Kekeluargaan

“Aku Benci Raya Kali Ni.” Diasak Soalan Tak Sensitif Tentang Anak, Hati Wanita Ini Sedih & Terguris

Share

Wanita mana yang tak mahu menjadi seorang ibu selepas berkahwin namun ia bergantung pada rezeki. Tak semua orang akan terus dikurniakan cahaya mata, ada yang terpaksa mencuba dan menanti bertahun lamanya sebelum mengandung dan melahirkan anak.

Sebab itulah, sebagai orang yang ada di sekeliling pasangan yang masih mencuba untuk hamil ni, kita kena sentiasa menghormati dan menjaga perasaan mereka.

Tak mudah nak berhadapan dengan soalan “Bila nak ada anak?” atau “Takkan masih berdua lagi?”, pertanyaan begini sangat mencalar emosi terutamanya pada wanita yang sememangnya memasang impian untuk hamil. Jagalah sensitiviti dan gunakan ayat yang lebih sesuai untuk bertanya soalan seperti itu kepada mereka.

Seperti yang dikongsikan oleh pemilik akaun TikTok Eyqa Lee, dia menceritakan tentang pengalaman ketika beraya dan diasak dengan soalan sensitif yang sangat mengguris perasaannya.

Menurutnya, ketika beraya di rumah saudara di kampung dia telah ditanyakan soalan tentang zuriat. Apa yang menyedihkan adalah kerana pertanyaan itu seolah-olah tidak sensitif.

Tambah lagi, mereka turut mengatakan tempoh perkahwinan Eyqa dan suami selama tiga tahun sudah terlalu lama untuk mereka tidak mempunyai anak.

Tonton video ini;

@its.eyqaleeAku benci raya kalini♬ original sound – Eyqa Lee

Ada yang menyarankan untuk berikhtiar dan berubat, tetapi dengan pendekatan yang ‘kasar’ tanpa memikirkan perasaan membuatkan wanita ini terasa dan sangat sedih.

Lebih mengguris hatinya apabila ada yang membandingkan dirinya dengan bekas isteri suami dengan mengatakan mereka dahulu dikurniakan anak tanpa perlu menunggu lama selepas berkahwin.

“Kalau betullah anak tu satu pengukur kebahagiaan, kenapa depa boleh anak cepat pun, depa boleh bercerai.”

Baca Juga:

Hari-Hari Tambah Sayang! Amal Doa Kekal Romantis Suami Isteri Paling Mudah

“Bukan Sengaja Nak Tantrum, Anak Tak Mampu Kawal Emosi.” Ayah Ini Kongsikan Fakta Kita Perlu Tahu

Mak Ayah Tak Sedar Kadang-Kadang Pilih Kasih Pada Anak, Ustaz Azhar Jelaskan Hal Ini

Tidak dapat menahan sebak, wanita ini menangis apabila bercerita tentang situasi dirinya. Apa yang membuatkan Eyqa semakin terasa kerana setiap rumah yang dikunjungi ketika beraya pasti akan bertanyakan soalan tentang anak.

“Kenapa hangpa nak kena tanya benda-benda macam tu? Hangpa tak tau pun apa yang aku lalui, macam mana aku diet dah turun 10kg. Macam mana aku makan ubat subur itu ini, sakit betul aku dengan mulut hangpa ni.”

Tambahnya lagi, sebenarnya dia tak ada masalah untuk orang bertanyakan tentang cahaya mata tetapi biarlah dengan cara yang tidak mengguris perasaan. Menerusi ruangan komen, ramai yang memberi kata-kata semangat kepada wanita ini dan turut mendoakan agar dia dan suami dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata sendiri.

Seharusnya kita lebih sensitif dan elakkan bertanya soalan begini kepada pasangan yang masih berusaha untuk mendapatkan cahaya mata. Banyak lagi topik lain yang boleh dibawa bersembang, tak perlulah menyentuh soal jodoh atau rezeki zuriat kepada orang lain. Doakan mereka, semoga setiap urusan mereka dipermudahkan.

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

Sambil mewarna boleh tengok kucing-kucing comel, jom daftar sekarang. Hadiah pun lumayan tau! Klik SINI untuk register! 

 

Published by
Emy H