Anak kecil kita tak pandai menipu. Mereka adalah insan yang paling jujur dalam berkata-kata. Pengakuan anak kecil bijak, Nadi Anaqi, anak pasangan pelakon Shera Aiyob dan Zahiril Adzim mengenai Al Quran buat hati kecil kita tersentuh.
Melalui Instagramnya, Shera berkongsi video Anaqi berkongsi rasa hatinya setiap kali membaca Al-Quran. Hebatnya Anaqi! Satu kedamaian kata Anaqi!
“Pagi ni tiba-tiba Anaqi nak share dengan Mommy apa yang dia rasa bila dia baca Al-Quran. MasyaAllah Tabarakallah.
“Jujur dari hati anak soleh Mommy, MasyaAllah Anaqi. Anak kecil pun faham dan rasa kebesaran Al-Quran, kita ni pula macam mana? Allahu Akbar.
“Jom kita sama-sama hidupkan Al-Quran di rumah dengan keluarga. Mudah-mudahan kita semua akan beroleh syafaat kitab suci Al-Quran ini InsyaAllah. Allahumma Aameen,” kongsi Shera di kapsyennya.
Ini yang dikongsikan Anaqi sambil meluahkan rasa hatinya mengenai Al-Quran pada ibunya. Bijak!
View this post on Instagram
“The Quran make me feel better if i’m sad. If i keep reeding je i’m forgot about myself,” kata Anaqi.
Masyallah, hebatnya Anaqi berkata-kata. Anak bijak!
“Mommy akan baca Al-Quran ke? Anaqi nak join”
Bahkan melalui beberapa entri ibunya, Anaqi juga dilihat turut memperdengarkan bacaan Ayat Kursi pada ibunya. Lebih menarik lagi, Anaqi sendiri yang meminta untuk sama membaca Al-Quran bersama ibunya.
“Perbualan masa sahur tadi.
Anaqi : Mommy, after sahur Mommy nak buat apa?
Mommy : Solat Subuh lah sayang.
Anaqi : After solat Subuh?
Mommy : Hurmmm kenapa? (sebelum terkena, kita tanya dia terus 😝)
Anaqi : Mommy akan baca Al-Quran ke? If yes, Anaqi nak join.
Mommy : MasyaAllah anak soleh Mommy. Okay boleh!
Anaqi : Mommy nak hafal Surah Al-Mulk ke?
Mommy : Gulp! Errr, yes tapi pagi ni kita baca surah lain dulu okay.
Anaqi : Anaqi rasa nak baca Ayat Kursi sebab Anaqi nak hafal.
Mommy : Okay boleh sayang.
“Benda baik yang anak-anak nak buat, kita beri mereka galakan, beri semangat. Walaupun sekecil-kecil benda. Apatah lagi nak baca Al-Quran. Walaupun sepotong ayat. Sebenarnya ini peringatan untuk kita ibu bapa juga.
“InsyaAllah semoga terang hati Nadi Anaqi dan sentiasa cintakan Al-Quran. Allahumma Aameen,” kongsinya lagi.
View this post on Instagram
Terdahulu, Shera dan Zahiril mendirikan rumah tangga pada tahun 2011. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Nadi Anaqi yang kini berusia 8 tahun.
Menarik: Bukan Senang Banyak Pengorbanannya, Fasihnya Anak Tomok Cakap Mandarin, Isteri Kongsi Kepayahan
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah.
Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.
Mama jom rileks jap, klik link NI!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI