
Bila anak selesema,banyak hingus yang terhasil dan adakalanya menyebabkan hidung anak tersumbat. Kasihnya seorang ayah, Achey sanggup sedutkan hingus Tiara untuk lancarkan pernafasannya.

Sejak mempunyai anak angkat, Achey kerap berkongsi perkara-perkara yang berkaitan anak. Bertuahlah Nur Tiara Zinnirah, 3 bulan kerana mempunyai ibu bapa yang sangat menyayanginya.

Betullah orang kata, ibu dan ayah sanggup lakukan apa sahaja untuk anak. Untuk melancarkan pernafasan anak, Nur Tiara Zinnirah, Achey telah bertindak menyedut hingus anaknya hingga tertelan.

Bila ayah tertelan hingusannn… pitammmmmm @tiara_zinnirahofficial
Bila ayah tertelan hingusannn… pitammmmmm @tiara_zinnirahofficial
A post shared by achey Bocey 013-6408967 (mngr) (@acheykintangkintung) on
Video yang ditonton sehingga lebih 200 ribu itu telah menerima pelbagai komen dan reaksi daripada para follower. Hampir semua terhibur dengan lawak spontan Achey yang telah tertelan hingus Tiara semasa proses sedut dilakukan.
Ada juga follower yang berkongsi info dan petua untuk anak selesema.
BEST DADDY EVER

INI LAWAK!

GOOD JOB!

CADANG GUNA PENYEDUT AUTOMATIK


BOLEH BEDUNG DULU

DEMI ANAK

JANGAN SEDUT LEBIH 5 SAAT

Sumber: Achey Bocey
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Senang Jaga Sarima! Syatilla Akui Nak Dengar Suara Anak Daranya Hanya Lapar & Mandi Saja

Pelakon, Syatilla Melvin, bersyukur anak keduanya yang dilahirkan pada 17 April lalu, Sarima Samheizy, tidak banyak kerenah dan mudah untuk dijaga.
Menurut bintang Dia Isteri Luar Biasa itu, keadaan terbabit membolehkan dirinya menjalani proses berpantang dengan lancar.

“Alhamdulillah, anak perempuan saya senang untuk dijaga. Dia cuma akan menangis apabila lapar dan ketika dimandikan. Pendek kata, susah nak dengar suaranya sebab dia tidak merengek tanpa sebab. Pada sebelah malam pula, Sarima selalunya akan tidur lena selama dua atau tiga jam sebelum bangun untuk menyusu.
“Sama seperti ketika menjaga abangnya dahulu, Syeriv, saya bertuah kerana dapat berpantang tanpa banyak gangguan kerana mengambil khidmat bersalin.
“Sekurang-kurangnya sepanjang tempoh 44 hari berpantang adalah orang membantu menguruskan si kecil. Sekiranya tidak larat atau sebagainya, mereka mengambil giliran untuk membantu memberikan susu pada sebelah malam,” katanya.
View this post on InstagramA post shared by Shaheizy Sam Samad (@shaheizy_sam) on
Syatilla atau nama sebenarnya Siti Nur Syatilla Amirol Melvin, 28, dan Shaheizy Sam, 36, mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Syeriv Samheizy, pada 9 Mei 2017.
Syatilla juga berhasrat menunggu sehingga puterinya berusia enam bulan sebelum menerima sebarang tawaran lakonan.

“Tunggulah sehingga Sarima sudah berusia enam bulan ke atas, barulah saya akan mempertimbangkan untuk menerima tawaran. Bukan apa, seperti sebelum ini, saya sedih apabila terpaksa berenggang dengan Syeriv yang masih kecil,” katanya yang sehingga kini belum menayangkan wajah puterinya itu kepada peminat.
Syatilla turut memberitahu, buat waktu ini dia sibuk mengendalikan perniagaan kosmetik, Kekasih, yang diasaskan bersama adik-beradiknya. Produk berkenaan baru sahaja dilancarkan pada 1 Mei lalu.
Sumber: Berita Harian
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
WHO Cadangkan Siri Pertama Vaksin Difteria Bermula Seawal Umur 6 Minggu

Difteria adalah penyakit yang disebabkan oleh bakteria Corynebacterium diphteriae yang tersebar melalui titisan cecair pernafasan. Bakteria ini menjangkiti tekak iaitu tonsil dan farinks dan menghasilkan toksin yang boleh menyebabkan keradangan disekitar tekak dan bengkak leher yang boleh menyebabkan pesakit mengalami kesukaran bernafas.

Menurut kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, semalam, Kementerian Kesihatan Malaysia memaklumkan satu kes kematian yang disyaki akibat jangkitan difteria di daerah Johor Bahru pada 15 Oktober baru-baru ini.
Menurut kenyataan itu, kes berkenaan membabitkan kanak-kanak perempuan berusia 14 bulan. Pesakit berkenaan tidak pernah menerima sebarang imunisasi difteria akibat keengganan keluarga. Kanak-kanak berkenaan meninggal dunia akibat Severe Diphtheria with multiorgan failure.

