Situasi bayi tersedak susu adalah satu situasi yang menakutkan dan merisaukan ibu bapa atau penjaga. Dalam keadaan bayi tersedak susu, biasanya keadaan bayi dah kebiruan atau tercungap-cungap.
Keadaan ini berlaku apabila susu masuk ke dalam saluran pernafasan dan seterusnya ke dalam paru-paru menyebabkan masalah pernafasan dan juga boleh menyebabkan bayi meninggal tanpa disedari ibu bapa.
Bagi memastikan keadaan ini selamat pada bayi, ibu bapa atau penjaga kena alert dan jika boleh pada waktu malam ‘korbankan’ sedikit masa tidur untuk pastikan anak-anak benar-benar selesa dan sendawa bila siap menyusu.
Jangan biarkan anak menyusu hingga tertidur sendiri tanpa pengawasan kita kerana risiko tersedak susu boleh berlaku.
Perkongsian pengalaman dari seorang ibu, Puan Marzi Hassan yang baru berlaku baru-baru ini semasa anaknya Dhia Puteri Mahsuri berusia 1 tahun 8 bulan boleh dijadikan peringatan buat semua ibu bapa.
Pengalaman anak tersedak susu. Jam 3 pagi, Ammy dikejutkan dengan bunyi seperti sudu terjatuh di atas simen. Mungkin ia satu mimpi kerana dapur dan bilik tidur jaraknya agak jauh. Lagipun pintu bilik tertutup rapat. Kalau fikir logik tidak mungkin kedengarannya jelas seolah-olah berada di hujung telinga.
Seperti biasa bila terkejut daripada tidur, perkara pertama yang Ammy perhatikan adalah Mahsuri… Allahu rabbi… Kelihatan Mahsuri seperti terbatuk-batuk dan nafasnya laju… Tangan dan kakinya sejuk… Tiba-tiba Ammy teringat yang dia baru lepas menyusu (brestfeeding) dan mungkin Ammy tertidur sehingga tidak tahu bila masa dia berhenti.
Ammy segera mengangkat Mahsuri dan memangkunya di bahu, suami Ammy pun turut sama membantu menepuk-nepuk dan mengosok-gosok belakang Mahsuri. Tiba-tiba…. Burpppp…. Mahsuri sendawa diikuti dengan muntah susu yang berketul-ketul.
Tersedak susu rupanya anak Ammy. Bila sahaja muntah itu keluar, suhu badan Mahsuri mendadak naik. Tidak lagi sejuk seperti sebelumnya. Sebelum ini Ammy selalu dengar tentang bayi tersedak susu serta risikonya. Kali ini terjadi pada Ammy sendiri. Allahu Akbar, terima kasih Ya Allah kerana lindungi anak Ammy dan mengejutkan Ammy dari tidur. Satu pengajaran buat Ammy.
Selepas ini Ammy akan berhati-hati dan pastikan…
- Temani anak menyusu walau bagaimana penatnya seharian bekerja.
- Jangan tidur sebelum anak habis menyusu.
- Pastikan anak dalam keadaan selesa, susu yg diminum atau makanan yang dimakan telah dihadam sebelum mereka tidur.
- Pastikan situasi anak nyaman sebelum kita melelapkan mata, tidak kira lah anak kita masih bayi ataupun telah dewasa. Sesungguhnya bagi kita sebagai seorang ibu, walaupun anak kita sudah punyai keluarga sendiri dan pandai jaga diri, namun mereka masih anak-anak kecil dimata kita. Masih perlukan kasih sayang kita, perhatian kita dan yang lebih penting doa restu daripada kita. Semoga Allah SWT sentiasa melindungi anak-anak kita.
Sumber: Marzi Hassan
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI