Vokalis Kumpulan Floor 88, Ayie Elham mendedahkan dia pernah berdepan dengan peristiwa mistik dan ilmu hitam malah dalam kalangan ahli keluarganya turutmenjadi mangsa.
“Saya pernah berdepan dengan gangguan ilmu hitam. Malah ada dalam kalangan ahli keluarga juga turut menjadi mangsa.
Ayie turut memberitahu pengalaman mistik itu juga membuatkan dia mengambil masa untk berkongsi wajah anak di laman sosial.
“Apa yang pernah saya alami itu, dijadikan pengajaran juga pada masa hadapan”
“Itu juga antara salah satu sebab kenapa saya mengambil masa sebelum berkongsi wajah anak di media sosial.
Untuk info, Ayie mendirikan rumah tangga dengan isterinya iaitu Nur Natasha Ahmad Nawawi pada 21 Oktober tahu lalu dan dikurniakan cahaya mata bernama Nayla Amanda pada 22 Julai lepas.
Kredit: Gempak
Jom, kongsikan foto comel si manja anda bertemakan Jungle Cuties di SINI! Ada hadiah menarik menanti.(https://www.majalahpama.my/pencarian-bayi-pilihan-pama/)
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kalau Bayi Kerap Muntah Bukan Sebab Susu Tidak Sesuai, Mungkin Disebabkan Oleh GER
Saya merupakan ibu muda dan baru menerima cahaya mata berusia 3 bulan. Masalah saya apabila bayi saya menyusu, dia kerap muntah sejak dia berumur 2 bulan. Kadang-kadang sedikit dan kadang-kadang banyak sehingga dia menangis. Adakah ini normal?
Bilakah saya perlu risau mengenai muntah bayi saya? Bagaimana cara saya untuk menghadapi muntah bayi dan jika ianya berlarutan sehingga berbulan-bulan adakah muntah itu berbahaya untuk anak saya? Saya harap penjelasan dari doktor dapat membantu saya.
Ibu buntu, kuala lumpur
Terima kasih atas pertanyaan Puan.
Masalah bayi muntah ini kerap terjadi kepada bayi berumur di bawah 6 bulan dan boleh berlaku kepada samada bayi menyusu ibu atau susu formula. Jika terjadi kepada bayi yang menyusu ibu, ibu atau orang di sekelilingnya akan mengatakan susunya tidak sedap atau kurang khasiat, bayi tidak suka rasa susu ibu dan bayi kembung perut sebab ibu tersalah makan. Segala mitos ini akan menyebabkan si ibu percaya lantas memberikan bayinya susu formula. Jika ini terjadi kepada bayi yang menyusu formula pula, mitos yang kerap berlegar dalam masyarakat ialah, susu tidak sesuai, alahan kepada susu formula jenama tertentu dan akhirnya kerap bertukar pelbagai jenama susu.
Sedangkan kajian menunjukkan lebih kurang 2/3 bayi di bawah 6 bulan mengalami masalah sekurang-kurangnya sekali sehari. Kebanyakan masalah muntah sejak umur 1 minggu kelahiran dan 40 – 65 % bayi berumur 1-4 bulan disebabkan oleh Gastroesophageal Reflux (GER). Masalah GER ini akan semakin berkurangan sehingga bayi mencapai umur 6 bulan. Lebih kurang 96 % bayi yang mengalami GER ini akan sembuh sepenuhnya apabila mencapai umur setahun. (Anna Rybak, Int Journal Molecular ScienceAugust 2017, Czinn SJ et al. Paediatric Drugs 2013).
Apakah Gasteroesophageal reflux ini ?
Di dalam perut manusia terdapat injap bahagian atas yang membuka laluan makanan daripada otot esofagus bawah (LES – lower esophageal sphincter) ke dalam perut (lihat gambarajah). Namun, di dalam bayi baru lahir, otot LES ini belum cukup kuat untuk menutup rapat selepas susu masuk dalam perut. Maka, makanan akan berpatah balik ke atas melalui esofagus dan bayi akan memuntahkan susu keluar.
