Aktiviti menyusu badan merupakan antara kaedah ‘bonding’ terbaik antara ibu dan bayi. Ketika menyusu badanlah, rembesan hormon terjadi yang dapat mengeratkan hubungan istimewa antara ibu dan bayi.
Walaupun menyusu nampak mudah, tapi hakikatnya yang pernah melaluinya saja akan faham. Rasa sengal badan, sakit belakang, dan lenguh satu badan dibuatnya bila anak ‘pantang’ nampak kita berbaring.
Bila kita betul-betul terikat dengan menyusukan anak, barulah kita tahu sebenarnya ia memerlukan kudrat dan ketahanan mental yang tinggi.
Menurut Owh Dydiana, jangan kejut isteri jika ternampak mereka tertidur selepas menyusukan anak. Ibu yang menyusukan anak susu badan membakar 500 kalori. Banyak cabaran yang dihadapi oleh ibu yang menyusukan anak seperti:
Ads
1. Bengkak susu yang menyeksakan. – Bila menyusu badan boleh dikatakan ‘wajib’ at least sekali kita kena bengkak susu. Biasanya ramai ibu kena masa awal kelahiran bayi dan masa nak putus susu. Selain itu, ibu-ibu yang biasa menyusu pasti tahu akan perangai anak yang suka memilih bahagian untuk menyusu dan sering menolak jika diberi bahagian satu lagi. Bengkak susu ni jangan dibuat main. Sakitnya bila ditekan tu, memang bisa. Jika dibiarkan boleh merbahaya dan menyebabkan mastitis yang perlu dibedah tau!
2. Terpaksa berkepit 24 jam. – Kalau tengok gambar ibu menyusu dekat mana – mana majalah mesti Nampak murni jekan? Anak menyusu elok, sambal ibu tersenyum. Tapi realitinya, mak – mak boleh sengal satu badan akibat anak yang tidak mahu berenggang dengan ibu. Pantang nampak ibu berbaring, mesti nak ‘serang’ ibu. Ada anak yang mahukan perhatian dan sentiasa ingin dipegang. Padahal dia dah kenyang menyusu. Ini normal, namun ia juga antara ciri high need baby.
Ads
3. Kena dera. – Jangan terkejut, ada bayi yang tabiatnya suka mencubit atau mencakar ibu masa menyusu. Anak juga anak yang suka ‘akrobat’ semasa menyusu. Pakar mengatakan ia adalah normal sebab bayi mahu menggunakan tangan dan derianya untuk teroka persekitaran sekeliling. Ada yang suka tarik rambut ibu juga.
4. Banyak ‘pantang’. – Ibu yang menyusukan anak tidak boleh makan sesuka hati mereka. Mereka juga harus berpantang daripada memakan makanan yang tidak elok untuk bayi.
Ads
5. Tidur tak lena. – Di awal kelahiran, bayi akan menyusu kerap iaitu 1 – 2 jam sekali. Jadi, ibu akan bangun beberapa kali pada setiap malam untuk meyusukan anak.
6. Bijak urus masa. – Ibu menyusu kena disiplin dan bijak menguruskan masa sebab rutin mereka perlu tertakluk pada kekerapan anak menyusu. Ramai ibu tak sempat nak makan sebab kejap – kejap anak nak menyusu.
Sangat mencabar menjadi seorang ibu, sebab itulah para ibu harus dihormati dan dihargai atas segala pengobanannya. Semua cabaran ini tidak boleh difahami selagi belum bergelar seorang ibu.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Melalui satu tempoh berpantang selama 44 hari bukanlah satu waktu yang singkat. Apa lagi bila terpaksa melaluinya dalam keadaan tidak selesa seperti orang lain.
Sebenarnya memilih untuk berpantang di rumah mentua bukanlah satu kesalahan jika ruang peribadi ibu berpantang terjaga, lebih-lebih lagi untuk menyusu. Di sinilah suami perlu memainkan peranan.
Perkongsian Kaunselor Laktasi, Pn Nad Masrom ini membuatkan hati kita tersentuh. Sebaiknya elakkan ketidakselesaan ketika waktu pantang. Biar di rumah sendiri asalkan kita selesa dan bebas untuk menyusu dengan baik.
