Pelakon Eyra Razali berdepan dugaan sekali lagi apabila anak pertamanya, Hayder Qhalish pula dimasukkan ke hospital kerana mengalami bengkak usus.
Melihat keadaan Hayder tidak bermaya sejak keluar dari hospital minggu lalu, Eyra terus bergegas ke hospital selepas anaknya itu cirit-birit.
“Hayder keluar wad pada hari Khamis tetapi dia mengadu sakit perut serta cirit -birit. Boleh kata 20 kali ulang-alik ke tandas.
“Semalam Hayder sakit sangat dan nampak tak bermaya, kami buat keputusan untuk bawa dia ke hospital. Memang dehidrasi, jadi doktor cakap kena masud wad.
“Hari ini buat ultrasound rupanya usus Hayder bengkak. Kemungkinan sebab tak betul-betul sembuh semasa di hospital tempoh hari serta kerap cirit yang membuatkan ususnya bengkak,” kongsinya menerusi Instagram.
Pun begitu Eyra kini lega bila mana diberitahu keadaan Hayder tidak membimbangkan.
“Sampel najis pun tidak mengesan rotavirus atau apa-apa yang merisaukan.
“Jadi, sekarang Hayder makan antibiotik, insya-Allah ambil masa beberapa hari untuk kurangkan bengkak,” ujarnya.
Ads
Ibu kepada dua cahaya mata ini juga turut berterima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatannya lebih-lebih kepada dua anaknya yang masih kecil.
“Terima kasih semua yang mendoakan Hayder. Semoga Allah membalas jasa baik semua,” tuturnya.
Sebelum ini, aktres itu diuji apabila anak keduanya, Endra Haqimie dimasukkan ke hospital pada 5 Julai lalu akibat buah pinggang kering.
Ads
Eyra bernikah dengan Haziq pada 1 November 2019 dan dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Hayder Qhalish, 4 dan Endra Haqimie yang kini berusia dua tahun.
Wow best giler! Inilah peluang untuk semua followers Pa&Ma dan Pn Nad Masrom bersama rakan-rakan menyambut MINGGU PENYUSUAN SEDUNIA bersama-sama di WEBINAR PENYUSUAN – SYOKNYA SUSUKAN ANAK!
Tunjukkan kuasa ibu menyusu mampu gegarkan webinar ini dengan kehadiran seramai yang boleh. Sambil-sambil itu kita tambah lagi ilmu penyusuan.
Bukan itu sahaja ya, ada banyak hadiah cabutan menarik kita sediakan. Antaranya, baucar penginapan 2H 1M di hotel best, pam susu elektrik serta banyak lagi.
Terbaharu, Aliff Aziz ada berkongsi sekeping foto anaknya di laman Instagram. Normal jika seorang bapa berbuat demikian, tetapi yang menarik perhatian adalah kapsyen pada foto terbabit. Jika dibaca, terlihat betapa penyanyi dan pelakon itu merindui anak lelakinya, Mohamad Ayden Adrean. Perkongsiannya itu telah mendapat 72, 000 tanda suka (likes) setakat ini.
Always in my mind. Always in my heart. No matter what they say. You are the reason I still keep going. I miss you. A little too much. A little too often. And a little more everyday sayang. ?
@aydenadrean17
Sebelum ini juga Aliff pernah memuat naik sekepig foto dia bersama Ayden dengan kapsyen yang lebih kurang sama.
Banyak komen yang diterima Aliff ketika dia memuat naik foto tersebut. Ada pengikutnya yang menghentam dan menyalahkannya, tetapi tidak kurang juga yang memberi kata-kata semangat. Sentiasa bersama dan apabila terpaksa berpisah begini sudah tentu memberi kesan kepada si ayah dan anaknya. Semoga apa yang berlaku dapat memberi pengajaran kepada kita juga.
Pa&Ma mendoakan yang terbaik buat Aliff, semoga kekal tabah mengahrungi ujian ini. Walaupun sudah berpisah, diharapkan hubungan mereka anak-beranak akan kekal mesra dan baik seperti dahulu.
Malang memang tidak berbau, dalam keghairahan orang ramai bercuti pada hujung tahun ini, ada sahaja berita kemalangan yang sering berlaku. Justeru itu, amatlah penting untuk orang ramai sentiasa berhati-hati ketika memandu. Malah penggunaan ‘car seat’ seperti yang disarankan oleh kerajaan yang akan berkuat kuasa pada awal tahun hadapan memang sesuatu yang sepatutnya dilakukan sejak lama dahulu.
Seperti yang berlaku dalam satu kemalangan maut di Pasir Gudang, Johor. Seorang kanak-kanak berusia dua tahun turut maut dalam insiden berkenaan manakala seorang bayi perempuan berusia Sembilan bulan cedera di kepala. Dalam satu laporan yang dibuat oleh Sinar Harian, dua beranak maut selepas kereta Proton Iswara dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan di Jalan Masjid di Pasir Gudang, kira- kira jam 9.30 pagi smalam.
Kereta hilang kawalan, masuk laluan bertentangan
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Ismail Dollah berkata, Muhammad Eijaz Firdaus Mohd Izuan, 2, meninggal dunia di tempat kejadian manakala bapanya, Mohd Izuan Isahak, 33, beralamat di Felda Cahaya Baru Masai Johor meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di hospital.
Menurutnya, kereta dinaiki mangsa dua beranak bersama seorang bayi perempuan berusia sembilan bulan dari arah pusat bandar Pasir Gudang dipercayai hilang kawalan sebelum masuk ke laluan bertentangan.
“Pemandu sebuah lagi kenderaan iaitu Honda Civic yang dari arah Taman Scientex menghala ke pusat bandar Pasir Gudang tidak sempat mengelak menyebabkan dua kereta itu berlanggar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Anggota bomba membantu mengeluarkan mangsa di dalam kereta Proton Iswara yang terlibat kemalangan di Jalan Masjid Pasir Gudang pagi tadi.
kanak-kanak 2 tahun meninggal, bayi usia 9 bulan cedera di kepala
Menurut Ismail, akibat pelanggaran itu, penumpang Proton Iswara, Muhammad Eijaz Firdaus cedera parah di bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemandu, Mohd Izuan yang juga pekerja swasta meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail (HSI).
Sementara bayi perempuan mengalami kecederaan di kepala turut dibawa ke HSI untuk rawatan susulan.
“Pemandu Honda Civic, seorang lelaki berusia 40 tahun cedera di kaki dan menerima rawatan di sebuah hospital swasta,” katanya.
Katanya, tiada kamera litar tertutup di lokasi kejadian dan tiada saksi bebas yang hadir membuat laporan.
“Siasatan masih dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
Sementara itu, Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang, Pegawai Bomba Kanan II Zainudin Sabani berkata, seramai 11 anggota bersama sebuah jentera dan satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke lokasi kejadian bagi membantu mengeluarkan mangsa.
Malang tidak berbau, alangkah sedihnya apabila insan tersyang pergi meninggalkan kita dalam sekelip mata. Baru saja bersua atau bersembang, tiba-tiba dapat perkhabaran musibah menimpa orang yang kita sayangi.
Begitulah yang berlaku kepada keluarga Allahyarham Kdr Muhammad Firdaus Ramli yang merupakan salah seorang dari mangsa nahas helikopter bertembung dan terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak, hari ini.
Menerusi portal Harian Metro, adik mangsa menceritakan sudah menjadi rutin untuk abangnya menghubungi ibu ayah mereka sebelum memulakan tugas. Namun, tidaklah mereka sekeluarga menyangka panggilan pagi tadi menjadi panggilan terakhirnya.
“Sudah menjadi rutin setiap hari mesti abang akan telefon ibu dan ayah sebelum dia mula BERtugas. tak sangka panggilan pagi tadi merupakan panggilan terakhirnya.”
Tambah adik mangsa yang disapa sebagai Alia ini, mereka sekeluarga mengetahui tentang kejadian malang itu menerusi media sosial sebelum hal itu disahkan oleh kakak iparnya yang berada di Sabah untuk memberitahu abangnya salah seorang mangsa yang terlibat.
“Bila dapat tahu tentang hal itu, ibu dan ayah bersama beberapa ahli keluarga yang lain bergegas ke Pangkalan TLDM di Lumut bagi pengecaman mayat serta proses yang lain.”
Tambah Alia lagi, setakat ini mereka tidak tahu lokasi jenazah akan disemadikan kerana keputusan itu akan dibuat ibu bapanya di Lumut. Dia turut memberitahu bahawa abang sulung dari tujuh beradik seorang yang tegas dan tidak suka menyusahkan adik beradik.
“Kali terakhir kami sekeluarga bertemu ialah pada minggu pertama Syawal di Pangkalan Lumut namun tiada sebarang perubahan ditunjukkan.
“Diharap semua dapat tunggu maklumat lanjut daripada pihak berwajib serta beri ruang kepada kami pada masa ini,” akhiri Alia.
Info lain tentang nahas helikopter terhempas:
Dua helikopter yang dilaporkan bertembung dan terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sedang menjalani raptai untuk kali ketiga bersempena dengan sambutan Hari Terbuka Armada TLDM yang dijangka berlangsung Sabtu ini.
2. Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kejadian terbabit menyebabkan 10 anggota TLDM yang berpangkalan di Lumut, Perak dan Kota Kinabalu, Sabah maut.
3. Identiti mangsa terlibat sudah dikenal pasti yang berusia bawah 40 tahun dan mayat dihantar ke Hospital Angkatan Tentera Lumut untuk proses selanjutnya.
4. Tiada mangsa raptai lain terlibat dalam insiden berkenaan kerana helikopter itu terhempas di kawasan kolam renang dan padang stadium yang kosong.
5. 10 anggota tentara yang meninggal dunia dalam kejadian pada 9.32 pagi tadi melibatkan tujuh kru Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) dan tiga lagi kru Fennec TLDM.