Ingatkan menyihatkan rupanya tidak. Akibat ketagih minum susu kotak yang tinggi gula, si kecil kerap batuk, selesema, sakit, kurang gemar makanan berkhasiat, tiada selera makan selain mempunyai tingkah laku suka tantrum dan cranky.
Ia bukan isu remeh tapi sangat membimbangkan dan mungkin tidak disedari oleh ramai ibu ayah. Trend kanak-kanak sekarang ramai yang kurang gemar makan ‘real food’ berbanding minum susu sahaja. Oleh kerana kurang pengetahuan, ibu bapa beranggapan anak tetap mendapat khasiat makanan daripada susu yang diminum.
Ada juga kes anak yang sudah bercerai susu ibu mula ketagih minum susu kotak komersil kerana ibu enggan memberi anak minum susu formula. Hakikatnya susu kotak komersil tetap mengandungi tinggi gula.
Itu antara faktor menyebabkan ramai kanak-kanak sekarang cerewet makan atau menolak makanan sebenar kerana mereka sudah kenyang minum banyak susu. Pengalaman tersebut pernah dilalui oleh Ainini Zainal yang akhirnya nekad untuk mengubah pemakanan anaknya yang sebelum ini kerap sakit.
ANAK KETAGIH SUSU TINGGI GULA SELEPAS USIA 2 TAHUN.
BETUL KE LEPAS 2 TAHUN MASIH KENA MINUM SUSU DAN SUSU SATU-SATUNYA SUMBER KALSIUM?
Terjumpa foto pertama di Pinterest.
Tentang kanak-kanak yang minum susu kotak dan kemudian ‘hilang kawalan dan cranky.’
Di bawah ketegori Funny Kids/Humour.
Kelakar ya?
Tak rasa lawak pun benda ni.
Orang yang tak hiraukan isu begini saja yang akan rasa benda ni bahan lawak jenaka.
Anak boleh ketagih gula/perasa tiruan dalam SUSU KOTAK/SUSU FORMULA.
Biasa jumpa kan SEHARIAN TAK MAKAN, MINUM SUSU TU JE.
Kalau makanpun, ROTI, BISKUT, CEREAL, SOSEJ, JUNKFOOD.
Anak saya 6 tahun lepas begitu.
Sebijik.
Ketagih susu coklat kotak dan juga susu strawberi.
Sehari boleh habiskan 8-10 kotak.
TANPA MAKAN.
Tahap kesihatan?
Boleh tahan teruk.
Demam 2-3 kali sebulan.
Bila batuk, lambat hilang kahaknya.
Cranky.
Tantrum.
Apa nak pelik, sebab bahan-bahan dalam susu kotak tersebut terutamanya GULA memang bahan yang
• penyebab keradangan
• penyebab sistem imun badan merudum
• penggalak kahak
• lama-lama menyebabkan ketagihan
• pernah baca tentang makanan/minuman mempengaruhi tingkah laku/emosi?
Saya berikannya susu kotak coklat selepas setelah genap 2 tahun menyusu badan.
Masa tu mentaliti tipikal SUSU SAJA SUMBER KALSIUM.
Juga ingatkan SUSU KOTAK= SUSU SEGAR.
Padahal tempoh jangka hayat bertahun-tahun.
Lagi rasa ralat masa tu bila tahu realiti sebenar yang susu kotak itu sama saja dengan susu formula yang banyak kesan sampingan pada anak-anak.
MSG? Nama lain bagi MSG sangat banyak.
Di label susu-susu formula, susu kotak, diletak nama lain untuk mengaburi mata kita.
Kesan MSG terhadap kesihatan?
Sangat banyak.
Mulanya ketagihan dan kemudiannya kesan terhadap sistem badan dan otak.
Tapi masa tu saya buta, kerana saya sendiri yang mahu terus buta.
Mungkinlah orang kata, alah kalau susu ada MSG, gula, bukan banyakpun. Sikit je. Ingat konsep ‘sikit sikit, lama-lama jadi bukit.’
Ingat tu saja.
Kita rasa ianya benda kecil, tapi kesannya?
Betullah, jika buat sesuatu tanpa ilmu, kesan buruknya sendiri terima.
Dalam kes ini, ANAK YANG TERIMA.
Baca semua, experience sendiri semua, baru dapat relate kenapa selama ni dia
cerewet makan, kerap sakit, baru baik demam minggu lepas ni demam balik, cranky, tantrum.
Tak apalah lambat pun tahu, asal tahu. dari tak tahu dan tak ambil tahu langsung. dari terus jadi ignorant.
Usianya 3 tahun, saya stop terus susu kotak tinggi gula tersebut, walaupun ditulis LESS SUGAR.
Baru belajar faham maksud label pada pek susu kotak yang sebulan berkarton karton diborong tu.
I took couple of months to heal his gut, stop terus semua yang memusnahkan merosakkan melemahkan immune system.
Upkan sistem immune badan dengan:
• Madu
• Virgin Coconut Oil (VCO)
• Extra Virgin Olive Oil (EVOO)
• Habbatus sauda
• Kismis, kurma
• Buah-buahan dan sayur
• Real food: ikan, telur, daging, segala makanan sunnah YANG MEMANG ALLAH CIPTA bukan sekadar perhiasan.
BETULKAN MENTALITI TIPIKAL KITA.
SUSU BUKAN SATU-SATUNYA SUMBER KALSIUM. banyak lagi sumber makanan lain yang jauh lagi tinggi kandungan kalsium dari susu. (dan TAHUKAH ANDA, selepas usia 2 tahun, kanak-kanak dah tak perlu bergantung pada susu lagi untuk membesar? BERI MEREKA REAL FOOD. yang ada segala khasiat- vitamin ciptaan ALLAH.)
Kuasa Allah mahu tunjukkan pada saya.
Selepas hentikan susu kotak, nampak HASIL KETARA.
• kesihatan makin baik. 2-3 kali sebulan sakit bertukar jadi 6-12 bulan sekali baru sakit. Dengan izin Allah.
• hilang cranky, tantrum, moodnya.
• baru mahu makan.
• suka healthy food.
Selera makan makin ok, terus ok.
Tak ada dah tension dia taknak makan. mahu bagi vitamin, segala khasiat makanan? BAGI REAL FOOD. bukan supplement sintetik. bukan susu formula, serbuk atau makanan tambahan yang dicanang ADA SEMUA KHASIAT, padahal realitinya, sintetik semata.
Doa, galakan, usaha, ajak dia sukakan real food, healthy homemade food. TAK MUDAH, TAPI TAK ADA PERKARA YANG TAK BERHASIL KALAU KITA USAHA. DOA DOA DOA.
Junkfood fastfood coklat aiskrim segala – dia akan cakap, TAK ELOK NI KAN, IBU- KALAU NAK MAKAN, IBU BUAT, YA IBU?
Saya puas hati dia dapat bezakan yang mana elok mana yang tak. nak makan coklat, aiskrim, junkfood, fast food BUKAN TAK BOLEH. TAPI JADIKAN VERSI SIHAT. Penat sikit, tapi kesannya sangat besar terutamanya bab dah tak kerap sakit seperti dulu.
Ada yang hadapi masalah sama?
You are not alone.
RAMAI LAGI BEGITU.
Cuma saya faham, anda mesti fikir ianya normal, bukan?
Realitinya?
Ibu ibu, ayah ayah, saya tidak cakap kosong.
Semua ini dalam artikel di akhbar sudah banyak sebut sejak dulu.
Pernah baca artikel di akhbar tentang bagaimana gula dan MSG boleh memberi kesan terhadap kesihatan dan membuat kanak-kanak hyperaktif, sukar mengawal emosi/tingkahlaku dan kerap tantrum?
MARI BACA LAGI.
SUSU
Kanak-kanak selepas usia 2 tahun tidak lagi perlukan susu untuk membesar.
1. CHILDREN OVER 1 DO NOT NEED FORMULA MILK https://www.channelnewsasia.com/…/children-over-one-do-not-…
2. DO KIDS REALLY NEED MILK?
MAYBE NOT
http://archive.boston.com/…/do_kids_really_need_milk_maybe_…
3. HARVARD REPORT MILK IS NOT THE BEST SOURCE OF CALCIUM
https://www.onegreenplanet.org/…/harvard-reports-milk-is-n…/
4. MILK MYTH. WHY YOU DON’T NEED DAIRY FOR CALCIUM
https://www.forksoverknives.com/milk-myth-why-you-dont-ne…/…
Sumber: Ainini Zainal