Cemasnya bila nafas si anak menjadi laju sehingga perlu dikomakan. Selepas pemeriksaan rupanya di si kecil bukan sahaja mengalami asma tetapi saluran pernafasan sempit.
Asma adalah antara masalah pernafasan seringkali terjadi kepada si kecil. Punca penyakit asma masih belum diketahui dengan tepat.
Puan Wan Salmi Suhana Wan Majeed atau Hana yang telah muncul dalam rancangan TV Pa&Ma yang bertajuk ‘Asma & Penyelesaiannya’ di slot Dewi disaluran Astro Prima 105 dan Prima HD 121 pada 5 Mac 2019.
Dalam Pa&Ma, Hana berkongsi mengenai tiga anak yang mempunyai masalah asma iaitu Akifa Naila, 6 tahun, Aqil Iman, 4 tahun dan Danish Iman, 3 tahun mengalami asma sejak kecil.
“Akifa Naila diserang masalah asma dari usia 1 tahun 3 bulan, Akil Iman dari lahir umur 1 hari manakala Danish Iman sejak umur 1 bulan. Mereka mengalami asma agak kronik dan terpaksa menggunakan pam,” kata ibu ini.
Ads
SALUR PERNAFASAN SEMPIT
Dalam ketiga-tiga adik beradik ini, Danish yang merupakan anak kelima Hana didapati mengalami saluran pernafasan sempit.
“Danish mengalami masalah saluran pernafsan sempit dan diagnosis mengalami masalah proximal traxheomalacia masa ketika berumur 9 bulan. Keadaan Danish masa tu pernafasan beliau agak laju sampai terpaksa dimasukkan ke PICU selama 1 minggu dan dikomakan.
DOKTOR LAKUKAN SCOPE MELALUI MULUT
Ads
“Doktor yang merawat mengambil satu jalan untuk mengenal pasti apa punca masalah pernafasan ini. Lalu doktor pakar mengambil keputusan untuk buat scope ke dalam mulut,” ujar ibu ini.
Kini Danish bergantung kepada alat bantuan pernafasan Continuous Positive Airway Pressure (CPAP) untuk mengelakkan penyempitan saluran pernafasan terutamanya semasa tidur.
Ibu mana yang boleh melihat si kecil terlantar kesakitan. “Perasaan tu sedih lah bila anak selalu keluar masuk wad saban bulan saban minggu. Sampaikan husband kene berhenti kerja sebab kena menjaga anak yang lain. Pernah sampaikan kami terputus kewangan,” kata Hana melihat kembali pahit getir yang pernah dilalui sepanjang anak diserang asma dan masalah pernafasan.
HINDARI PEROKOK
Ads
Buat masa ini, selain pemakanan, Hana juga turut melakukan beberapa perkara berikut. “Rumah kami pastikan bebas habuk dan divakum 5 hingga 6 kali setiap hari. Kami juga menghindari orang sakit, perokok dan suasana jerebu untuk mereka bertiga. Jika tidak, asma boleh tercetus dengan mudah,” kata Hana.
PERSEKITARAN RUMAH PERLU DIJAGA
Selain itu, ibu ini turut berkongsi tip buat ibu bapa lain. “Tip bgi saya kalau anak mengalami masalah pernafsan laju janganlah biarkan sampai mereka dah teruk. Kalau nampak nafas laju tu cepat cepatlah bawak hospital sebab kita tak tahu apa akan jadi. Risiko sangat tinggi jika ibu bapa abaikan, jangan ambik mudah.
“Lagi satu persekitaran rumah pun kena jaga. Jauhkan dari binatang berbulu , karpet, pastikan dalam rumah dalam keadaan bersih. Jangan biarkan anak mandi pada waktu malam. Habuk pun boleh membuatkan anak lelah. Buat masa ni kami follow up dengan pakar dan selalu pastikan keadaan mereka tidak terdedah dengan persekitaran tidak sihat,” kata Hana.
Anda yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang keadaan Danish, kakak dan abangnya, boleh ikuti siaran episod bertajuk ‘Asma & Penyelesaiannya’ di slot Dewi disaluran Astro Prima 105 dan Prima HD 121 pada 5 Mac 2019, jam 12 tengah hari dan ulangannya 9 malam.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tiada yang paling mengembirakan buat seorang ibu apabila dapat berita diri berbadan dua. Tak kisahlah sama ada anak pertama, kedua atau seterusnya kehadiran zuriat ibarat pelengkap rumah tangga.
Namun jika Allah uji, kita sebagai hambanya perlu reda walaupun ia sukar untuk dihadapi. Hanya dia yang mengetahui apa yang terbaik dan percayaalah walaupun sedih sekarang ni pasti akan ada manisnya di penghujung nanti.
Seperti kisah seorang ibu, Nor Hayana yang melahirkan anak syurga ketika kandungan 35 minggu dan akhirnya dijemput ilahi sesuatu yang berat namun percaya Allah uji sebab dia sayang.
Lahir terus masuk NICU
Sepatutnya 1.1.2021 adalah tarikh due date untuk arwah Ummar Asyraf bin Malek Riduwan(anak syurga kami) arwah adalah anak ke-4 kami.
Tapi arwah Ummar lahir 26.11.20 pada minggu ke-35 disebabkan umi mengalami pecah air ketuban awal. Selepas dilahirkan Ummar terus dimasukkan ke NICU disebabkan mengalami masalah pernafasan.
Bergantung dengan mesin pernafasan
Selama 15 hari arwah di dalam NICU setiap hari umi melawat Ummar, arwah bergantung dengan mesin pernafasan kerana jantung dan paru-paru dia masih tidak kuat dan lemah. Kami hanya mampu berdoa supaya cepat-cepat sihat dan boleh balik rumah.
Hari ke 10 dalam NICU
Doktor beritahu arwah sangat kritikal
Pada tarikh 12.12.20 iaitu hari ke-16, kami menerima pangilan telefon dari wad untuk segera ke hospital kerana arwah mengalami penafasan yang teruk kerana kedua-dua paru-paru dah dijangkiti kuman.
Sesampainya kami di dalam wad doktor memberitahu keadaan arwah sangat-sangat kritikal. Hanya Tuhan je tahu perasaan kami masa itu.
Akhirnya jam 3.30 petang pada waktu itu, doktor memanggil dan meletakkan arwah dipangkuan sehinggalah doktor mengesahkan jam 4.15 petang arwah telah tiada. Hanya Tuhan yang tahu perasaan kami waktu itu. Seakan tidak percaya semua ni berlaku pada kami.
Umi berjalan ke bilik forensik sambil memangku arwah dalam dakapan dengan linangan air mata yang dari tadi tidak henti-henti. Selesai dimandikan dan dikafankan kami membawa jenazah arwah balik.
Sampai rumah arwah dibuka untuk tatapan ahli keluarga kami yang belum sempat melihat dari dia dilahirkan, sejuk dan comel je jenazah kamu wahai anak syurga
Rezeki untuk lihat kubur arwah setiap hari
Selepas Maghrib arwah selamat dikebumikan. Kubur arwah hanya beberapa meter je dari rumah kami. Rezeki kami sekeluarga kerana setiap hari dapat tengok kubur arwah.
Selesai dikebumikan…kubur Ummar hanya beberapa meter jer dari rumah kami. Kami bertuah kerana rumah kami berhadapan dengan kubur.
Pertama dan terakhir kali umi dapat memeluk arwah Ummar Asyraf kami redha dengan ketentuan ilahi. Penutup 2020 dengan suka duka.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ibu sebenarnya boleh mengelakkan bayi dalam kandungan terkena alergi selepas lahir. Lakukan empat perkara ini masa mengandung sebagai usaha awal.
Ramai yang berpendapat pemakanan yang sarat dengan makanan pencetus alergi pada trimester terakhir menjadi penyebab utama si kecil yang di kandung mendapat reaksi alergi sejurus selepas lahir. Betul ke?
Menurut Dr Dharmini Veerakumaran, pakar perbidanan dan sakit puan Kelana Jaya Medical Centre, belum ada penyelidikan dan kajian yang 100% membuktikan kenyataan ini. Ibu yang hamil perlu mengamalkan diet yang seimbang sebagaimana yang telah ditetapkan di dalam piramid makanan. Tidak perlu mengubah terlalu banyak dan mengambil setiap makanan yang baik dalam kuantiti yang sederhana sahaja walau pun ia baik untuk anda dan bayi.
Alahan terbahagi kepada beberapa jenis iaitu alahan yang disebabkan oleh seperti pemakanan, pernafasan, kulit, logam atau ubat-ubatan. Ia disebabkan oleh faktor yang dipanggil allergen. Apabila terdedah kepada allergen, reaksi alergi akan berlaku.
SEJARAH KELUARGA
Bagi ibu bapa yang mempunyai sejarah keluarga yang alergi terhadap sesuatu allergen perlu mengambil langkah berjaga-jaga. Alergi sememangnya boleh diwarisi dalam keluarga. Apabila tahu, maka anda akan lebih bersedia menghadapinya dan akan berhati-hati untuk memperkenalkan makanan tersebut apabila dia mencecah usia enam bulan. Bagi golongan yang berisiko, persiapkan diri untuk penyusuan susu ibu. Penyusuan susu ibu adalah usaha terbaik untuk menghindari masalah alahan pada si kecil.
MAKAN KUANTITI SEDERHANA
Sesetengah ibu mengambil makanan yang berkhasiat sehingga memudaratkan sehingga menyebabkan keracunan toksin. Sebagai contoh ikan salmon yang kaya dengan omega 3 dan vitamin A. Mustahak untuk memastikan sajian yang diambil tidak terlalu banyak.
Hal ini kerana ia boleh menyebabkan keracunan merkuri.
Begitu juga vitamin A, D, E dan K perlu diambil dalam kuantiti minimum. Hal ini kerana vitamin-vitamin tersebut adalah jenis yang berasaskan minyak dan akan disimpan oleh hati apabila terlalu banyak dan tidak diguna oleh tubuh seterusnya menyebabkan keracunan toksik. Hal ini juga secara tidak langsung akan mempengaruhi kualiti kesihatan bayi yang di kandung apabila lahir kelak.
JAUHI ASAP ROKOK DAN ELAK JADI PEROKOK SEKUNDER
Bagi ibu yang pernah merokok, suami atau ahli keluarga perokok atau pun selalu terdedah kepada asap rokok, hal ini akan menyebabkan bayi lahir kurang berat badan dengan paru-paru tidak matang.
Walau pun hal ini tidak berkaitan dengan alergi si manja, kajian menunjukkan bayi yang dilahirkan dalam keluarga yang mempunyai sejarah alergi dan terdedah kepada asap rokok akan mempunyai risiko besar untuk mendapat allergic rhinitis apabila dia mencecah usia setahun.
Para perokok yang merancang untuk hamil harus berhenti merokok sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum hamil. Nikotin yang ada dalam darah ibu boleh masuk ke dalam darah bayi menerusi plasenta dan ini boleh mengancam paru-paru dan meningkatkan risiko asma dan kematian bayi mengejut (sudden infant death syndrome).
MAKANAN KAYA PROTEIN
Pengambilan diet yang kaya protein amat disarankan. Protein yang tinggi akan membina imuniti badan. Hal ini kerana sel-sel antibodi terdiri daripada protein. Kemungkinan besar ini adalah cara yang boleh digunakan oleh para ibu untuk mengurangkan risiko alergi pada si kecil apabila lahir. Daging tanpa lemak dan ikan adalah contoh makanan yang boleh diambil oleh mama hamil untuk menguatkan antibodi bayi.
SUMBER VITAMIN
Bakal ibu juga perlu mendapat sumber vitamin secukupnya daripada sumber semula jadi. Ia lebih baik berbanding pil atau kapsul lebih segar dan lebih mudah diproses tubuh terutama sekali vitamin C yang menguatkan pertahanan tubuh daripada penyakit dan alahan.
Pengambilan vitamin pranatal oleh secara berterusan seperti yang diarahkan oleh doktor memberikan manfaat membina tubuh bayi yang sihat. Vitamin pranatal mengandungi pelbagai vitamin dan mineral yang diperlukan oleh ibu untuk perkembangan tubuh sendiri dan janin.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bila mengandung selama 9 bulan, isteri ke hulur ke hilir bawa perut, bawa anak dalam kandungan tak pernah merungut sebab mengandung walaupun bila berjalan dah nampak macam pinguin. Saiz badan berubah dari slim kepada kembang semangkuk.
Subhanallah..kuatnya isteri kamu berjaya menjalankan tanggungjawab.
Waktu nak bersalin, bayangkan rasa sakit tu macam mana.
Wahai suami, isteri bertarung nyawa di dewan bersalin kerana kamu..kerana kamu suami..kerana zuriat kamu.
Bayangkan kalau Allah ambil nyawa isteri kamu ketika bersalin, mampukah kamu menjalankan tanggungjawab dan kerja harian isteri?
Beribu-ribu urat isteri putus ketika bersalin, itu belum lagi rasa sakit kena jahit kat bahagian ttooottt, sakit urat dan lain-lain sakit selepas bersalin.
Bermacam-macam perkara berlalu ketika tempoh berpantang. Bila Allah nak uji dan duga pasangan suami isteri, ada yang bermain kayu tiga dalam tempoh berpantang si isteri, ada yang suka-suka cari masalah sendiri dan banyak kemungkinan perkara tak elok berlaku.
– sakit kene cucuk epidural
– sakit kene seluk dengan doktor 4/5 kali untuk rasa bukaan rahim
– sakit waktu contraction
– sakit waktu baby keluar kepala dari rahim
– sakit kene gunting / koyak di bahagian rahim
– sakit kene jahit di rahim
– sakit berjalan lepas di jahit
– sakit dan takut waktu nak buang air
– sakit waktu duduk, punggung mengembang waktu bersalin
– sakit apabila susu badan tak keluar, bengkak susu
– sakit bila puting susu masih keras, anak hisap pun boleh menangis
– dan banyak lagi sakit yang lain yang tak dapat dimention di sini.
Lagi sakit hati bila makcik-makcik mulut manis asyik cakap “ala kau ni, sakit sikit je pun tak tahan”. Jadi bertabahlah, pahala besar untuk semua ibu-ibu.
Rezeki buat rakyat negeri Pahang! Setiap kali Ramadan menjelang, mesti ramai penjawat awam tertanya-tanya, "Bonus raya ada ke tahun ni?". Alhamdulillah, kerajaan akhirnya mengumumkan...