Mengikut adat berpantang masyarakat Melayu, suami isteri perlu BERPANTANG sekurang-kurangnya untuk 40 hari selepas isteri melahirkan anak. Ini sebenarnya bertujuan untuk memberi ruang kepada luka kelahiran di faraj wanita untuk sembuh sepenuhnya. Pada waktu itu juga, darah nifas selalunya sudah berhenti.

Kembali mengandung setelah baru beberapa bulan melahirkan anak adalah tidak digalakkan. Ini kerana, badan wanita tersebut baru sahaja melalui pelbagai perubahan dan tekanan sepanjang tempoh kehamilan dan kelahiran.

Tempoh sekurang-kurangnya dua tahun diperlukan bagi sistem dan fungsi badan pulih dan benar-benar bersedia untuk kembali hamil, terutama bagi mereka yang menjalani pembedahan Caesarean.

Alamak Tereksiden Mengandung! Ingat Wanita Tetap Berisiko Hamil Lagi Walaupun Baru Habis Pantang

MITOS tentang kehamilan selepas kelahiran :

1) Selepas kelahiran, peluang untuk hamil kembali akan mengambil masa berbulan-bulan (atau beberapa tahun!) kemudian.
2) Kesuburan hanya akan kembali SETELAH mendapat haid pertama selepas kelahiran.
3) Mengamalkan pemberian susu badan secara eksklusif merupakan langkah pencegah kehamilan yang pasti berjaya.

IKLAN

Seseorang wanita boleh kembali subur dalam masa beberapa minggu sahaja selepas kelahiran. Jika wanita itu TIDAK mengamalkan penyususan secara ekslusif, ovulasi boleh berlaku dalam 10 minggu selepas kelahiran. Ovulasi ialah proses pembebasan telur dari ovari (kilang telur).

Jika persetubuhan berlaku pada waktu ovulasi, potensi untuk telur disenyawakan dengan sperma adalah tinggi. Ini bermakna, WANITA TERSEBUT BOLEH MENGANDUNG LAGI WALAUPUN BARU SAHAJA MELAHIRKAN ANAK.

IKLAN

Bagi ibu-ibu yang menyusukan bayinya, haid tidak akan datang selagi ibu tersebut menyusukan bayinya secara kerap. Walaupun tiada haid, proses ovulasi tetap boleh berlaku.

Terdapat kajian yang mendapati, wanita yang TIDAK menyusukan bayinya, secara purata, ovulasi pertama selepas kelahiran boleh berlaku antara hari ke-45 hingga ke-94 selepas kelahiran (iaitu 2 – 3 bulan selepas kelahiran!) (1).

IKLAN

Jika wanita tersebut (dan suami) tidak bercadang untuk menimang cahaya mata yang baru dalam masa terdekat selepas kelahiran bayi mereka, amat perlu untuk mereka mengamalkan kaedah kontraseptif (pencegahan kehamilan) sejak dari hubungan seksual pertama lagi selepas kelahiran bayi.

Alamak Tereksiden Mengandung! Ingat Wanita Tetap Berisiko Hamil Lagi Walaupun Baru Habis Pantang

Merancang kehamilan bukan bermaksud :

  • Menolak ketentuan / kekuasaan Allah.
    • Menidakkan janji Allah bahawa setiap anak itu membawa rezeki.

Tetapi, merancang kehamilan bermaksud:

  • Memberi peluang untuk ibu hamil semula setelah bersedia sepenuhnya dari aspek fizikal, mental, sosial dan emosi.
    • Anak mendapat kasih sayang, pemakanan yang sihat termasuk susu ibu dan penjagaan yang sepenuhnya.
    • Suami dapat menyediakan kemudahan asas untuk keluarga mengikut kemampuan fizikal, mental, sosial dan ekonomi.
    • Setiap ahli keluarga termasuk suami dan ibu itu sendiri mendapat kasih sayang dan keperluan asas yang mencukupi.

Pilihan terletak di tangan anda !

Sumber: Root Of Science

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI