“Alahai Anak..It’s Ok Sayang”. Erra Kongsi Gelagat Aleesya Masak Nasi Lupa Letak Air

Share

Pelakon dan penyanyi jelita, Erra Fazira berkongsi satu momen lucu di instagram mengenai anak perempuannya iaitu Engku Aleesya yang dikatakan terlupa memasukkan air sewaktu ingin memasak nasi untuk hidangan makan malam.

Masak nasi, lupa masuk air

Menurut Erra Fazira, pada awalnya anak perempuannya itu seakan berbangga kononnya dia tahu memasak nasi. Oleh itu, Erra memberi tugasan kepada Aleesya untuk memasak nasi manakala dia akan memasak untuk hidangan makan malam. Tetapi lain pula yang jadinya sewaktu dia membuka periuk nasi dan melihat di dalamnya hanyalah beras kering.

Moment ni akan ku kenang sampi bila-bila. Kisahnya dia dok bangga dia dah pandai masak nasi. Mom nya pun dengan penuh rasa bangga masak simple lauk dan dia ditugaskan masak nasi. Sekali bila time nak makan, buka-buka periuk. Dia lupa masuk air daaa. Takkan nak makan beras kering!! Nasib baik ada standby nasi lemak. Alahaiii anakkk, its ok sayang. Don’t give up!! Nanti cuba lagi k.

Kongsi Erra lagi, mujurlah ketika itu mereka ada bekalan nasi lemak. Jadi, bolehlah dijadikan hidangan makan malam. Dalam satu video yang lain, Aleesya menjelaskan bahawa sebenarnya dia ingin memasak nasi tetapi ketika itu dia terlupa untuk memasukkan air.

You don’t have to post on your story ma. Saya nak masak nasi tapi terlupa letak air. Jadi, nasi tu jadi kering sekarang.

Pengalaman berharga buat Aleesya

Sementara itu, Erra Fazira tetap memberikan kata-kata semangat buat Aleesya supaya anaknya itu tidak berputus asa untuk belajar dan tidak berhenti mencuba lagi.

Di ruangan komen, kebanyakan netizen terhibur melihat gelagat Aleesya dan mereka percaya bahawa Aleesya sebenarnya seorang anak yang bagus dan ada usaha untuk cuba  memasak sendiri.

Kredit: IG Erra Fazira

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

PA&MA GALA MOMS yang diinspirasikan bersama CETAPHIL, sebuah program Anugerah Digital yang memberi penghargaan kepada 20 mama millennial yang bukan hanya mempunyai pengaruh yang kuat di media sosial malah memberi inspirasi buat ibu-ibu millennial di luar sana.

Published by
Wan Amy