Belum terlambat lagi jika anda sebagai ibu rasa ada kekurangan yang perlu diperbetulkan pada anak apabila rasa perkembangan mereka tak macam kanak-kanak lain.
Cuma bagaimana kita nak pastikan semuanya berjalan lancar adalah kesedaran dari awal dan tak putus usaha. Lagi awal di kesan lagi baik kerana ia dapat memberi satu perubahan positif dalam masa singkat.
Berikut perkongsian dari Puan Wawa Shauqi mengenai masalah dua anaknya yang suka gigit baju dan lambat cakap tapi dah berjaya di atasi dengan melakukan stimulasi yang sangat simple.
Ada satu masa, Ammar yang dah umur 4 tahun kembali dengan habit menggigit baju, menggigit wayar dan memasukkan mainan dalam mulut.
Aqlan pulak waktu tu hampir masuk umur 2 tahun, tapi masih belum ada perkataan yang boleh disebut.
Saya akui waktu tu saya agak sibuk dengan kerja-kerja freelance untuk tumpu kepada aktiviti bersama anak-anak.
Sehinggalah kali pertama ke kelas bersama OT Maryam Jamadi, banyak persoalan saya tentang tingkah laku anak terungkai.
2 masalah yang dihadapi Ammar dengan Aqlan adalah masalah yang berbeza,
tapi ada beberapa pendekatan yang sama saya boleh ambil.
Ads
1) Untuk Aqlan, masalah lambat bercakapnya belum masuk ke fasa red flag. Tapi masih perlukan stimulasi.
Antara stimulasi nya, saya perlu kembali cari aktiviti untuk galakkan komunikasi antara kami, antaranya bercerita dan masak sambil sembang bersama.
2) Baby talk atau sebutan pelat tidak digalakkan sama sekali, kerana pada fasa ini, anak-anak perlu simpan maklumat sebutan yang betul ke dalam otak mereka.
3) Makanan yang berkhasiat dan seimbang juga digalakkan untuk keperluan perkembangan otak anak, memandangkan 20% tenaga dari badan digunakan untuk aktiviti berfikir, bercakap, memahami percakap dll yang mana ini adalah kerja otak
Ads
4) Memilih makanan yang bertekstur keras, chewy dan rangup juga mampu meransang otot pada mulut untuk bekerja lebih selain ia membantu merangsang deria rasa.
5) Untuk Ammar, waktu tu dia mengalami kekurangan ransangan deria rasa type hypo yang menyebabkan dia bertindak seperti mencari kepuasan untuk mendapatkan ransangan dalam mulut.
6) Aktiviti MENIUP adalah SALAH SATU aktiviti yang sesuai untuk digabungkan buat Ammar dan Aqlan pada waktu tu. Meniup buih, meniup lilin, meniup tangan sendiri dan meniup ‘PAPER CATERPILLAR’.
Ads
7) Proses buat ‘paper caterpillar’ ni jugak memberi Ammar peluang melatih otot tangan dan bahu melalui perbuatan menggunting kertas dan melipat. Untuk Aqlan yang baru berusia 2 tahun, menggunting bukanlah aktiviti yang sesuai. Tapi sebab taknak dia kacau abang, bagi jugak dia pegang.
Aktiviti yang sesuai untuk Aqlan salah satunya adalah merenyuk kertas. Untuk kita, mungkin renyuk kertas ni macam tak berfaedah. Tapi, cuba kalau Allah buat jari kita ada arthritis atau ada masalah saraf motor.
Bukan ke ianya mencabar untuk kita gunakan jari hanya untuk renyuk kertas. Macam tu la umpamanyaaa. Renyuk-renyuk kertas boleh exercise jari anak kecil tau!
Nak nampak lagi berhasil, lepas renyuk kertas, kita gunakan ia untuk buat kolaj bergambar. Lepas baca, harap cuba.
Pasangan selebriti, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal antara pasangan suami isteri yang sweet dan masing-masing satu kepala. Memiliki sepasang cahaya mata yang comel buatkan semua netizen geram.
Bagi yang selalu mengikuti perkembangan suami isteri ini, pasti seronok tenngok gelagat Aeril yang selalu menyakat Wawa. Tak kiralah waktu serius atau santai.
Menerusi perkongsian Wawa dalam instagramnya, dia menyatakan perangai anak lelakinya Ahmad Fakharuddin Attar sama dengan Aeril.
“Perangai, cara jalan, muka pun semuanya macam Aeril. Orang kata copy paste.
“Harapnya lepas ni Attar dapat jadi suami dan ayah yang baik macam ayah apabila besar nanti.
“Cuma kalau boleh jangan ikut perangai ayah yang asyik nak menyakat isteri sepanjang masa,” kongsi Wawa.
Biasanya bila anak lambat bertutur ada beberapa faktor. Ibu bapa kena lebih tahu dan jangan ambil mudah mengenai perkara tersebut. Bila dah capai dua tahun ke atas namun masih tiada apa-apa perubahan wajar cari alternatif untuk atasi masalah tersebut.
Berikhtiar tak salah asalkan kita masih lagi mendapat rawatan pakar. Berdasarkan perkongsian dari seorang guru Pendidikan Khas, Redzuan Abd Hamid, terapi lollipop boleh membantu anak-anak yang lambat bercakap. Sejauhmana keberkesanannya?
Lollipop diberikan kepada anak-anak dan dibiarkan mereka bermain dengan lidah mereka. Tak kisah lidah kanan, kiri atau depan. Kalau boleh di seluruh bahagian lidah dan mulut supaya lidah jadi lebih lembut dan mudah untuk bertutur.
Lollipop tadi juga dibiarkan anak-anak bermain di lelangit dan bawah lidah bagi memudahkan anak-anak untuk menutur. Pusingkan lollipop tadi di dalan mulut.
Kalau ada anak-anak yang sukar mengawal air liur yang sentiasa keluar dari mulut biarlah dia menghisap air liur yang bercampuran dengan lollipop tadi. Nampak macam geli tapi secara tidak langsung anak-anak tadi dah menggerakkan otot-otot mulut daripada pasif kepada aktif.
Saya pernah mencuba kaedah ini kepada bekas pesakit strok dan Alhamdulillah dengan izin Allah pesakit tersebut dapat bercakap kembali walaupun bukan 100 peratus seperti sebelum dia sakit.
Tapi lollipop ini hendaklah dikawal pengambilan kepada anak-anak terutama yang mengalami hyperaktif. Jangan dibiarkan anak ambil dengan kadar banyak. Teruk juga nak jaga anak-anak nanti kerana lollipop mengandungi gula yang meransang tenaga berlebihan kepada anak-anak tersebut.
Ada yang kata anak-anak 5 saat je boleh buat macam tu dan selebihnya terus mamah. Bagi saya baik dari tiada.
Pengambilan lolipop sebaiknya di waktu pagi. Sebab kalau diberi waktu petang untuk anak yang hyperaktif akan memenatkan ibu bapa. Apa-apa pun pengawasan ibu bapa juga sangat penting.
Sekadar berkongsi ilmu dan ikhtiar kerana yang menyembuhkan bukan lollipop tapi Yang Maha Esa.
Apa yang harus anda lakukan jika anak tiba-tiba sahaja mengalami suhu tinggi? Terus bawa ke hospital? Tak tahu nak buat apa?
Perkara paling penting ialah jangan panik! Anda perlu melihat keadaan anak atau bayi anda di rumah dengan lebih dekat. Jika boleh ambil langkah pencegahan awal untuk turunkan suhu supaya tidak terlalu tinggi.
Jika rasa tak yakin apa yang perlu kita lakukan, Dr Ezairy M.Sallih berkongsikan 10 langkah dan tip yang boleh dilakukan.
10 langkah dan tip untuk menurunkan suhu anak:
Beri mereka banyak air. Perhatikan tanda-tanda dehidrasi pada anak-anak.
Berikan mereka makanan jika mereka mahu. Jangan disekat-sekat.
Perhati dengan lebih kerap anak-anak anda secara teratur terutama pada waktu malam.
Elakkan banyak keluar ke tempat ramai orang. Sebaiknya, berehat di rumah terlebih dahulu sehingga anak anda sembuh.
Beri mereka paracetamol mengikut dos yang sepatutnya. Dapatkan nasihat doktor dan ahli farmasi terlebih dahulu. Jangan beri sesuka hati!
Jangan sapukan tubuh mereka dengan apa-apa jenis daun dan sebagainya untuk menyejukkannya – ini tidak membantu mengurangkan demam.
Jangan tutup mereka dengan terlalu banyak pakaian atau pakaian tidur dengan tujuan mengelakkan sejuk.
Jangan menggabungkan ubat-ubatan seperti aspirin, ibuprofen dan paracetamol, kecuali selepas berjumpa doktor. Bahaya!
Elak beri paracetamol dan ibuprofen untuk kanak-kanak di bawah 2 bulan kecuali atas nasihat dan pemeriksaan doktor. Jangan sesuka hati ambil produk tambahan, suplemen dan ubat tanpa pengawasan doktor.
Bawa berjumpa doktor sekiranya ada tanda-tanda ini :
– Anak berumur bawah 6 bulan dan mempunyai suhu melebihi 38.
– Mempunyai tanda-tanda penyakit lain, seperti ruam, serta suhu tinggi.
– Tidak mahu makan, atau minum.
– Tidak aktif di rumah.
– Suhu masih tinggi walaupun sudah diberi ubat paracetamol atau ibuprofen.
– Ada tanda-tanda dehidrasi (kurang air dalam tubuh) seperti lampin yang kurang basah, bibir dan lidah kering, dan sebagainya.
Moga bermanfaat untuk para ibu bapa. SHARE kepada semua yang anda sayang. Semoga kesihatan yang baik sentiasa bersama kita.
Bantuan Awal Persekolahan, "Peluasan BAP kepada pelajar tingkatan enam pertama kali dilaksanakan..." Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 diperluaskan kepada pelajar Tingkatan Enam bermula pada sesi persekolahan 2025/2026.