Gelagat Jebat Jayden, anak kepada Noor Nabila, Kakak pengacara terkenal Neelofa dan juga pelakon Sharnaaz Ahmad sering menjadi tumpuan warga net. Memang comel sangat dan lucu melihat keletah Jebat yang sedang membesar.
Namun dalam posting yang dimuat naik oleh ibunya baru-baru yang berkongsi foto Jebat Jayden Ahmad cedera di muka kerana jatuh tersembam di atas jalan tar di hadapan rumah yang didiami mereka mengundang simpati ramai.
Artikel menarik: Suruh Anak Buat Kerja Dari Kecil, Bukan Kita Jadi Bos. Tapi Nak Didik Biar Lebih Berdikari
Kesian tengokkan foto tersebut dengan luka di hidung dan dahi Jebat Jayden. Kita yang tengok pun dah sedih, apatah lagi ibunya.
“My strong boy. Seronok punya lari. Jatuh tersembam muka kat jalan tar depan rumah.
“Adoii hancur hati mommy tengok ni tapi takpelah anak jantan kan,” tulis Nabila pada entri tersebut.
Dalam satu entri yang lain pula, setelah beberapa hari insiden Jebat jatuh tersembam, Noor Nabila memuat naik gambar terbaru Jebat. Dalam entri tersebut, Noor Nabila mengucapkan terima kasih buat semua yang mendoakan kesembuhan puteranya itu.
Dalam posting tersebut, Noor Nabila menyatakan rasa syukur dengan keadaan anaknya yang masih lagi baik.
“Hari ke3…. masih hensem. Alhamdulillah hehe thank you kepada semua yang mendoakan anak jantan saya,” tulisnya
Serentak dengan perkongsian itu, para peminat turut memberikan reaksi selain turut mendoakan semoga Jebat Jayden sembuh daripada kecederaan tersebut.
Artikel menarik: Menjerit Marah Pada Anak Tak Berkesan Pun Malah Anak Jadi Makin Keras Kepala
sumber: Media Hiburan & IG Noor Nabila