Dikurniakan empat orang cahaya mata, penyanyi Adira Suhaimi menganggap kehidupannya kini sudah lengkap dan sempurna selain bersyukur dengan rezeki yang diterima dari segi kerjaya dan anak-anak.
Berkongsi mengenai kehidupannya sekarang selepas kehadiran bayi keempat, Ayub pada 29 September lalu, Adira berkata dia seronok walaupun hidupnya agak kelam kabut menguruskan anak-anak.
“Alhamdulillah kehidupan saya kini lebih lengkap dan sempurna. Jujurnya saya seronok dan saya sangat bersyukur dengan apa yang ada sekarang, dari segi kerja mahupun anak-anak, semuanya adalah rezeki dari Allah.
“Saya percaya apa yang saya ada sekarang semuanya saya tumpang anak-anak saja sebenarnya. Dan kalau bertanya mengenai situasi, saya juga sudah biasa dengan situasi kelam kabut.
“Jadi saya boleh mengendalikan semua. Memang pada awalnya saya pun pening kepala tapi lama-lama alhamdulillah saya boleh uruskan,” katanya.
Adira yang juga pemenang tempat kedua di Akademi Fantasia musim kelapan (AF8) itu berkata, dia kini juga kembali aktif dengan kerjayanya tapi pada masa memberi keutamaan pada anak-anaknya.
“Anak-anak saya adalah keutamaan saya sekarang ini. Sebelum saya pergi bekerja di luar, saya akan fikir anak-anak dulu macam mana. Terus terang saya bukanlah memilih tapi kalau pekerjaan itu terlalu jauh dan terlalu lama, memang saya akan fikir dulu.
Setakat ini syukur tiada halangan dan semuanya berjalan dengan lancar. Sebab saya sudah biasa dan saya juga mempunyai pembantu untuk menjaga anak-anak,” katanya.
Terdahulu, Adira berkahwin bersama ahli perniagaan, Datuk Seri Adnan Abu pada 3 Disember 2015 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Anggerik, Asan, Anggun dan Ayub.
Kredit: Gempak ; IG Adira Suhaimi
Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom. Klik DAFTAR segera di sini https://toko.ideaktiv.com/product/gathering-mama-hamil-menawan-pama-x-numom/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)