Al Kauthar Eduqids (AKE) terus berusaha dalam memajukan bidang pendidikan awal kanak-kanak dengan menjalinkan kerjasama bersama Cybernetics International College of Technology.
Menyedari akan pentingnya menjalinkan hubungan erat di antara satu sama lain kedua-duanya bersetuju untuk mengadakan suatu hubungan kerjasama akademik industri.
Objektif kerjasama ini adalah untuk saling meningkatkan kepakaran dan faedah bersama bagi menyumbang kepada negara untuk membentuk graduan yang kompeten melalui pendedahan kepada industri menerusi kemudahan-kemudahan yang ada.
Menurut Pengasas Al Kauthar Eduqids Dato Bakhtiar Aliff, kerjasama ini dilaksanakan dengan persetujuan kedua-dua pihak dan punya peranan masing-masing dalam memastikan objektifnya tercapai.
“Antara peranan utama Al Kauthar Eduqids ialah memberi peluang kepada Cybernetics menempatkan pelajar-pelajar atau lepasan pelajar sebagai pelatih industri dari Cybernetics International College of Technology atau memberi khidmat sokongan di Al Kauthar Eduqids (tertakluk kepada syarat kelayakan) bagi suatu tempoh yang dipersetujui kedua-dua pihak.
Ads
Tidak hanya itu, Cybernetics juga berpeluang memanfaatkan khidmat nasihat Al Kauthar Eduqids dan menganjurkan ceramah teknikal kepada pelajar Kolej Cybernetics mengikut bidang perniagaan Al Kauthar Eduqids,” ulas beliau.
Tambah beliau lagi, selain daripada peranan Al Kauthar pihak Cybernetics juga akan memainkan peranan dalam menjayakan kerjasama ini. Antaranya ialah Cybernetics akan mengutamakan Al Kauthar Eduqids berbanding syarikat lain dalam memberikan peluang pekerjaan kepada pelajar dan bekas pelajar dalam bidang pekerjaan yang ditawarkan oleh Al Kauthar Eduqids.
Ads
Seterusnya, dari segi promosi syarikat Al Kauthar Eduqids berpeluang untuk membuat penerangan atau seminar kerjaya bersama, mengiklankan kekosongan jawatan di Cybernetics dan mengadakan sesi temuduga dengan pelajar-pelajar Cybernetics bagi tujuan pemilihan dan pengambilan pekerja yang sesuai.
Apa yang menarik lagi, bagi memberi peluang kepada pelajar Cybernetics merasai pengalaman sebenar Al Kauthar Eduqids akan memberikan kemudahan kepada aktiviti-aktiviti pelajar Kolej Cybernetics seperti lawatan ke persekitaran industri.
Al Kauthar Eduqids berpegang teguh pada misinya sebagai tempat pembelajaran awal kanak-kanak yang menyeronokkan dan selamat berasaskan pada nilai dan ajaran Islam. Ia direka untuk membentuk dan mengukuhkan generasi baru yang mempunyai asas Islam yang baik, iman yang teguh dan nilai-nilai akhlak yang tinggi.
Ads
Dengan memiliki lebih daripada 500 orang pendidik dan 6000 orang pelajar di seluruh negara, maka tidak hairanlah AKE mendapat pengiktirafan daripada pelbagai jenama termasuklah Jenama Pilihan Pa&Ma, SME Entrepreneur Business Awards, Malaysian Prestigious Industry Awards, Superbrands Malaysia’s Choice, The Brand Laureate dan Baby Talk Readers’ Choice Awards.
Terdahulu, Al Kauthar Eduqids turut menjalinkan kerjasama dalam bidang penyelidikan berkaitan pendidikan awal kanak-kanak dengan beberapa institusi pendidikan bertauliah negara iaitu Open University Malaysia, Universiti Selangor (UNISEL), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Kolej Vokesional ERT Setapak.
Pa&Ma selaku medium keibubapaan nombor 1 di Malaysia yang kini telah menginjak ke usia 23 tahun menjadi pilihan mama papa untuk dijadikan rujukan. Dengan pelbagai tip perkembangan dan kesihatan anak serta ilmu parenting sudah cukup untuk membuktikan Pa&Ma sentiasa dekat dan relevan di hati papa mama milenial Malaysia.
Sama seperti empat tahun sebelum ini, sekali lagi Pa&Ma memberi pengiktirafan kepada semua jenama berkualiti dan diyakini untuk dianugerahkan dengan Jenama Pilihan Pa&Ma 2023. Kali ini merupakan tahun kelima selepas diadakan buat julung kalinya pada tahun 2019.