Ujian pengesanan ke atas sampel calitan tekak pesakit menunjukkan kehadiran bakteria Corynebacterium diphteriae dan pihak kementerian kini menunggu keputusan ujian pengesahan makmal.
Selain itu, KKM juga menasihati orang awam agar sentiasa berwaspada terhadap penyakit berjangkit yang boleh dicegah melalui imunisasi seperti difteria, measles, mumps dan lain-lain.
Perkhidmatan imunisasi ini boleh diperolehi daripada klinik kesihatan kerajaan dan swasta. Kegagalan memberikan imunisasi kepada kanak-kanak bukan sahaja mendedahkan kanak-kanak tersebut kepada jangkitan kuman malahan boleh membahayakan komuniti.
Cadangan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)
Berdasarkan kertas kerja WHO mengenai vaksin difteria yang melibatkan maklumat dan jadual yang disyorkan, cadangan semasa WHO yang bermula dari tahun 2006 menyatakan bahawa siri pertama vaksin yang mengandungi DTwP- atau DTaP- perlu diberikan dalam 3 dos bermula seawal umur 6 minggu, dan diberikan dengan selang masa minumum 4 minggu.
Sumber: Hello Doktor
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Si Kecil Suka Sangat Nak Main Dengan Periuk, Bekas Makanan, Bakul Kain, Tisu & Bedak? Ini Mungkin Puncanya

Periuk, bekas makanan, bakul kain, tisu & bedak adalah barangan yang selalu menjadi tumpuan bayi. Nak tahu kenapa? Ini mungkin puncanya
Bayi anda dan pandai menerokai rumah. Kebolehan merangkak dan menyusur (cruising) di dalam rumah membantu penerokaan ini. Ada-ada sahaja objek dalam rumah yang digemari selain mainan. Periuk belanga, bekas makanan, kain kotor, tisu dan bedak juga tidak terkecuali. Pantang lepa sekejap habislah dikerjakannya!

Pelik juga, dalam banyak objek yang ada di rumah, si kecil tertarik dengan barang-barang ini. Mama papa perlu tahu tarikan kepada ojek-objek ini berkait rapat dengan perkembangan visual dan sensori bayi.
PERALATAN DAPUR
KENAPA BAYI SUKAKANNYA?
Perkakas dapur seperti sudu, senduk, periuk, kuali adalah antara yang diminati si kecil. Ia menggalakkan bayi untuk memegang dan mennyentuh pelbagai jenis tekstur dan material. Anda boleh berikan bayi bermain dengan senduk kayu pengadun, besen plastik dan cawan plastik asalkan ia tidak berbahaya. Elakkan memberikan perkakas kaca, logam atau seramik yang menyebabkan ia mudah pecah dan membahayakan. Bayi juga sebenarnya meniru aksi anda memasak. Dia akan menyukai apa sahaja objek yang kerap anda guna.
IA MUNGKIN BERBAHAYA APABILA…
Bayi tidak sepatutnya didedahkan dengan peralatan yang boleh mengundang bahaya seperti kuali dan periuk yang selalunya akan berada di atas dapur kerana mereka mungkin akan menganggap ia tidak bahaya untuk disentuh tetapi hakikatnya panas. Ia boleh menimbulkan masalah suatu hari nanti bila anda meletakkan periuk atau kuali panas, bayi mungkin akan menyentuhnya kerana menyangka ia tidak berbahaya.

BEKAS MAKANAN
Bekas pek makanan memang disukai seperti bekas herba, gula dan garam yang kecil. Tidak ketinggalan bekas kerepek kentang atau tin biskut dan botol air mineral yang kosong. Ia adalah alat permainan yang boleh menghasilkan bunyi! Ini memang kesukaan bayi.
IA MUNGKIN BERBAHAYA APABILA…
Cuma ia berisiko untuk terbuka dan tumpah. Harap apabila beks terbuka, isi bekas tidak menyebabkan bayi tercekik atau alergik.
BAKUL KAIN
Kain dalam bakul sama ada yang bersih atau kotor ialah suatu permainan yang berpotensi bagi bayi. Dia boleh merangkak ke atasnya atau menarik satu persatu keluar daripada bakul. Ia adalah satu aktivitisensori yang menyeronokkan
IA MUNGKIN BERBAHAYA APABILA…
Cuma ia berbahaya sekiranya kain tersebut kotor yang dicemari bakteria dan cecair badan . Ia boleh menyebabkan jangkitan kuman.

TISU
Ini juga salah satu objek ‘berhantu’ yang disukai bayi. Mereka suka menarik keluar tisu satu persatu hingga habis. Ada bayi yang memakan tisu atau mengoyakkannya. Bayi tertarik kepada tisu kerana ia ada elemen kejutan. Bila tisu ditarik, ada lagi yang keluar, ini menyeronokkan!
IA MUNGKIN BERBAHAYA APABILA…
Pantau agar si manja tidak memasukkan tisu ke dalam mulut kerana ia boleh menyebabkan bayitercekik.
BEDAK, LOSEN & PRODUK PENJAGAAN DIRI
Bedak dan losen adalah antara objek kesukaan bayi. Apa sahaja bekas yang mempunyai pam, tiub atau tempat buka akan menarik perhatiannya. Apabila dituang atau ditekan isinya keluar dan ini akan menyebabkan bayi suka sangat!
IA MUNGKIN BERBAHAYA APABILA…
Cuma yang bahayanya ialah apabila penutupnya dibuka dan isinya dimasukkan ke dalam mulut. Bimbang sekiranya isinya berbahaya seperti minyak telon dan ubat-ubatan yang menyebabkan keracunan.
BAYI MENEROKAI PERLU DIPANTAU
Apa yang penting, ibu bapa perlu memantau pergerakan bayi. Pada usia empat hingga lapan bulan, mereka akan memasukkan objek ke dalam mulut terlebih untuk merasa teksturnya. Ini mungkin akan menimbulkan bahaya sekiranya berlaku di luar pemantauan orang dewasa.

Anda juga boleh membaca tentang obsesi bayi kepada alat kawalan jauh, kunci dan telefon di sini.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!

Cadangan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)
