan kimia berbahaya. Tetapi saya menyedari bahawa produk bayi semulajadi  sangat mahal, dan kadang-kadang boleh mencecah lima kali ganda harganua berbanding barangan bayi yang biasa ada di pasaran.

Akibat Ekzema Teruk, Anak Menggaru Sampai Berdarah. Doktor Terpaksa Balut Seluruh Badan Anak
June dan Terry ketika masih dalam pantang.

Mengapa anda fikir ibu bapa perlu mengambil berat dengan penjagaan kulit bayi mereka? Apa yang mereka perlu tahu?

Sebagai seorang ibu yang telah melalui pengalaman anak ekzema, saya fikir semua ibu bapa perlu menyedari bahawa tidak semua produk bayi selamat untuk bayi anda. Kulit bayi lebih lembut dan cukup sensitif berbanding kulit orang dewasa. Ibu bapa perlu tahu membaca label bahan-bahan yang digunakan untuk sesuatu produk dan sebaiknya pilihlah produk bayi semula jadi. Bahan utama yang harus dielakkan adalah SLS / SLES, Pewarna, Parabens, Donor Fomaldehyde, Pelarut, DEA, Triclosan dan lain-lain.

IKLAN

Bagaimana anda memulakan perniagaan anda?

Saya memulakan perniagaan saya berdasarkan keinginan untuk membantu ibu bapa di luar sana yang menghadapi masalah sama seperti saya. Melalui kumpulan sokongan yang disertai, saya tahu ramai ibu mengalami masalah ini. Anak yang mengalami ekzema dan kulit sensitif ini sebenarnya dari pelbagai latar belakang dan boleh berlaku kepada semua kaum. Oleh itu, dengan produk-produk bayi yang mahal, bagaimanakah ibu bapa mampu menghasilkan produk yang tepat untuk bayi mereka?

Akibat Ekzema Teruk, Anak Menggaru Sampai Berdarah. Doktor Terpaksa Balut Seluruh Badan Anak

Itulah sebabnya saya buat Chomel – Saya mahu produk yang semulajadi, selamat, berkesan dan mesra alam, tetapi pada harga yang berpatutan. Kami juga diperakui sebagai hypoallergenic dan halal oleh Jakim Malaysia.

Produk anda biodegradable. Mengapa perkara itu penting kepada anda?

Sebagai seorang ibu, saya ingin pastikan bumi ini tempat yang selamat untuk anak saya serta anak orang lain. Seperti yang dapat dikesan, saya percaya perubahan bermula dengan saya. Apabila produk Chomel dikeluarkan, saya mengambil berat mengenainya untuk memastikan semua produk kami benar-benar selamat. Ini bermaksud bahan-bahan yang digunakan memenuhi kriteria ujian yang sangat ketat, melalui ujian mudah terbiodegradasi, yang memperlihatkan biodegradability muktamad dalam tempoh masa tertentu selama 28 hari.

Akibat Ekzema Teruk, Anak Menggaru Sampai Berdarah. Doktor Terpaksa Balut Seluruh Badan Anak

IKLAN

Kami juga ingin mengurangkan jejak karbon di bumi dengan mengehadkan pelepasan karbon dioksida pada setiap produk keluaran kami bermula dari pembungkusan hinggalah ke bahan-bahan utama.

Akibat Ekzema Teruk, Anak Menggaru Sampai Berdarah. Doktor Terpaksa Balut Seluruh Badan Anak

Adakah anda fikir lebih ramai ibu bapa menjadi lebih mesra alam  menyedari isu seperti ini?

Pada masa kini, ramai ibu bapa dah mula menyedari tentang bahan-bahan dalam produk bayi kerana mereka juga mempunyai bayi yang mengalami kulit sensitif ringan, teruk dan ekzema. Mereka sedang mencari produk berkualiti yang berpatutan untuk bayi mereka.

Walau bagaimanapun, usaha dan kempen secara berterusan sangat perlu agar mereka tidak mengambil ringan mengenai perkara ini.

Ada juga segelintir ibu bapa masih tidak menyedari bahawa memilih produk bayi yang tepat adalah penting, bukan sahaja untuk merawat bayi tetapi juga untuk menjaga alam sekitar. Ini penting supaya generasi akan datang dapat menjalani kehidupan yang baik di muka bumi ini.

Akibat Ekzema Teruk, Anak Menggaru Sampai Berdarah. Doktor Terpaksa Balut Seluruh Badan AnakBerikan beberapa tip lain yang anda ada untuk ibu bapa yang mempunyai anak ekzema atau kulit sensitif? Apa yang boleh dilakukan untuk anak-anak mereka?

 Sebagai ibu yang telah melalui pengalaman anak ekzema, nasihat saya adalah dapatkan sokongan dari keluarga dan rakan-rakan kerana ia dapat meringankan masalah yang kita hadapi. Jangan berputus asa dan perlu kuat. Yakinlah ekzema ini akan jadi lebih baik dari semasa ke semasa.

Akibat Ekzema Teruk, Anak Menggaru Sampai Berdarah. Doktor Terpaksa Balut Seluruh Badan Anak

Kulit sensitif dan ekzema adalah gabungan genetik dan alam sekitar, jadi jangan cepat percaya pada produk yang menyatakan ia mampu menyembuhkan kulit bayi anda dengan cepat – ia tidak wujud. Pilih produk semula jadi yang diuji dengan hypoallergenic dan sesuai untuk bayi baru lahir dan kulit sensitif.

Elakkan daripada krim steroid kecuali jika sangat perlu dan atas nasihat doktor  kerana ia mempunyai kesan sampingan. Untuk bayi anda menjadi lebih baik, ia juga perlu mendapat sokongan semua ahli keluarga dengan amalan gaya hidup sihat dan makan makanan berkhasiat. Keluarga sihat dan bahagia adalah yang sentiasa bersama dan menyokong antara satu sama lain.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI