Alahai Anak..Gara-Gara Sebuah Buku, Habis Baju Satu Mesin Melekat Kertas Hancur

Share

Apa perasaan anda sebagai ibu bila tengok baju yang dibasuh dalam mesin basuh penuh dengan kertas-kertas hancur dan melekat pada semua pakaian. Agak-agak nak salahkan anak atau pun diri sendiri?

Seperti situasi yang berlaku pada Puan Syada Syed, melihat kertas hancur dan melekat pada pakaian benar-benar buatnya mengucap panjang. Langsung tak sangka sama sekali tetapi inilah yang berlaku.

Berkongsi kisah kejadian itu, Puan Syada memberitahu, dia langsung tak menyangka dalam bakul baju kotor yang nak dibasuh itu ada sebuah buku teks Pendidikan Jasmani anak.

“Ketika hendak membasuh, silap saya juga sebab tak belek satu-satu, tetapi terus menuang sekaligus ke dalam mesin kerana nak cepat.

“Tiba-tiba suami beritahu apa yang ibu basuh sebab penuh sisa kertas keluar melalui saluran keluar air mesin di dalam tandas. Terus saya buka mesin dan perasaan masa tu rasa macam nak nangis pun ye, nak marah pun ye. Tapi apa boleh buat semua dah jadi,” katanya.

Kongsi Syada lagi, bila tanya pada anak-anak masing-masing tak mengaku. Bila fikirkan semula nak marahkan mereka pun tak boleh sebab silapnya dari saya juga. Nak tak nak kenalah basuh semula.

“Terpaksa saya kibas satu persatu baju tersebut dan basuh dua kali. Selepas tu guna role tape untuk hilangkan habuk yang masih melekat.

“Memang extra kerja la untuk bersihkan semua pakaian dalam satu mesin tu. Bukan itu saja, nak tak nak, buku teks tersebut juga perlu digantikan baru kerana semuanya dah hancur terus.

“Anak-anak bila dengar ibu mula berleter, pandai pula mereka diam dan takut kena marah lagi.

Syada akui, dengan kejadian ini akan mengingatkan dia untuk lebih beringat dan belajar dari kesilapan. Saya macam dah fobia untuk basuh baju, risau ada lagi ‘benda asing’ yang dimasukkan dalam bakul baju kotor.

“Lepas kejadian tersebut, memang saya angkat satu persatu baju sebelum basuh,” ujarnya.

Kredit: Syada Syed

ARTIKEL MENARIK [Usia 0-7 Tahun Bermainlah Dengan Anak. Umur 8-14 Disiplinkanlah Mereka. Baru Sempurna!]

LAGI ARTIKEL MENARIK [Pagi-Pagi Anak Bangun Hidung Tersumbat & Selalu Bersin, Mungkin Allergic Rhinitis]

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Published by
Wan Amy