Ibu bapa yang mempunyai anak-anak di usia 2 hingga 3 tahun tidak boleh mengharapkan sesuatu yang lebih daripada mereka. Waktu ini anda sepatutnya memberi pendedahan anak-anak melakukan aktiviti menyeronokkan dulu. Bukannya memaksa anak belajar hingga anak pula rasa tertekan.
Tempoh ini elok ibu bapa perkenalkan asas untuk bersosial, bermain dan melakukan aktiviti yang boleh memberi manfaat untuk anak apabila mereka mula memasuki prasekolah atau tadika. Ingat jangan memaksa tapi berikan momen indah untuk mereka rasa seronok di usia kanak-kanak.
Bagi ibu bapa anda harus lebih kreatif. Apa saja aktiviti di rumah sebenarnya sangat membantu anak-anak berdikari dan dalam masa melatih kesediaan anak memegang pensel untuk menulis. Ini tip yang dikongsikan oleh Terapis Cara Kerja, Siti ‘Aisyah Rozalli
10 AKTIVITI MUDAH, MURAH UNTUK LATIH KESEDIAAN MENULIS ANAK 2 – 3 TAHUN
– Zip beg, zip seluar, zip sweater,
– Masukkan syiling dalam tabung,
– Cabut helaian daun kari dari batangnya,
– Buka tutup botol, dan tutup semula,
Ads
– Picit ubat gigi atas berus gigi (sampai anak berjaya kawal kuantiti ubat gigi yang dia picit)
– Kutip batu, susun buat bentuk-bentuk pelbagai,
– Buka butang baju saiz besar,
– Buka tutup ziplock bag,
– Gelek plasticin / doh buat bentuk panjang-panjang,
Ads
– Sudu makanan dan suap ke dalam mulut sendiri.
Eh, kejap!!! Mana menulis nya??? Haaa…. Anak umur 2 – 3 tahun tak payah suruh menulis macam budak-budak sekolah.
10 Aktiviti kat atas tu sebenarnya akan bantu kuatkan otot-otot penting untuk anak bersedia menulis.
Sebab usia ni, anak dalam stage PERSEDIAAN.
Ads
Macam mana pula kalau nak bagi aktiviti menulis kat anak 2-3 tahun ni?
Anak 2-3 tahun baru pandai tulis garisan lurus, melintang dan bulatan (rujuk gambar)* Bagi alatan menulis yang pendek : krayon pendek, pensel kontot, kapur pendek supaya anak akan gunakan hujung jari masa menulis tu.
* Menulis untuk anak 2 – 3 tahun maksudnya CONTENG BEBAS
* ELAKKAN paksa anak 2-3 tahun tulis ikut dot dot dot, mesti warna dalam garisan, tulis ikut bentuk dalam buku. Sebab diorang dalam stage untuk DIBERI PENDEDAHAN & TINGKATKAN MINAT.
* Banyakkan main dan aktiviti PRA-MENULIS atau kesediaan menulis macam 10 contoh aktiviti kat atas tadi.
Anak-anak memang tak tahu penat sebab mereka dalam proses untuk membesar. Tapi kadang-kadang kita sebagai ibu bapa penat melayan perangai anak-anak. Dalam tak sedar kita sebagai ibu bapa terkasar dengan anak-anak semata-mata nak minta anak-anak untuk duduk diam-diam.
Anak yang tak duduk diam ni sebenarnya bijak. Kenapa bijak? Ikuti perkongsian Doktor Taufiq tentang anak yang tak duduk diam ni;
JANGAN PAKSA ANAK DUDUK DIAM
Tiap hari saya pening duk fikir aktiviti apa lagi nak buat dengan Maryam Soolihah dan Solahuddin.
Sebab apa?
Sebab hati saya tak tenang kalau tengok anak saya duduk diam tak buat apa apa. Ni mindset yang saya latih dalam otak saya.
Pelik kan? Padahal makin anak diam, makin la mak ayah boleh tenang. Saya tak!
Saya tahu, kepayahan ni la nanti yang akan Allah balas balik dalam bentuk kecerdikan dan kecerdasan otak anak saya.
Saya kena tahan la sikit penat melayan anak bermain, berlari, melompat, berguling dan berdebu kalau nak anak saya bijak bila dewasa nanti.
Saya tahu ada 7 deria yang perlu diransang pada anak saya supaya otak & otot anak saya boleh berkembang dengan sempurna!
7 deria tu adalah:
1. Visual ( Visual Sense ) 2. Auditori ( Audirory Sense ) 3. Sentuhan ( Tactile Sense ) 4. Deria sendi ( Proprioceptive Sense ) 5. Rasa ( Gustatory Sense ) 6. Bau ( Olfactory Sense ) 7. Pergerakan & Keseimbangan ( Vestibular Sense )
Semua deria sebenarnya boleh diransang kalau saya tak paksa anak saya duduk diam hanya kerana saya tak sanggup nak berpenat melayan karenah anak anak saya!
Saya taknak jadi mak ayah yang cuma jadikan gajet untuk mendiamkan anak anak. Gajet ni cuma ransang deria Visual je. Kita tak sedar, akhirnya deria anak kita yang lain jadi tumpul dan tak berkembang.
Takkan dapatnya sagu, kalau tak dipecahkan ruyung! Mana dapatnya anak cerdik dan bijak kalau tak tahan lelah dan penat sekarang.
Sabarlah Ibu Ibu semua..sesungguhnya anak kita sedang berkembang dan membesar
Anak lelaki jangan dimanjakan berlebih-lebih. Biar anak kita matang dan dewasa sebelum usianya kerana dia bakal memikul satu tanggungjawab yang besar kelak. Bukan saja pada dirinya bahkan keluarga, mak ayah, adik beradik, isteri serta anak-anaknya satu hari kelak.
Sejak kecil lagi biasakan anak lelaki kita dengan pelbagai perkara. Ini antara tujuh nasihat yang dikongsikan oleh Dr Taufiq Raziq buat anak lelaki kita. Biar dia jadi lebih matang!
7 nasihat yang anak lelaki kita sangat perlukan
1. Wahai anakku. Sembahlah Allah semata. Jauhi dirimu daripada menjadikan harta, wanita dan pangkat sebagai berhala dalam hidupmu
2. Wahai anakku. Lindungilah adik beradikmu kerana kamu diberikan kekuatan jasmani melebihi adik beradik perempuanmu. Lindungilah mereka, sayangilah mereka setelah ketiadaan ibu ayahmu.
3. Wahai anakku. Hormatilah mereka yang lebih berusia daripadamu. Walau terkadang mereka menyakiti dirimu tetapi ketahuilah bahawa memuliakan orang yang lebih dewasa itu lebih utama.
4. Wahai anakku. Muliakan kawan kawanmu. Jangan pernah tindas dan buli mereka yang lebih lemah daripadamu kerana memuliakan orang itulah kekuatan dan merendahkan orang lain itulah kehinaan.
5. Wahai anakku. Berpegang teguhlah dengan Al Quran dan Sunnah kerana di zamanmu ini akan banyak berlaku kekacauan dan kerosakan akidah. Musuhmu tidak lagi menyerang fizikalmu tetapi musuhmu akan tetap menyerang fikiran dan peganganmu.
6. Wahai anakku. Jagalah matamu dan jagalah nafsumu daripada melihat yang haram kerana di zaman ini aurah dan maruah tersangatlah mudah dan murah.
7. Wahai anakku. Walau apa pun terjadi taatilah ibu dan ayahmu kecuali ibu dan ayahmu menyuruhmu berbuat yang mungkar. Walau mungkin ibu dan ayah banyak kelemahan dan kekurangan tetapi ibu dan ayahmu tetap sedaya upaya untuk menjadi yang terbaik untuk dirimu.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setiap ibu bapa menginginkan hubungan yang akrab dengan anak-anak. Pasti anda akan berasa gembira tatkala hubungan yang akrab itu kekal sehingga lah mereka dewasa.
Jurang diantara anak-anak dengan ibu bapa boleh terjadi kerana tiada asas komunikasi yang baik berlaku sewaktu anak-anak masih kecil. Apabila anak-anak ini meningkat dewasa, mereka akan memilih untuk mengasingkan diri.
Sebagai ibu bapa anda kena faham bahawa zaman remaja merupakan zaman paling rumit sekali. Sewaktu zaman ini lah anak-anak akan melalui pelbagai jenis cabaran terutamanya dari segi pelajaran, persahabatan dan juga percintaan. Jika komunikasi anda dan anak-anak kurang baik semenjak kecil lagi, maka tidak peliklah mengapa mereka lebih gemar meluahkan dengan kawan-kawan.
CARA UNTUK CREATE BONDING DENGAN ANAK-ANAK
1)Ucap kata sayang pada anak-anak
Cuba tanya diri anda, bila kali terakhir anda ucap sayang pada anak-anak anda tanpa sebab. Jika anda lihat, budaya orang barat termasuklah orang Korea (jika anda pernah lihat rancangan realiti tv The Return of Superman) mereka sangat mudah mengucapkan rasa sayang pada anak-anak.
Sangat berbeza dengan budaya sewaktu kita dibesarkan. Ibu bapa lebih bersikap ego dan jarang sesekali mengucapkan rasa sayang. Budaya kita lebih kepada menunjukkan rasa sayang daripada mengucapkan rasa itu. Dalam Islam pun ada menjelaskan bahawa, ibu bapa hendaklah mendidik anak-anak mengikut zaman mereka, bukan mengikut zaman ibu bapa itu dididik.
2) Ringankan mulut untuk memuji anak
Jika anak-anak melakukan sesuatu yang membanggakan seperti mengemas mainan tanpa disuruh, makan sehingga habis, atau mendengar cakap; anda seharusnya memuji sikap mereka.
“Bagusnya anak ibu, makan sampai licin.”
“Pandainya anak ayah, kemas mainan. Tak payah suruh pun.”
Selain menggalakkan anak-anak untuk terus bersikap baik di masa akan datang, anda juga membantu merapatkan lagi hubungan dengan anak-anak. Ini kerana, anak-anak akan berasa bahawa anda sangat prihatin dengan mereka.
3)Ucap terima kasih
Sebagai orang tua, kita sering kali menasihatkan anak-anak untuk mengucapkan terima kasih jika menerima sesuatu. Tapi adakah kita juga mengucapkan benda yang sama jika mendapat bantuan daripada anak-anak?
Sebagai ibu bapa, kita seharusnya menunjukkan contoh teladan yang baik agar mudah menjadi ikutan buat anak-anak. Jangan pula kita mengharapkan anak menunjukkan contoh teladan yang baik sedangkan kita mengambil mudah dengan sikap sendiri.
4)Mohon maaf pada anak-anak
Belajar untuk rajin memohon maaf dengan anak-anak andai ada kesilapan yang anda lakukan secara sengaja atau tidak.
“Sorry adik, ibu tak dengar adik panggil tadi.”
“Sorry abang, ayah ada kerja sikit ni. Lepas selesai kerja ayah teman abang buat kerja sekolah yer.”
Perkataan maaf yang diucapkan secara tidak langsung akan mengurangkan jurang antara anak-anak dan ibu bapa. Anak-anak akan lebih menyayangi ibu bapa mereka kerana bersikap lebih bertolak ansur dan memahami.
Sumber: ningsalmah.com
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Seorang bapa yang juga anggota komando di Sungai Udang, terkenal dengan ketegasan dan wajah garangnya, sanggup mengenakan pakaian sekolah pada pagi Isnin demi memberi...