Akibat Shaken Baby Syndrom, Darwisy Alami Cerebral Palsy. Ketabahan & Sikap Positif Ibu Bantu Perkembangan

Share
Mengalami goncangan kuat akibat Shaken Baby Syndrome, anak yang lahir normal ini mengalami cerebral palsy akibat kecederaan otak. Tapi sikap positifnya ibu ini cukup tabah menempuhi segalanya.

 

Pertama kali menatap cerianya anak ini, penulis terdetik tentu dia mendapat semangat positif dari orang sekeliling. Jadi benarlah tanggapan itu, anak ini mempunyai ibu ayah yang sangat positif dan bersemangat. Sangkaan penulis, ibu ini mempunyai latar belakang dalam terapi cara kerja. Tapi sangkaan ini meleset, kerana katanya dia tidak mempunyai pendidikan formal dalam bidang itu.

Menyelak album yang dikongsikan berkaitan aktiviti rangsangan yang diberikan kepada dua cahayamata, seolah-olah suasana seperti di pusat terapi. Penuh dengan bahan mainan sensori yang dibuat sendiri. “Aktiviti yang saya buat kebanyakkan adalah dari idea saya berdasarkan pembacaan dibuku,”kata Siti Saidah, ibu kepada dua cahaya mata iaitu Darwisy dan Zara.

CEREBRAL PALSY DAN GLOBAL DEVELOPMENTAL DELAY

Anak pertamanya, Darwisy diagnose Cerebral Palsy dari usia 2 tahun. Tetapi sebelum itu sudah pun didiagnosis mengalami Global Development Delay akibat pendarahan diotaknya semasa dia berumur 3 bulan 2 minggu.
“Darwisy adalah kes shaken baby syndrome, diambil dari nursery akibat sawan tanpa henti. Dia dikategorikan sebagai kategori traumatic brain injury with acute & chronic subdural hematoma.
“Kesannya perlu dibedah dikepalanya untuk keluarkan darah yang tersumbat diotaknya kesan dari pendarahan yang berlaku. Kesnya menjadi kes polis kerana terdapat unsur penderaan pada ketika itu,” kata Siti Saidah.
“Saya bekerja diwaktu ini. Sedih dan kecewa kerana anak yang lahirnya normal tetapi….”
Saidah turut mengimbau kembali saat awal terjadinya kejadian itu. Darwisy ditahan di dalam wad selama 2 minggu. Selama seminggu di Unit Rawatan Rapi dan seminggu lagi di wad neuro di sebuah hospital di ibu negara.
“Setelah discaj dari hospital terus langkah seterusnya adalah saya berhenti kerja. Suami juga marah dan kecewa. Tetapi harus reda dengan ketentuan yang sudah disusun Allah,” kata Saidah.
Dari situ, kekuatan timbul dan kini ibu ini sebati dan mengadaptasi dengan keadaan Darwisy. Banyak aktiviti rangsangan yang dilakukan olehnya sendiri di rumah. Walau pun kini pada usia 7 tahun Darwisy, aktiviti rangsangan di rumah tetap diteruskan.

AKTIVITI RANGSANGAN UNTUK DARWISY

Saidah telah berkongsi tentang terapi dan aktiviti homeschooling yang dilakukan kepada anaknya, Darwisy dan Zara.

Terapi dan homeschooling cara kami.

Tujuan lebih tertumpu pada Darwisy putera istimewa Cerebral Palsy saya.

10 point yang WAJIB buat setiap hari. Setiap masa/sesi didalam jadual harian punya misi yang berbeza untuk dicapai.

Jika sebelum ini, pointnya sedikit tetapi tahun ini ditingkatkan dan perlu ditulis/diprint begini supaya tidak lupa dan leka.

Point yang boleh dikatakan yang paling lemah adalah berkaitan persepsi visual.

Point ini yang baru dijodohkan pada tahun lepas selepas seorang sahabat yang sungguh baik hati memberitahu saya berkenaan isu ini.

Beginilah cabarannya besarkan anak istimewa ini. Lain tahun lain cabarannya. Makin digali ilmu makin jumpa term yang baru atau isu yang tak disangka.

Tak mudah tapi tak bererti susah, hanya terdapat cabaran.

DARWISY BELAJAR & TERAPI DENGAN TEACHER MAMA!

Terkini, Darwisy sedang melalui pelbagai stimulasi dengan Saidah di rumah, sesi belajar dan terapi dengan teacher mama!

Journey of little fighter darwisy hakimi.

Sesi belajar dan terapi dirumah bersama teacher mama dihari pertama tahun 2019.

•Sesi pagi pertama
Brushing technique
Stretching
Oral motor stimulation
Anat Baniel Method (ABM)

• Sesi pagi kedua
Latihan fonik- Kenal abjad dan membaca (tujuan utama betulkan sebutannya).
Latihan fizikal- wheel barrow, kuatkan otot tangan guna peanut stability ball.
Latihan untuk kemahiran motor halus- fokus lebih pada penggunaan tangan kanan
Belajar subjek bahasa melayu.

Sesi pagi memang dia fokus, ajar kemas mainan lepas sudah main. Letak ditempat yang betul. Untuk didiknya jadi seorang yang bertanggungjawab dan juga bagus untuk fokus matanya.

• Sesi petang pertama
Belajar subjek sains, matematik dan bahasa inggeris.
Belajar menulis dan mewarna.

Lepas itu beri dia rest dan bermain ikut suka. Zara pun sudah balik.

Dan akhirnya terus ???.

#cerebralpalsy #keepmovingkeepfighting
#nevergiveuptilltheend

Sumber: Siti Saidah
Published by
Azma ML