Sekiranya bayi Puan mengalami masalah muntah, perlu diteliti beberapa perkara yang membimbangkan dan perlu dibawa berjumpa pakar kanak-kanak.
I) Muntah yang tersangat kerap dan berhalaju tinggi setiap kali sejurus selepas atau semasa menyusu. Ini ditakuti bayi mempunyai masalah yang jarang berlaku iaitu Pyloric stenosis iaitu otot pylorus (injap perut bahagian bawah) yang tebal daripada normal.
II) Muntah yang menyebabkan kurang berat badan atau berat tidak naik secukupnya.
III) Jika bayi mempunyai tanda-tanda kurang air dalam darah (dehidrasi) seperti kurang membuang air besar dan kecil seperti normal dan kelihatan kulitnya kering dan bayi lemah dan tidak menangis seperti biasa.
IV) Bayi tidak boleh membuang angin, perutnya kelihatan buncit dan lebih keras bila diurut, serta bayi menangis mengerang seperti sakit perut. Ini menandakan bayi mengalami usus tersumbat yang menyebabkannya muntah.
V) Bayi kerap terbatuk akibat tersedak / tercekik dengan susu yang berpatah balik ke dalam kerongkongnya. Kadang-kadang bayi boleh mendapat jangkitan paru-paru “aspiration pneumonia”.
Sekiranya bayi Puan mengalami muntah disebabkan oleh GER tapi tiada tanda-tanda seperti di atas, maka Puan tidak perlu panik. Ikuti langkah seperti di bawah;
1) Susukan bayi puan dalam posisi kepala bayi lebih tinggi kedudukannya daripada perut samada menyusu ibu atau menggunakan botol. Berhenti sekejap pada separuh masa penyusuannya (bila lihat hisapannya kurang laju). Letak bayi ke dada ibu dalam kedudukan menegak seperti ingin sendawakannya sambal menepuk lembut belakangnya. Ini memberikan masa untuk susu itu turun ke dalam perut bayi mengikut tarikan graviti. Lakukan perkara ini dalam 1-2 minit sahaja dan sambung lagi penyusuannya sehingga bayi kenyang atau susunya habis. Jika perlu sendawakan, sekali
lagi ulang meletakkan bayi ke dada ibu. Kemudian, jika bayi tertidur, letakkan bayi mengiring ke tepi (kiri atau kanan) dan elakkan meletak bayi terlentang dengan kepala sama paras dengan perutnya. Ini dapat mengelakkan bayi daripada termuntah dan tersedak (choking) dengan susu yang berpatah balik.
2) Lakukan urutan perut bayi setiap kali bayi telah buang air besar atau kecil semasa menukar lampinnya. Urutan pusingan U daripada kanan bawah abdomen bayi, memusing U ke arah kiri bawah abdomen. Amalkan juga mengurut bayi di bahagian lain tubuh bayi jika selepas mandi dan boleh rujuk cara urutan ini dalam video pendidikan. Selepas mengurut, boleh lakukan gerakan kedua lutut serentak lipat ke perut untuk memberi tekanan agar bayi dapat membuang anginnya jika dia kembung (colic)
3) Jika memakai barut, elakkan terlalu ketat.
4) Elakkan meletakkan bayi dalam keadaan membongkok ke depan (posisi duduk) selepas menyusukan kerana ini akan memberi tekanan kepada perutnya sehingga muntah.
5) Jika bayi tersedak susu, segera tiarapkan baby di tangan ibu / penjaga, tepuk lembut belakangnya untuk memastikan bayi tidak menjadi kebiruan (cyanosis) kerana kurang oksigen akibat saluran nafas tersumbat. Sedut hidungnya jika terdapat susu keluar melalui hidung.
Sumber: Dr.Hairin Anisa
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Menjejak Khadeja..” Misha Mula Rawatan Kesuburan, Harap Kali Ni Dapat Baby Girl
Demi mendapatkan anak kedua, setelah lima tahun menanti, penyanyi Misha Omar memberitahu dia sudah pun memulakan rawatan kesuburan di sebuah pusat perubatan.
Misha atau nama sebenarnya Samihah @ Aisah Omar berkata, dia mendapatkan khidmat nasihat daripada pakar sakit puan yang juga kenalannya, Dr Azrai Abu sebagai langkah persiapan awal.
Katanya lagi, dia sudah melakukan ujian hormon Anti-Mullerian (AMH) bagi mengetahui tahap kesuburannya sebelum meneruskan rawatan yang sesuai.
“Seperti yang semua orang tahu, saya tengah berusaha untuk mendapatkan ahli keluarga baru sejak tahun lalu lagi. Tahun ini lebih serius dan saya sedar di usia sekarang kena lebih rapi persiapannya,” katanya.
Ditanya mengenai perkongsian tanda pagar #MenjejakKhadeja di Instagram, Misha berkata ianya sebagai pembakar semangar untuk mendapatkan anak perempuan pula.
“Hashtag itu saya wujudkan sebagai satu semangat buat diri saya jalani proses untuk kehamilan. Kenapa Khadeja? Sebab saya berharap dan berdoa mudah-mudahan cahaya mata yang akan Allah anugerahkan baby girl,” katanya.
Misha mempunyai seorang anak angkat lelaki bernama Muhammad Adam Emir,15. Misha mendirikan rumah tangga dengan Firros Ezzwan Rosly pada 2 Mei 2014 dan dikurniakan seorang cahaya mata bernama Muhammad Idris Ezzwa kini berusia lima tahun.
Kredit: Mstar
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Pa&Ma dengan kerjasama 9 bulan 10 hari nak bagi webinar PERCUMA tanda terima kasih atas sokongan follower semua selama ini.
Webinar ‘Aku Tak Takut Beranak’ menampilkan barisan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.
Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone.
So apa yang anda kena buat untuk dapat HADIAH CABUTAN BERTUAH tu? Just daftar je kat sini https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-aku-tak-takut-beranak/
FREE je tau Webinar ni!!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tinggal Beberapa Minggu Sambut ‘Orang Baru’, Adam Corrie Lee Harap Doa Dari Semua Peminatnya
Pelakon Adam Corrie Lee dan isteri, Fazima Fuad kini sedang berdebar menanti kehadiran cinta hati pertama mereka selepas 10 tahun mendirikan rumah tangga. Harapannya adalah satu agar semuanya dapat mendoakan urusan kelahiran bayi ini dipermudahkan.
Melalui perkongsian Adam Corrie Lee, dia menyatakan isterinya dijangka akan melahirkan anak sulung mereka sekitar bulan Julai depan.
Sehingga kini pasangan ini masih merahsiakan jantina anaknya kepada umum dan tak menafikan perasaan teruja untuk memegang sendiri zuriat mereka.
Walaupun usia kandungan Fazima dah memasuki 36 minggu, Adam Corrie masih lagi membuat persiapan dengan membeli barangan bayi. Apa yang membuatkan peminat senang dengan sikap pasangan suami isteri ini, mereka tidak terlalu boros.
Mengambil pendekatan bersederhana, pasangan ini memberi keutamaan dengan membeli baju-baju terlebih dahulu. Manakala yang lain-lain dibeli mengikut keperluan semasa.
A post shared by Adam Corrie (@adamcorrielee) on
Selain itu, sama seperti ibu bapa lain, Adam Corrie dan Fazima juga tak melepaskan peluang untuk mengabadikan setiap momen bayinya sepanjang 9 bulan dalam kandungan.
Bak kata orang, bila dah ada anak apa sahaja aksi anak akan dirakam dan disimpan menjadi kenangan. Buat permulaan ini, mereka sama-sama membuat scrap book untuk menyimpan journey babynya bermula dari scan 2D hinggalah 6D. Seronok tengok kegembiraan pasangan ini.
Netizen juga turut memuji sikap Adam Corrie yang begitu menjaga perasaan isterinya sepanjang mengandung dan sentiasa mengingatkan bahawa hati wanita yang mengandung sangat sensitif.
Semoga urusan isteri Adam Corrie untuk melahirkan anak sulung dipermudahkan dan selamat kedua-duanya.
Sumber: Instagram Adam Corrie Lee
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI