Alahan susu formula pada bayi, ketahui punca, tanda dan cara rawatan. Susu formula merupakan alternatif yang biasa digunakan oleh ibu bapa apabila penyusuan badan tidak dapat dilakukan atau jika ibu memilih untuk menggunakan susu formula sebagai sumber nutrisi untuk bayi.
Alahan Susu Formula Pada Bayi, Ketahui Punca, Tanda & Cara Rawatan
Bagaimanapun, ada kalanya bayi mengalami alahan terhadap susu formula, yang boleh menimbulkan kebimbangan kepada ibu bapa.
Punca Alahan Susu Formula
Protein Susu Lembu
Sebahagian besar susu formula dihasilkan daripada protein susu lembu, yang merupakan alergen utama bagi sesetengah bayi. Sistem imun bayi yang alah kepada protein susu lembu menganggap protein ini sebagai ancaman dan bertindak balas dengan menghasilkan antibodi, menyebabkan reaksi alergi.
Protein Soya
Bagi bayi yang alah kepada susu lembu, susu formula berasaskan soya sering digunakan sebagai alternatif. Namun, ada juga bayi yang mengalami alahan terhadap protein soya. Walaupun lebih jarang, ini boleh menyebabkan gejala alahan yang serupa dengan alahan terhadap susu lembu.
Keturunan
Jika salah seorang atau kedua-dua ibu bapa mempunyai sejarah alahan, bayi tersebut berisiko lebih tinggi untuk mengalami alahan terhadap susu formula. Genetik memainkan peranan penting dalam perkembangan alahan.
Tanda-tanda Alahan Susu Formula
Bayi yang alah kepada susu formula biasanya akan menunjukkan beberapa tanda-tanda berikut:
Masalah Pencernaan
Bayi mungkin mengalami muntah, cirit-birit, atau perut kembung selepas mengambil susu formula. Kadangkala, najis bayi juga boleh mengandungi darah, menandakan iritasi usus yang serius.
Masalah Kulit
Bayi yang mengalami alahan sering kali menunjukkan tanda-tanda seperti ruam kulit, ekzema, atau gatal-gatal pada badan. Ini biasanya muncul di sekitar muka, leher, atau punggung.
Masalah Pernafasan
Sesetengah bayi yang alah mungkin mengalami kesukaran bernafas, hidung tersumbat, batuk, atau bunyi berdesis semasa bernafas. Ini merupakan tanda-tanda serius yang memerlukan perhatian perubatan segera.
Tangisan Berterusan
Bayi yang merasa tidak selesa akibat alahan akan menangis secara berterusan, sering kali tanpa sebab yang jelas. Mereka mungkin kelihatan gelisah atau tidak selesa sepanjang masa.
Penyelesaian dan Rawatan
Jika bayi anda disyaki mengalami alahan terhadap susu formula, langkah-langkah berikut boleh diambil:
Ads
Berunding dengan Pakar Pediatrik
Langkah pertama adalah mendapatkan nasihat daripada doktor atau pakar pediatrik. Mereka akan melakukan pemeriksaan dan, jika perlu, mencadangkan ujian alahan untuk mengenal pasti punca sebenar alahan.
Tukar kepada Susu Formula Hipoalergenik
Bagi bayi yang alah kepada protein susu lembu, doktor mungkin mencadangkan susu formula hipoalergenik. Formula ini menggunakan protein yang telah dihidrolisis, menjadikannya lebih mudah diterima oleh bayi yang mempunyai alahan.
Susu Formula Berasaskan Asid Amino
Dalam kes alahan yang lebih teruk, susu formula berasaskan asid amino mungkin disyorkan. Formula ini bebas daripada protein susu lembu dan soya, menjadikannya sesuai untuk bayi yang alah kepada kedua-dua jenis protein.
Penyusuan Badan
Jika masih boleh, ibu bapa boleh kembali kepada penyusuan badan. Susu ibu adalah yang terbaik bagi bayi, dan alahan terhadap susu ibu sangat jarang berlaku. Jika bayi alah kepada makanan yang diambil ibu, ibu boleh mengubah diet mereka untuk membantu mengelakkan alahan pada bayi.
Alahan terhadap susu formula adalah masalah yang boleh menyebabkan ketidakselesaan kepada bayi dan kebimbangan kepada ibu bapa. Dengan pengesanan awal dan rawatan yang betul, bayi yang mengalami alahan ini boleh diberikan alternatif yang lebih selamat dan sesuai. Sentiasa berunding dengan pakar perubatan untuk mendapatkan nasihat terbaik mengenai penjagaan bayi yang mempunyai alahan.
Alahan Protein Susu Lembu
CMPA adalah berbeza daripada ketidaktahanan laktosa ataupun “lactose intolerance”. Ketidaktahanan laktosa berlaku apabila usus kita tidak boleh menghadam gula laktosa yang terkandung dalam susu. Ia akan menyebabkan cirit-birit.
CMPA merupakan tindak balas luar biasa yang berlaku apabila tubuh kita terdedah kepada protein susu lembu. Tindak balas ini dicetuskan oleh sistem imunisasi tubuh kita dan oleh itu boleh menjejaskan pelbagai bahagian dalam tubuh kita; seperti kulit, paru-paru dan usus.
CMPA adalah berbeza daripada ketidaktahanan laktosa ataupun “lactose intolerance”. Ketidaktahanan laktosa berlaku apabila usus kita tidak boleh menghadam gula laktosa yang terkandung dalam susu. Ia akan menyebabkan cirit-birit.
Susu lembu adalah pengganti susu ibu yang utama. Oleh itu, ia merupakan penyebab alahan yang paling biasa di kalangan bayi. Kebanyakan bayi yang mengalami alahan kepada susu lembu akan sembuh apabila menjangkau umur 3 hingga 4 tahun.
Ads
Walau bagaimanapun, bayi mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mengalami CMPA yang berterusan, jika :
Terdapat ahli keluarga lain yang mengalami masalah alahan.
Bayi juga mengalami masalah alahan lain seperti asma, ekzema dan resdung (allergic rhinitis).
Gejala-gejala CMPA
Kulit:
Ekzema – kulit kering, merah, gatal. Biasanya di leher, pipi, pelipat siku dan pelipat lutut.
Bengkak bibir, muka dan mata, dan juga ruam gatal. Biasanya timbul sejurus selepas bayi minum susu lembu.
Paru-paru
Sesak nafas, berdehit.
Usus
Cirit-birit.
Muntah.
Najis berdarah.
Komplikasi dan tanda-tanda bahaya CMPA
Jika bayi anda mengalami gejala-gejala seperti sesak nafas, muka pucat ataupun biru, bibir/lidah bengkak ataupun pengsan, bayi anda mungkin mengalami “anaphylaxis shock”. Keadaan ini adalah amat bahaya dan anda harus membawa bayi anda untuk mendapat rawatan serta-merta.
Bayi yang mengalami CMPA juga boleh mengalami masalah tumbesaran – berat badan yang meningkat secara perlahan ataupun tiada peningkatkan berat badan.
Rawatan
Penyusuan susu ibu merupakan langkah terbaik untuk mencegah CMPA.
Susu ibu adalah disyorkan untuk diberi kepada bayi untuk 6 bulan pertama.
Jika memerlukan susu pengganti, adalah penting untuk mendapatkan nasihat doktor untuk mengesahkan diagnosis CMPA. Ini kerana terdapat pelbagai keadaan lain yang boleh menyebabkan tanda-tanda yang telah disenaraikan di atas.
Ads
Selain itu, jika mengalami alahan protein susu lembu, bayi anda juga mungkin alah terhadap susu soya dan susu kambing.
Oleh itu, bayi anda biasanya memerlukan susu khas yang hanya boleh diberi selepas mendapat nasihat doktor.
Susu soya juga tidak disyorkan untuk bayi berumur 6 bulan ke bawah.
Cottage Pie antara menu klasik British yang sangat sedap, lembut dan berkrim dengan menggunakan dua bahan utama iaitu daging dan ubi kentang.
Bagi yang nak mencuba sendiri di rumah, ikuti perkongsian resepi ini. Selamat mencuba!
First time buat cottage pie ni. Sedap jugak. Gabungan sos bolognese daging dan kentang lenyek. Ni resepinya.
COTTAGE PIE
Bahan-bahan:
🥔Kentang lenyek🥔
4 biji kentang Russet
2 sudu besar mentega
3 sudu besar susu penuh krim
1/3 cawan keju cheddar blok (sagat)
Lada sulah & serbuk lada hitam secukupnya
🥫Sos Bolognese🥫
2 sudu besar minyak zaitun
1/2 biji bawang holland (cincang dadu)
400g daging kisar
4 biji cendawan butang ( hiris nipis)
1/2 tin tomato puri
1 biji tomato ( potong dadu)
Lada hitam kasar
Garam, gula secukupnya
1 sudu besar mixed herb/ italian seasoning
1/2 cawan air
Cara- cara:
1. Kupas dan bersihkan kentang Russet. Potong kecil dan rebus hingga empuk.
2. Sementara kentang empuk, sediakan sos bolognese.
3. Panaskan minyak zaitun dan tumis bawang holland hingga keperangan.
4. Masukkan daging kisar dan goreng hingga daging masak. Masukkan lada hitam dan sedikit garam ketika memasak daging.
5. Masukkan cendawan butang. Kacau rata.
6. Masukkan tomato, tomato puri dan air.
7. Perisakan dengan mixed herb, lada hitam kisar, gula dan garam secukupnya.
8. Masak hingga kuah sedikit pekat. Tutup api.
9. Setelah kentang empuk, angkat dan lenyekkan.
10. Masukkan mentega, susu penuh krim, keju cheddar, lada sulah & serbuk lada hitam ketika kentang masih panas. Kacau sebati.
11. Panaskan oven pada suhu 180c. Sediakan bekas yang sesuai, masukkan sos bolognese diikuti dengan kentang lenyek. Ratakan. Boleh letak tomato ceri jika suka.
12. Bakar selama 30minit atau sehingga keperangan. Sedia dihidang. Sedap dimakan panas panas.
Bagi kat jiran sikit. Dia cakap sedap siap nak beli lagi. Saya cakap tak jual, nah resepi buat sendiri😅
Mengekalkan berat badan yang ideal merupakan sesuatu sangat sukar namun penting. Ini kerana kekurangan atau terlebih berat badan akan memberi impak terhadap kesihatan anak anda dan meningkatkan risiko dijangkiti penyakit kronik. Berikut merupakan 10 panduan anak anda mempunyai berat badan ideal.
Pilih makanan yang sihat
Kanak-kanak lebih cenderung menggemari makanan yang kurang bernutrisi. Oleh itu, ibu bapa perlu menjadi penentu dalam pemilihan stok makanan yang selalunya disimpan di rumah kerana kanak-kanak akan makan makanan yang terdapat di peti ais atau di meja makan. Ibu bapa juga perlu mengurangkan pembelian makanan yang tidak sihat. Namun begitu, anda masih boleh sekali sekala membeli snek kegemaran anak anda.
Biarkan mereka memilih makanan sendiri
Anda boleh membenarkan anak anda memilih jenis dan kuantiti makanan yang ingin dimakan mereka berdasarkan pilihan makanan sihat yang terdapat di rumah. Pendekatan ini sekaligus dapat mengajar anak anda membuat pilihan makanan yang sihat. Walaupun pendekatan ini kelihatan memberi banyak kebebasan kepada anda, ini tidak akan menjadi masalah sekiranya pilihan makanan mereka adalah hanya dalam kalangan makanan yang sihat.
Jangan terlebih makan
Pastikan anak anda berhenti makan apabila mereka sudah kekenyangan. Kebanyakan ibu bapa cenderung menyuruh anak mereka menghabiskan makanan mereka. Namun begitu, pendekatan ini hany akan membuat mereka tidak dapat mengikut kemahuan tubuh badan mereka sendiri.
Anda hanya perlu membiarkan mereka dan jangan menyuruh anak anda menghabiskan makanan mereka jika mereka sudah mengadu kenyang. Ini akan mengelakkan mereka terlebih makan dari yang sepatutnya.
Biarkan anak anda mencuba aneka jenis makanan
Kecenderungan terhadap sesuatu makanan akan bermula sejak awal usia lagi. Oleh itu, anda perlu menawarkan aneka makanan kepada mereka. Anda boleh mula memberikan aneka jenis makanan baharu kepada anak anda tetapi jangan memaksa mereka. Sebaliknya, tawarkan mereka secebis daripada makanan itu untuk mereka mencubanya.
Pelbagaikan menu
Kanak-kanak mungkin ada makanan kegemarannya tersendiri. Namun begitu, mereka juga mungkin ingin mencuba makanan baharu jika menepati citarasanya. Ketika makan di luar, biarkan anak anda mencuba makanan baharu yang tidak pernah dicuba oleh mereka. Anda juga boleh menawarkan makanan anda sedikit atau memesan pemanis mulut untuk mereka mencubanya.
Minum minuman yang kurang kalori
Minuman soda atau bergula mempunyai kalori tambahan dan tidak bagus untuk anak anda. Ini hanya akan meninggikan risiko anak anda mengalami obesiti. Sebaliknya, galakkan anak anda untuk minum lebih banyak air putih dan susu yang sememangnya merupakan minuman terbaik untuk mereka. Kanak-kanak juga tidak memerlukan jus yang banyak walaupun ia merupakan jus yang asli. 4 hingga 6 auns sehari sudah memadai buat mereka.
Kawal pengambilan gula
Pengambilan manisan tidak menjadi masalah buat kanak-kanak namun jangan jadikan manisan ini sebagai punca utama anak anda mahu makan malam. Apabila manisan ini menjadi habuan kerana berjaya menghabiskan makan malam, kanak-kanak akan menganggap nilai manisan adalah lebih tinggi berbanding makan malam mereka. Anda perlu memastikan mereka tidak melebihkan manisan daripada makanan lain.
Jangan gunakan makanan sebagai ganjaran
Apabila makanan digunakan sebagai bentuk ganjaran di atas suatu pencapaian, mereka akan mula menganggap makanan adalah satu cara untuk mengawal tekanan dan emosi mereka. Sebaliknya, anda boleh menunjukkan penghargaan anda dengan ungkapan, pujian, pelukan dan perhatian berbanding pemberian makanan.
Jangan galakkan perbuatan makan sambil menonton televisyen
Kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak yang mengurangkan waktu menonton televisyen juga dapat mengurangkan lemak dalam badan mereka. Makan di hadapan televisyen akan membuatkan mereka sukar untuk menumpukan perhatian terhadap kekenyangan mereka lalu mengundang kepada masalah terlebih makan. Anda perlu hadkan waktu mereka dengan televisyen atau komputer dan biarkan mereka akan melakukan aktiviti lain yang lebih sihat.
Jadi contoh yang baik
Kanak-kanak akan menjadikan ibu bapanya sebagai role model. Oleh itu, anda sendiri perlu mengamalkan tabiat pemakanan yang baik. Sebagai contoh yang baik, tunjukkan kepada mereka bahawa anda juga makan makanan atau snek yang sihat, makan di tempat makan yang sepatutnya serta tidak pernah terlepas waktu makan. Elakkan makan snek yang tidak berkhasiat di hadapan anak.
Sedar tak sedar kita semakin menghampiri bulan Syawal. Persiapan raya pun sudah mula dibuat. Bagi anda yang teringin nak buat kuih raya tapi tak ada oven, jangan risau kerana ada beberapa jenis biskut raya yang boleh dibuat tanpa menggunakan oven pembakar.
Di sini, Pa&Ma kongsikan 5 resepi kuih raya tanpa oven yang boleh anda buat. Barulah seronok anak-anak bila ada kuih raya kegemaran mereka.
Selamat mencuba!
COKLAT NESTUM BAR
BAHAN-BAHAN:
500gm nestum (original)
1kg coklat dark compaund beryls
CARA-CARA
1. Cairkan coklat dengan kaedah double boiler sampai jadi cair.
2. Lepas tu masukkan 1 paket nestum. Gaul sampai sebati biar bersalut elok.
3. Kemudian bila dah gaul sebati masukkan dalam bekas yang dilapik dengan plastik supaya senang nak keluarkan.
4. Potong siap2 baru letak dalam peti ais lepas dah mengeras baru boleh potong.
CARA PENYEDIAAN:
1. Sangai sehingga rangup (tanpa minyak)
2. Double boiler coklat tersebut.
3. Gaulkan dengan badam dan letak atas kertas minyak (ikut saiz yang anda suka)
4. Kemudian masukkan dalam peti ais sehingga keras.
5. Siap!
Sumber : Facebook Zaharah Ramin
3. CORNFLAKES FERORO COOKIES
Bahan-bahan:
1-2 cawan badam nips sangai sampai kekuningan
Badam ikut korang kalau suka banyak letak 2 cawan tak suka banyak 1 cawan saja
Bahan double boil:
250g milk coin beryls
150g dark coin beryls (Cair kan. Biarkan suam sekejap. Masukkan badam gaul rata)
Cara Penyediaan:
Isi dalam cup basic cornflakes. Tuang coklat dan badam tadi di atas cornflakes. Kalau boleh bia sampai penuh ya.
Sejukkan masuk peti ais biasa 10 minit. Keluarkan dan boleh susun dalam balang mudahkan. So jangan sedih kalau tak ada oven masih boleh buat cookies sedap sangat-sangat dan nampak mewah.
Kredit : Azlina Ina
4. RESEPI CORNFLAKES FERORO COOKIES
Bahan-bahan:
1 bungkus kulit popia
Coklat coin (ku guna beryls milk + dark choc)
Kekacang kegemaran (disangai terlebih dahulu. Ku letak kuaci)
Manik hiasan
Cawan biskut
Cara Penyediaan:
Gulungkan kulit popia dgn menggunakan lidi sate/ kayu chopstick. Di hujung gulungan sapukan sedikit air supaya melekat. Tujuan guna lidi sate ni utk memudahkan proses menggulung. Da siap tarik dari lidi sate.
Ulang proses sehingga selesai atau jumlah yg diingini.
Setelah selesai, potong kulit popia memanjang.1 gulungan ku potong jd 8. Ikut selera.
Kemudian anginkan seketika kulit popia. Dalam 15min.
Goreng hingga keemasan.
Panaskan coklat coin double boil. Ku guna separuh milk choc dan separuh dark choc.
Dah cair, masukkan kulit popia yang telah digoreng tadi. Masukkan juga kekacang kegemaran. Gaul sebati.
Seterusnya sudukan ke dalam cawan biskut. Taburkan manik hiasan. Siap!
Kredit : Adikfoods
5. CORNFLAKES MADU
Bahan-bahan:
1 buttercup (pakai separuh je)
Cornflake 500g
Madu (1 cawan)
Gula pasir – 5 sudu tea
Cara Penyediaan:
1) Masukkan buttercup dan gula dalam kuali, kacau sampai cair dan gula larut
2) Then masukkan madu dan kacau
3) Bila dah agak-AGAK menggelegak dan confident gula dah larut, matikan api.
4) Lepas tu masukkan semua cornflake dan gaul sekata. Gaul bagi rata. Kena gaul bagi rata baru dia melekat elok!
5) Lepas tu boleh la kita masukkan dalam cup , lepas dah boh cornflakes dlm cup . taboqqq la topping apa hat ampa nak taboq cth kismis , manik-manik warna warni tu tah nama apa 🤣 ( tapi i tak boh pun sebab lupa beli )
6) Bila dah masukkan dalam cup tu, ampa biaq sat dalam dulang ka apa ka dalam 10 minit gitu bagi dia lekat dulu. Sebab kita tak bakar kan, kalau bakar lain citaaaaa.