“Al-Fatihah Anak Syurga Mummy Daddy, Maafkan Mummy” Anak Chot Maharaja Lawak Meninggal Dunia

Share

Muhammad Sher Harraz Hazmeer anak kepada selebriti, Chot Maharaja lawak mega dan isteri Siti Zafirul Azzah telah menghadap Illahi pada pukul 8.40 pagi ini. Anak beliau telah bertarung melawan sakit jantung sejurus selepas dilahirkan sehingga ke hari ini.

Al fatihah, Allahuakbar. Harraz pergi dengan sangat tenang, Maafkan mmy dik – Jajafierul

Dua hari lepas, pasangan ini sempat memeluk anak syurga ini. Itulah kali pertama mereka dapat memeluk anak mereka. Namun ketika itu, keadaan Harraz sudah lemah.

Allahuakbar, baru hari ni dapat merasakan semua ni.. Harraz dah lemah-jajafieyrul

Ruangan komen di instagram Siti ZafirulAzzah dihujani dengan doa dan salam takziah dari Netizen selepas mendapat berita pemergian Sher Harraz. 

Alfatihah anak syurga ini hadiah terhebat buat mu sekeluarga yang Allah SWT kurniakan.. redha & bersabarlah kerana Allah maha mengetahui

Al-fatihah adik Sher Harraz semoga kamu ditempatkan dikalangan orang yang beriman syurga menantimu syg.

Alfatihah, anak syurga Sher Harraz

Pimpin tangan mmy ddy ke syurga nanti ye

Sumber: Instagram SITIZAFIRULAZZAH

Published by
NuFa