Alamak!Bayi Menangis Tanpa Henti. Mungkin Ia Kolik? Jom Baca 6 Langkah Untuk Redakan Kolik!

Share

Alamak bayi menangis tanpa henti, mungkin ia kolik?  Bagi yang pertama kali bergelar ibu bapa pastinya ingin mengetahui cara untuk meredakan kolik bayi. Hakikatnya kembung perut atau kolik berlaku disebabkan sejumlah kecil udara akan masuk dalam badan bayi semasa bayi minum susu atau menangis.Apabila gelembung udara terdapat dalam perut, ia akan membuatkan

bayi berasa tidak selesa.Lazimnya bayi akan menangis apabila mengalami kolik.Tanda bayi kolik ialah bayi berumur kurang tiga bulan, menangis cara menjerit, kaki ditarik ke dada semasa menangis.

Waktu tangisan hampir sama setiap hari. Menangis adalah cara untuk mengeluarkan udara perut. Jadi jangan terlalu panik apabila bayi menangis. Ketika ini anda perlu banyak bersabar! Jangan tertekan

apabila bayi menangis tanpa henti.

Tahukah anda bahawa, keadaan tersebut berlaku pada bayi dalam tempoh beberapa minggu pertama kelahiran. Kira-kira 40 peratus daripada bayi-bayi di seluruh dunia mengalami situasi ini. Setelah lahir

saluran gastrousus menyesuaikan diri dengan fungsi baharu dalam badan. Keadaan ini mungkin menyebabkan bayi tersebut menghadapi gejala-gejala seperti kembung perut, muntah-muntah, perut berangin,

sembelit dan cirit-birit ringan.

Apa pun, jangan panik! Cuba redakan tangisan bayi.

Ikuti langkah demi langkah untuk meredakan kolik bayi.

1.Dukung bayi anda. Dekatkan dengan dada dan peluk dirinya. Bayi akan rasa selamat seakan berada dalam rahim.

2.Untuk redakan tangisan bayi yang mengalami kolik, mengambil masa anggaran lima hingga 20 minit, namun ia bergantung kepada bayi itu.

3.Biasanya bayi kolik akan tertidur keletihan dalam dakapan setelah menangis dalam tempoh yang lama.

4.Bahaya jika membiarkan bayi menangis terlalu lama kerana ia mungkin akan mengundang risiko sawan tangis. Bayi juga akan keletihan dan tidak cukup tidur.

5.Bila bayi sudah menangis, cuba urut tapak kaki dan tapak tangan. Selain itu, sendawa bayi setiap kali selepas minum susu. Sendawa membantu mengeluarkan angin yang terkumpul dalam perut bayi.

6.Segera berjumpa doktor jika masalah ini berlarutan berhari-hari untuk pemeriksaan lanjut.

 

Published by
Nor Yusoff