Saya teringat kepada satu kisah pengalaman saya menyantuni seorang ibu yang tertekan kerana anaknya keliru puting. Ibu minta saya datang bantu beliau beberapa tahun lepas. Bila saya datang, suasana di rumah nampak tegang.
Suami sekejap-sekejap keluar masuk. Seolah nak dengar apa luahan isteri kepada saya sedangkan saya masa tu sedang gigih pujuk bayi beliau menyusu semula.
Melihat keganjilan sikap suami, saya ajak isteri untuk berlatih menyusu di bilik memandangkan isteri nampak tak selesa nak menyusu di ruang tamu.
Dalam bilik, isteri teresak-esak menangis. Dari ceritanya, isteri merupakan seorang surirumah yang bergantung harap kepada pendapatan suami.
Sepanjang bercerita, sekali-sekala bahu isteri terhinjut-hinjut menahan sebak. Kisah bayinya keliru puting adalah kerana bayinya telah diberikan botol susu oleh staf kesihatan hospital. Dan staf kesihatan itu ialah suaminya sendiri!
Isteri diminta berpantang di rumah mertua. Dipaksa berpantang di ruang tamu (berbentangkan tilam) untuk tidur dan menyusu bagi memudahkan ibu mertuanya memantau sepanjang masa berbanding di dalam bilik.
Dalam rumah mertua ada adik-beradik suami yang lain. Isteri kepanasan. Perlu menutup aurat dalam pantang yang masih lagi baru berusia 2 minggu. Tak bebas nak buat apa-apa dan sangat tertekan nak menyusukan bayi dalam keadaan terbuka. Dan saya tanya, apa respons suami bila dia dipaksa pantang sebegitu.
Isterinya jawab, suami penat kerja. Isteri dah pernah minta untuk berpantang di rumah ibunya sendiri tapi ditentang suami dengan alasan rumah ibu suami lebih dekat dengan tempat kerja beliau. Kami dalam bilik tak lama. Masa suami keluar rumah, itulah peluang isteri masuk ke dalam bilik sekejap bersama saya.
Suami yang memang ambil cuti khas sempena saya nak datang menyantuni isterinya, kedengaran balik dan masuk ke rumah. Saya nampak ibu tadi panik dan ajak saya ke ruang tamu semula. Masa tu sudah tengahari. Saya datang dari jam 10 pagi. Saya nampak suami mundar mandir. Seolah beri isyarat.
Isteri minta izin sekejap dari saya, dan minta saya bantu jagakan bayi. Saya terpinga sekejap. Isteri yang sedang berpantang 2 minggu, yang masih kelam kabut uruskan bayinya yang tak pandai menyusu, yang tak selesa dipaksa berpantang di ruang tamu, rupanya kena ke dapur hidangkan makanan kepada suami pula.
Ruang tamu tempat saya berada dan dapur tak jauh. Ruang makan dapur pula terbuka. Jadi saya nampak suami duduk sambil isteri tadi ambil air basuh tangan, tuangkan air basuh tangan untuk suami, sendukkan nasi beserta lauk serta tuangkan air untuk suami menjamu selera. Tah kenapa, saya rasa sebak kasihan pada ibu berpantang itu.
Patutlah ada ayat seperti ‘SUAMI BERMUTASI MENJADI BAYI YANG PERLUKAN PERHATIAN’. Saya tahu segala apa yang dilakukan isteri pasti diredai suami. Tapi melihat keadaan isteri, saya rasa empati sebab suami tidak menunjukkan simpati.
Isteri tidak disantuni untuk berpantang dengan tenang dan menyusukan bayi dalam keadaan selesa dan bebas dalam keadaan isteri boleh buka tudung dan pakai baju yang selesa.
Malah saya tak nampak sejak tadi bila ibu ini makan. Biasanya ibu menyusu ni kan kerap lapar. Dah tengah hari, ibu ini pula perlu hidang makan pada orang yang tak berpantang dan ada kudrat nak angkat senduk sendiri. Tapi, tetap si isteri menjalankan TUGAS UTAMA demi suami.
Selalunya saya akan lihat (sewaktu home visit), ahli keluarga akan bantu ingatkan ibu berpantang makan atau hidangkan makan tengahari kepada mereka mengikut waktunya. Tapi ini terbalik pula.
Hakikatnya, sesi hari itu tidak berjalan lancar. Namun, isteri kelihatan sedikit lega kerana sekurangnya ada teman untuk mendengar apa yang dia rasa. Bayinya yang keliru puting tidak dapat dibantu sehingga saya minta izin undur diri. Banyak kekangan sewaktu sesi kaunseling bersama ibu. Dan kekangan paling besar yang saya lihat ialah TIADA SOKONGAN SUAMI kepada si ibu.
Saya rasa ralat dan sedih sebab tak dapat bantu ibu. Tapi apakan daya, itulah limitasi saya sebagai kaunselor penyusuan susu ibu. Kita membimbing dan selebihnya bergantung kepada usaha si ibu.
Cuma bersyukurnya suami benarkan isteri panggil saya datang ke rumah. Tapi isteri perlu berjuang sendiri. Walaupun suami staf kesihatan, belum tentu suami ada empati kepada isteri sendiri.
Mungkin kerana ‘beras suami yang beli’. Jadi, suami rasa lebih penat dan perlu dihargai. Tahlah. Saya tak berani nak komen lebih-lebih. Bimbang saya mengajar ibu-ibu jadi isteri menderhakai suami. Bukan itu maksud saya. Cuma saya merujuk kepada common sense dari cerita ini.
Sedih bila melihat kaum sendiri tidak dilayani. Dan menyimpan duka dalam hati yang saya rasa suaminya juga tidak berusaha untuk mengerti.
Ini baru satu kisah. Ada juga beberapa kisah yang meruntun hati, saya simpan sekian lama tak pernah kongsi di sini. Itulah cabaran seorang wanita yang duduk di rumah bergelar ISTERI. Yang ramai lihat seperti hamba abdi. Tanpa perlu dikasihani. Kerana mereka fikir, golongan ini sudah banyak berehat sendiri.
Seolah-olah kerja sebagai suri tidak layak mendapat cuti. Walaupun berpantang, tetap perlu menjadi SURI. Walaupun hati mungkin penuh DURI.
P/s: Gambar ni ialah saya ketika berpantang Ali waktu pandemik. Kami berpantang sendiri. Syukurlah kami walaupun masa ni serba serbi tak sempurna, tapi suami berusaha yang terbaik semampunya.
Trend bawa anak secara menghadap ke hadapan menggunakan pengendong bayi bukanlah baru. Ramai yang memilih cara ini kerana ia lebih mudah untuk anak melihat keadaan sekeliling.
Cuma yang menjadi persoalannya, masih ramai lagi ibu bapa tak mengetahui kesannya pada anak jika anak itu masih kecil dengan keadaan kepala dan lehernya yang masih belum kuat.
Ini pendapat Dr Say Shazril mengenai bawa anak secara menghadap ke depan.Sy cukup suka palingkan Ace ke depan supaya dia dapat tengok dunia tapi bini sy cukup tak suka. Bila baca-baca bijak upanyra biniku. Anda hanya boleh palingkan anak anda ke hadapan HANYA JIKA dia boleh mengawal kepala & lehernya dengan baik. Macam mana nak tau?
Simple, semasa anda sedang carry dia cuba bengkokkan badan anda ke kiri & ke kanan. Sekiranya kepalanya lentok ikut pergerakan anda that means dia tak bersedia untuk front facing lagi. Selalunya by 6 bulan tapi bergantung kepada perkembangan motornya.
Baiklah, kenapa palingkan baby ke hadapan tak bagus? Pertamanya, it’s BAD FOR YOUR SPINE. Perasan dak bila palingkan dia ke depan laju ja belakang kita lenguh? Ini disebabkan bebanan daripada berat bayi itu lebih jauh ke hadapan maka untuk compensate lebihan bebanan ini, tulang belakang kita kena bengkok lebih (hyperextend) & ini memberi tekanan yang lebih di tulang belakang kita. Sebab tu once dah rasa lenguh, kita diharuskan memalingkan bayi menghadap kita. Tulang belakang nak guna lama peeps.
Kedua, palingkan ke hadapan is BAD FOR YOUR BABY’S SPINE. Tulang belakang kita bentuknya ibarat huruf “S”. Cuba bayangkan jika perut kita boyot & kita letakkan bayi kita menghadap depan, semestinya perut kita akan overextend tulang belakang dia & bukan sahaja tulang belakangnya yg akan menampung berat badannya malah segala hentakan daripada langkah kita akan memberi tekanan kepada tulang belakangnya.
“Jadi tak elok langsung la ni paling ke hadapan doc?”. Bagi sy jawapannya BERGANTUNG. Bila sy palingkan Ace ke hadapan cukup happy dia tergedik2 manja. Tapi bila dia bising & grumpy mungkin daripada overstimulation & mungkin belakangnya lenguh, sy & bini tau yg it is time tuk palingkan dia menghadap kami. Its all about your parenting instinct. Paling penting, JANGAN SESEKALI BIARKAN BABY ANDA TIDUR SAMBIL PALING KE HADAPAN kerana boleh menyekat saluran pernafasan mereka
Ibu mana yang tak sedih saat dapat tahu bayi yang dikandung mempunyai masalah. Semua itu diketahui selepas melakukan detail scan dan bermulalah perjalanan anak syurga ini.
Walaupun awalnya sedih kerana perlu buat keputusan melahirkan bayi awal atas sebab-sebab tertentu namun ketentuan Allah tiada siapa dapat menidakkannya. Moga anak syurga Puan Shahida Abdullah akan menjadi asbab untuk ibu ayahnya masuk syurga nanti.
Alhamdulillah..saya dah selamat lahirkan anak syurga perempuan pada 7/7/2021. (2.30 petang). Kisah anak saya yang mengalami masalah otak di luar kepala (belakang kepala).
Rentetan kisah anak syurga saya.
2/6 – Scan kat KK Arau..Dr kata baby okey..(20 minggu)
11/6 – Sesaja nak scan tengok jantina baby kat Klinik Chenang.
(kakcda memang recommended tau klinik ni. Doktor-doktor sangat baik dan peramah.
Masa doktor scan nampak ada benjolan di belakang kepala baby. Doktor terus buat surat refer kat hospital Tengku Fauziah. Pergi hospital dapat apoiment 28/6. Rasa tak sabar tunggu terus pergi KPJ..Jumpa dengan Dr Hasna.
Dr Hasna buat details scan dan memang ada benjolan di belakang kepala baby. Dr Hasna buat surat untuk refer DATO BAVA.
16/6 jumpa Dr Dato Bava di PMC ALOR SETAR. Dr Dato Bava explain kata baby ada banyak masalah selain benjolan di belakang kepala tu.
22/6 memang ada apoinment details scan di KLINIK CHENANG.
Details scan pakar dari HTF yang buat Dr Noraini. Setelah perbincangan, isthikharah di buat, Kakcda dan suami bersepakat terminate kandungan. So Kakcda terus mintak Dr Noraini buat surat untuk TOP di HTF..Tarikh 28/6.
28/6 – masuk wad..dan telah jalani proses induce ubat prostene sebanyak 5 biji.
Tetapi baby masih tak mahu keluar.
2/7- Dr benarkan pulang berehat di rumah.
5/7- masuk semula wad
6/7 – 7.00 pagi, doktor masukkan ubat cervagem. Dan pukul 9.41 pagi, ada rasa sakit sikit-sikit. Harap dengan cervagem ni berkesan, dan baby boleh keluar.
Akhirnya Kakcda selamat bersalin pada 7/7/2021 pukul 2.45 minit petang.
Terima kasih staff nurse, doktor yg sangat baik-baik WAD GYNAE TINGKAT 6 HTF. Hanya Allah sahaja yang dapat balas segala kebaikan kalian.
Semoga kisah anak syurga Kakcda dapat memberi manfaat buat semua ibu-ibu. Al FATIHAH (DI BACA) buat anak syurga kami..
Jom join Pa&Ma Gala Moms Reunion bersama selebriti yang juga penerima Anugerah Pa&Ma Gala Moms dan pakar pilihan dengan topik menarik untuk anda. Penyertaan adalah percuma dan terhad 50 orang. Boleh klik sini untuk pendaftaran https://toko.ideaktiv.com/product/pama-gala-moms-reunion/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.