Idea untuk mengadakan Jenama Pilihan Pa&Ma ini tercetus apabila melihat kerjasama yang baik daripada pihak terlibat dan ia menjadi inisiatif Pa&Ma untuk membantu mama papa di luar sana untuk memilih hanya yang terbaik buat si manja dan keluarga tersayang.
Anugerah berprestij ini telah diberikan kepada pelbagai jenama di bawah kategori Produk Ibu & Anak, Pusat Perkembangan Kanak-Kanak, Klinik & Hospital serta Libur Servis & Shopping. Seperti tahun 2023, kali ini juga Pa&Ma telah memilih barisan Ikon Pakar & Ikon Parenting yang banyak berkongsi ilmu bermanfaat serta memberi impak positif kepada follower mereka di media sosial.
Antara penerima Ikon Pakar tahun ini adalah Dr.Say Shazril, Dr. Tengku Asmadi, Dr. Ong Sik Yong, Madam May Hwong dan ramai lagi manakala untuk Ikon Parenting pula ialah Dr. Wan Share, Aunty Purple, Md. No, Bengah, Mommy Yuyu dan beberapa nama lain.
Tahun ini majlis Malam Gala Jenama Pilihan Pa&Ma 2023 bertemakan Retro Vintaj bakal diadakan di Muzium Negara, Kuala Lumpur pada 24 November 2023. Bagi memeriahkan lagi sambutan ulang tahun serta penganugerahan Jenama Pilihan, Pa&Ma turut mengadakan beberapa acara lain pada 26 November 2023 iaitu Zumba Sarung Sembang Sihat dan Kampung Hunt.
Diharapkan dengan anugerah Jenama Pilihan Pa&Ma ini boleh menjadi rujukan kepada papa mama untuk membuat pilihan tepat buat seisi keluarga. Sokongan anda, menjadi tulang belakang Pa&Ma!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Portal Majalah Pa&Ma di bawah naugan Nu Ideaktiv Sdn Bhd telah menganjurkan sebuah program Pa&Ma Bawakan Senyuman Diserikan oleh KARIHOME di bawah tajaan utama KARIHOME. Program ini telah berlangsung di Park Royal Collection, Kuala Lumpur bermula pada pukul 1:30 petang hingga 5:30 petang.
Pa&Ma Bawakan Senyuman Diserikan oleh KARIHOME merupakan sebuah program Tanggungjawab Sosial Korporat yang dilaksanakan bagi meraikan pelajar-pelajar anak yatim yang terpilih daripada Sekolah Kebangsaan Bukit Kemuning 2. Seramai enam (6) orang pelajar yang merekodkan prestasi yang cemerlang telah menerima sumbangan yang berbentuk wang ringgit beserta hamper istimewa daripada Karihome.
Selain itu, portal majalah tersebut bersama Karihome telah mengadakan sebuah peraduan Sedondon Raya Pa&Ma X Karihome bermula 20 April 2023 sehingga 9 Mei 2023. Sebanyak 400 perserta yang telah menyertai peraduan ini dan lima (5) finalis yang terpilih bagi memperagakan baju raya sedondon mereka pada majlis tersebut.
Pemenang pertama telah digalas oleh Nordiana Razali dan memenangi hadiah wang tunai RM1500 beserta hamper dan diikuti oleh pemenang kedua iaitu Nur Hashikin Mohd Alifiah yang memenangi wang tunai RM1000. Manakala pemenang tempat ketiga iaitu Marziana Abd Rashid telah membawa pulang wang tunai RM500 beserta hamper. Pemenang tempat keempat dan kelima iaitu Siti Nurdiyana Nabilah Jaffar dan Ella Sierra masing-masing memenangi wang tunai RM500 dan hamper.
Wan Erni Liza selaku Editor Pengurusan Group Family & Parenting berkata “Sebelum ini, Pa&Ma, aktif terlibat dengan kerja-kerja CSR. Dan inisiatif CSR kami tidak hanya fokus kepada golongan kurang berkemampuan seperti asnaf, ibu tunggal, atau anak yatim tetapi kami juga turut memberikan perhatian kepada pertubuhan dan persatuan lain seperti Anak Autism, Anak Down Syndrome, Pejuang Garis Dua, Kucing Terbiar dan banyak lagi”.
Beliau juga turut menyatakan bahawa program seperti ini dapat menggalakkan pertumbuhan dan mengukuhkan tali silaturahim antara warga kerja portal Pa&Ma dan para pembacanya.
Selain itu, majlis turut meraikan barisan rakan strategik yang senantiasa menyokong perkembangan inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat yang dianjurkan oleh portal majalah tersebut. Antara rakan strategik yang hadir bagi menerima penghargaan tersebut adalah Persatuan Kucing Malaysia, Ragad Foundation, KUEH, De Anna Creation dan Joy Design Studio.
Syamil Fahim, Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv Sdn Bhd berkata “Apabila kita memberi, bukan jumlah yang paling utama tetapi adakalanya bantuan yang kecil juga sudah memadai untuk membuatkan orang yang menerima itu tersenyum.”
Berpegang pada misi dan visi SEMUA ORANG HARUS TERSENYUM maka Pa&Ma, menjadikan BAWAKAN SENYUMAN sebagai sebuah program yang memberi manfaat kepada semua golongan yang memerlukan tanpa mengira tua atau muda, bangsa mahupun agama.
Tambah Syamil lagi “Terima kasih diucapkan kepada pihak KARIHOME kerana turut sama menyumbang dan memeriahkan lagi program yang amat bermakna ini. Sumbangan seperti ini dapat memberi laluan kepada kami untuk mengadakan lebih banyak inisiatif seperti ini pada masa yang akan datang.”
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pada 30 Mac 2019 yang lalu, majalah Pa&Ma dengan kerjasama KPJ Selangor Specialist Hospital telah mengadakan Pa&Ma Mom To Be Boot Camp. Boot Camp yang bermula sedari jam 8.30 pagi hingga 3.00 petang itu padat dengan seminar serta aktiviti yang menarik yang melibatkan kesemua peserta. rata-rata peserta program ini hamil trimester kedua.
Selepas sesi pendaftaran dan sarapan pagi, program dimulakan dengan seminar Penjagaan dan Pemantauan Ibu Hamil yang dijayakan oleh pasukan jururawat hospital ini. Dalam seminar ini, para suami diberitahu tentang persediaan mental dan fizikal untuk menjaga isteri yang sedang hamil. Selain itu juga, panel jemputan turut berkongsi tip kelahiran kepada semua peserta.
Program diteruskan dengan ceramah tentang Kepentingan Membuat Imbasan Pendengaran Bayi Baharu Lahir yang disampaikan oleh Pakar Audiologi, Ridwan Afif Mohamad. Para peserta didedahkan dengan teknik menguji tahap pendengaran anak serta perkembangan mereka selari dengan usia.
Sementara itu Pakar Dietetik, Koh Nyat Sen berkongsi ilmu tentang Pengambilan Nutrisi Sepanjang Kehamilan. Dia turut berkongsi tip pemakanan terbaik untuk wanita mengandung. Selesai sesi seminar ini para peserta diberikan masa untuk minum pagi. Selepas menikmati hidangan minum pagi, peserta dibahagikan kepada dua kumpulan.
Grup pertama mengikuti aktiviti senaman bersama Terapis Fisio. Di dalam kelasnya, Terapis ini banyak berkongsi teknik pernafasan serta seneman ringkas yang boleh diamalkan oleh ibu hamil bagi mengurangkan masalah sakit belakang serta memudahkan kelahiran. Grup kedua pula membuat aktiviti memandikan serta urutan untuk bayi yang dikelolakan oleh pasukan jururawat terlatih.
Ternyata para peserta teruja untuk mempelajarinya kerana kebanyakan mereka hamil anak pertama. Model patung diberikan kepada bakal ibu bapa agar mereka dapat sama-sama mempraktikkan teknik yang dikongsikan oleh jururawat bertugas.
Seminar selepas dua aktiviti menarik itu disampaikan oleh salah seorang Jururawat Laktasi, Shamsina Zul Kapli yang berkongsi ilmu tentang teknik penyusuan yang betul. Selain posisi menyusu, dia turut mengajar para peserta cara mengepam dan kaedah penyimpanan susu ibu yang tepat. Selesai seminar laktasi, program diteruskan dengan ceramah tentang Proses Dan Peringkat Melahirkan yang disampaikan oleh Pakar O&G, Dr. Tan Yeen Inn.
Di dalam seminarnya, Dr. Tan berkongsi maklumat tentang proses kelahiran secara normal. Acara pada hari itu diakhiri dengan kuiz serta cabutan bertuah. Para peserta kemudiannya bergambar dengan team Pa&Ma sebelum program tamat.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tindakan yang boleh kita buat apabila dipukul, dikasari dan dicederakan. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.