Kalau pergi ke Kelantan pastinya ramai yang akan cuba kuih akok. Istimewanya kuih ni, teksturnya yang lembut dan menjadi kegemaran pelbagai lapisan masyarakat. Bagi yang menggemari kuih akok ini, anda dah boleh buat sendiri untuk keluarga.

Cara membuatnya mudah kerana bahan utama adalah telur. Tak perlu nak cari acuan akok pun. Guna tray muffin je dan bakar dalam oven dah boleh hasilkan kuih yang sedap ni. Resipi yang dikongsikan oleh Puan Nor Azliza Mohamed boleh dicuba.

Mommy serve akok pandan oven baked kat anak2 n family sbb depa request..
Sedap giler katanya, rasa lembut + aroma pandan tu MashaAllah xtau nk describe pe lg.
Ok ni mommy edit resepi akok pandan utk semua ya?? Enjoyyy lovelies.

🌺 AKOK PANDAN 🌺
– 150g gula melaka
– 100ml air
– 2 sb gula pasir
– 1 helai pandan disimpul
* masak gula melaka + air + gula + daun pandan…
Apabila air gula telah larut, off api…ketepikan…
– 200ml santan
– 5,6 helai daun pandan ~ potong kasar
– 6 bj telur
– 2 sb tepung gandum
– 1/2 sk garam

IKLAN

Cara-cara:

Blend santan + daun pandan. Masukkan telur, tepung, + garam. Blend sebati.

Campurkan bahan blend tadi dengan air gula melaka, kacau-kacau rata + tapis…a

Panaskan oven 200°c, sapukan muffin tray dengan minyak & panaskan acuan selama 10 minit.

Keluarkan tray, tuangkan adunan sebanyak 3/4 ke dalam setiap lubang muffin tray. Bake 20 minit @ sehingga masak.

Akok akan mengembang semasa dibakar & akan mengecut selepas dikeluarkan dari oven.

Kredit: Nor Azliza Mohamed

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)