Mesti ada antara kita yang dah mula perasan. “Eh! Anak darjah 1 kita masih sukar menulis rupanya”..”Laah… Anak 6 tahun kita masih belum pandai tulis huruf rupanya”..”Alamak. Anak darjah 2 kita masih lambat menyalin dari papan hitam lah”
Walaupun kita perlu raikan kemampuan anak kita dan tak digalakkan paksa anak di luar kemampuannya.
Tapi, kita tetap perlu beri AKTIVITI RANGSANGAN berkaitan kesukaran anak tu.
Ini perkongsian dari Terapis Cara Kerja, Aisyah Rozalli mengenai aktiviti apa sesuai untuk anak membantu kemahiran akademiknya.
Ni saya kongsikan aktiviti yang saya sangat suka dan sesuai untuk anak-anak yang:
1. Sudah mula mahu dilatih menulis.
2. Mahu dikukuhkan kemahiran asas sensori-motornya agar boleh menulis lebih efisyen.
Macam mana nak buat aktiviti ini?
Anda boleh guna:
Pasir, atau
Beras, atau
Garam, atau
Kacang hijau
Pilihlah mana yang selamat dan senang anda nak kemas.
Mula-mula, minta anak trace bentuk yang kita sediakan di kertas, dan kemudian, buat bentuk yang sama menggunakan jari telunjuk pada pasir pula.
Kalau anak bawah 3 tahun, bagi anak buat bentuk yang macam dalam gambar ni dulu.
Kalau dah masuk 4 tahun, bagi buat bentuk-bentuk asas yang lain : segi empat, segi tiga, bentuk rumah.
Kalau dah masuk 5 tahun ke atas, baru ajak buat bentuk huruf. Itupun saya galakkan bagi anak tulis bentuk huruf yang dia sedang belajar baca.
Kalau anak sedang belajar baca huruf “a”, ajak anak tulis “a”. Kalau anak sedang belajar baca “na”, ajak anak tulis “na”.
Simple kan?
Tak payah la asal ajar anak tulis, baca mesti kena guna pensel-kertas.
Bagi aktiviti macam ni di rumah. Lebih membantu merangsang otak anak.
✅ Tekstur pasir beri anak rangsangan sensori tactile, proprioseptif yang akan buat anak lebih sedar dengan corak pergerakan jarinya.
✅ Guna jari telunjuk buat anak yang ada masalah genggaman terlalu kuat atau lemah untuk punya isolasi jari yang lebih baik dan membantu anak lebih mudah koordinasikan jarinya semasa menulis.
✅ Menyalin dari kertas ke pasir merangsang memori visual anak yang sangat membantu anak untuk menulis lebih cekap dan pantas.
✅ Buat aktiviti yang bukan kertas-pensel buat anak rasa dia sedang bermain sambil belajar. Boleh kurangkan stress anak.
Best kan? Jadi mulakan dari sekarang dan jadikan ini aktiviti santai bersama anak di rumah.
Sumber: OT Aisyah Rozalli