Memang normal, waktu kita nak tidur ada yang menghalang kan? Elok nak pejam mata, si kecil tu pun mulalah ajak kita main. Naik atas badanlah, tepuk-tepuk muka lah. Sudahnya, lewatlah kita tidur. Bangun pagi, mata habis bengkak! Alahai, anak..
Apabila anak menjangkau usia 9 hingga 12 bulan dan ke atas, banyak perubahan yang berlaku. Selain perubahan pada fizikal yang semakin ketara dan lebih aktif, tidur malam juga kerap tertunda. Tidur amat mustahak untuk perkembangan bayi dan kanak-kanak kerana otak mereka berkembang sewaktu tidur.
Artikel Menarik: [Sedihnya! Nak Check Anak Tidur, Nampak Dia Peluk Cium Gambar Arwah Abah]
6 KESILAPAN PERLU ELAK JIKA MAHU ANAK SENANG TIDUR
1.Tidur siang terlalu lama
Ini menjadi salah satu punca utama masalah sukar tidur malam. Apabila bayi tidur siang terutamanya pada waktu petang terlalu lama, mereka akan rasa segar, tidak mengantuk dan bertenaga pada malam hari. Ia akan menyebabkan sama ada mama dan papa perlu membiarkan anak bermain sehingga mengantuk sendiri awal pagi atau perlu berperang untuk memaksanya tidur dengan cara paksaan yang mana perlu dielakkan.
2.Persekitaran bising dan terlalu cerah
Suasana bising dan keadaan pencahayaan yang terlalu cerah boleh menjadi sebab kenapa bagi sukar untuk tidur pada waktu malam. Seelok-eloknya wujudkan suasana yang cosy apabila waktu tidur anak kian hampir.
Malapkan pencahayaan dengan memasang lampu meja dan memadamkan lampu siling. Matikan TV dan gajet sekurang-kurangnya 1 jam sebelum waktu tidurnya.
3.Terlebih rangsangan
Elakkan melakukan aktiviti rangsangan seperti bermain permainan melibatkan pergerakan fizikal yang aktif dengannya supaya pergerakan badan mula perlahan dan bersedia untuk tidur.
Artikel Menarik: [Anak Ramai Seronok, Tapi Risau Terabai Beri Nafkah. Ini Hukumnya Suami Perlu Tahu]
4.Elakkan bergantung kepada alatan
Peralatan seperti buaian seringkali menyebabkan kebergantungan. Kalau tak ada alatan ini, bayi tidak mahu tidur atau amat susah untuk melelapkan mata. Jadi, kalau anda tidak mahu pergantungan pada kemudian hari, elakkan dari membiasakan bayi dengan buaian daripada awal lagi.
5.Elakkan bergantung kepada pergerakan
Biasakan bayi didukung atau didodoikan dengan cara pergerakan. Apabila tidak dapat dua cara ini, ia boleh jadi punca bayi sukar untuk tidur. Seelok-eloknya biarkan bayi tidur di atas tilam. Paling tidak, mama dan papa hanya menepuk pahanya sehingga tertidur.
Artikel Menarik: [Rawatan ‘Best’, Snek Pantang Sedap! Suraya Mother Care & Beauty Tawarkan Servis Terbaik]
6.Tiada ada rutin tidur yang tetap
Bayi tidak mempunyai rutin tidur yang tetap akan mengalami masalah untuk tidur. Ibu ayah perlu mewujudkan rutin tidur bagi memudahkan mereka tidur. Tapi perkara ini tidak akan berlaku dalam masa yang singkat.
Rutin tidur yang seelok-eloknya mula diciptakan pada seawal selepas pantang. Misalnya selepas mandi malam, disusukan malam dan kemudian tidur. Patuhilah rutin ini untuk mengelakkan ‘berperang’ untuk tidur di waktu malam.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)
Anak dah boleh merangkak laju? Ayuh mama papa yang ada baby comel-comel tu, inilah masanya untuk sertai Baby Merangkak Race!. Daftar sekarang di link ini: https://toko.ideaktiv.com/product/simpan-sspnxpama-baby-merangkak-race/
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI