Instafamous serta ahli perniagaan, Hafiz Mahamad sememangnya dikenali kerana sering membuat kejutan buat isteri tersayang. Sejak bercinta, ketika majlis perkahwinan mereka dan baru-baru ini selepas Aaina melahirkan anak sulung mereka, Hafiz tidak pernah merasa bosan untuk menghargai isterinya itu.

Instafamous serta ahli perniagaan, Hafiz Mahamad sememangnya dikenali kerana sering membuat kejutan buat isteri tersayang. Sejak bercinta, ketika majlis perkahwinan mereka dan baru-baru ini selepas Syafiqah melahirkan anak sulung mereka, Hafiz tidak pernah merasa bosan untuk menghargai isterinya itu.

Baca Artikel Ini: [Lebih Banyak Pahala Jaga Anak Lelaki, Sebab Lasak Dia Lain Macam]

View this post on Instagram

Bila sampai je JB tadi, ingat terus nak balik rumah sebab rindu sangat dekat 2 puteri ni. Fikir fikir balik, nak belikan hadiah dulu la dekat diorang. Tapi taktau nak beli barang apa So singgah lah Angsana niat nak cari bunga, last minit terdetik hati, saya tak pernah hadiahkan Mummy benda ni & mummy tak pernah minta pun selama kahwin ni Bila masuk Habib, manalah kita tau yg mana cantik. Lepas 30min Ikut kata hati, pilih jelah yg ni mesti dia suka. Awhh bila sampai rumah, mummy ingat kita beli untuk anak je Hehe mana ada, dulu hadiah bagi mummy je. Sekarang saya ada 2 puteri & Birthday anak, mummy pun bulan yg sama. Hm nanti Raisya besar, memang pakat dgn mummy jelah minta Daddy belanja Takpa, doakan Daddy sentiasa dilimpahkan rezeki selalu ♥️

A post shared by Hafiz Mahamad (@hafizmahamad) on

Ads

Memuat naik sebuah video di laman Instagramnya, Hafiz berkongsi momen ketika dia memilih hadiah buat isteri tercinta. Bapa muda ini telah menghadiahkan seutas gelang tangan buat Aaina dan anak mereka, Raisya Arisa. Bukan hanya untuk menghargai pengorbanan Aaina bertarung nyawa melahirkan anak mereka, Hafiz membuat kejutan ini kerana kebetulan tarikh lahir Aaina dan anak mereka jatuh pada bulan yang sama.

Anak Sembelit Dan Sering Selesema? Cubalah Resipi Ini: [Sup Ayam Singo Pear Untuk Anak Sembelit. Boleh Kurangkan Kahak & Selesema]

Ads

Sempat berseloroh, Hafiz berkata apabila anak mereka semakin besar nanti sudah tentu ibu dan itu akan berpakat untuk minta dia belanja hadiah lagi. Dia juga memohon agar semua pengikut mereka di laman Instagram untuk sama-sama mendoakan agar dia murah rezeki.

Ads

Video berdurasi satu minit itu menunjukkan ekspresi wajah Aaina yang terharu menerima hadiah tersebut. Hafiz juga dilihat memakaikan gelang emas ke tangan anaknya. Syafiqah Aaina telah selamat melahirkan anak mereka pada 24 Jun 2019 yang lalu. Buat Raisya Arisa, semoga kamu membesar menjadi anak yang sihat dan sentiasa berada dalam lindungan Allah SWT.

Sumber: Hafiz Mahamad

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI