Menerima rawatan sejak Ahad yang lalu, pelakon dan pengacara, Nadya Syahera kongsikan bahawa dirinya mengalami pendarahan teruk pada kehamilan kali ini.
Ketika mendapatkan rawatan di hospital, doktor ada memaklumkan kepada Nadya untuk bersedia menjalani prosedur bersalin pada bila-bila masa sahaja.
Namun, ibu kepada dua orang cahaya mata ini dapat menarik nafas lega kerana keadaan kandungannya kembali stabil dan tidak perlu bersalin awal.
“Empat hari berdebar risau semua cukup. But Alhamdulillah Allah sebaik-baik perancang.
“Emergency ke hospital disebabkan bleeding teruk hari Ahad, doctor cakap kemungkinan boleh bersalin awal sebab bleeding dan ada contraction. Kena ready anytime je.
“Tapi tetap berdoa untuk baby terus kuat stay sampai dia betul-betul matang baru lah lahir. Alhamdulillah Allah makbul doaku. Syukur,” kongsinya di Instagram.
Nadya turut memohon doa daripada semua untuk kesihatan dia dan anak dalam kandungan.
“Now baby 35 weeks, keadaan dia okay and takde simptom yang membahayakan. Kemungkinan False Labour lah haritu. Nervousss!
“Harini discaj dah and still kena monitor pergerakkan baby dekat rumah. InsyaAllah doakan baby and i baik-baik saja tau,” tulisnya lagi.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Ads
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tidak semua wanita bertuah mempunyai peluang untuk merasai kehamilan. Ada wanita yang menunggu berbelas tahun bahkan ada yang berpuluh tahun kehadiran cahaya mata. Tetapi ada wanita yang dikurniakan kesuburan hingga mudah mengandung. Malah ada yang setiap tahun.
Oleh kerana terlalu kerap hamil, ada ibu yang berasa malu dan seolah-olah tidak gembira dengan kehadiran bayi yang dikandung. Tahukah anda bahawa emosi ibu mengandung mempengaruhi tumbesaran bayi dalam rahim.
Jika wanita itu tidak bersedia untuk hamil, maka minggu-minggu awal kehamilannya itu mungkin akan menyebabkan dia menghadapi tekanan perasaan.
Sebaliknya, jika wanita itu memang ingin mengandung, dia akan merasa gembira dan mungkin tidak sabar untuk menunggu kehamilan dan kelahiran.
Rangsangan negatif yang diterima oleh anak pasti akan memberi kesan kepada emosi si anak itu kelak. Dia dapat merasakan kehadirannya seperti tidak dinanti oleh ibu dan ayah. Emosi ibu yang tidak suka dirinya hamil akan turut dirasakan oleh anak dalam perut.
Oleh itu rancanglah kehamilan anda. Jika belum bersedia untuk hamil dalam tempoh terdekat selepas kelahiran anak terdahulu, gunalah kaedah perancangan keluarga yang disarankan doktor.
Janganlah seksa emosi anak di dalam kandungan kerana ramai lagi wanita yang tidak berpeluang hamil menantikan saat menikmati gerakan comel dari dalam perut.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Usaha untuk memiliki zuriat sendiri bukanlah mudah. Ada pasangan yang terpaksa berusaha lebih untuk punya anak sendiri.
Salah satu punca susah hamil adalah stress yang dilalui sepanjang hari. Jadi bakal ibu perlu elakkan stress ini. Perkongsian Dr. Afida Sohana Awang Soh, Senior O&G Registrar dari Metro IVF ini anda kena tahu.
Bersempena bulan April sebagai bulan kesedaran dalam menangani stress, jom kita teroka hubungkait antara stress dan kesuburan..
Menurut kajian, stress saling berhubungkait dengan ketidaksuburan. Hubungkait ini merupakan kitaran dimana ketidaksuburan boleh menyebabkan stress, dan stress sendiri boleh menyebabkan wanita sukar untuk hamil.
Wanita yang mengalami ketidaksuburan atau sukar hamil akan dirundung perasaan bimbang, resah, suka bersendirian atau mengasingkan diri, dan ini boleh menyebabkan kemurungan (depresi).
Dianggarkan 1 dalam 8 pasangan (10-15%) menghadapi kesukaran untuk hamil. Secara lazimnya, wanita yang sukar hamil kebanyakannya tidak suka berkongsi isu tersebut dengan keluarga mahupun rakan. Ini menyebabkan mereka rasa terasing dan seterusnya meningkatkan kesan psikologi yang negatif, dan juga memberi efek kepada fisioloji tubuh mereka.
Dalam situasi lain pula, stress atau tekanan boleh menjejaskan ketidaksuburan wanita. Contohnya, stress boleh menyebabkan kitaran haid wanita menjadi tidak teratur, lambat atau cepat hadir serta perubahan tempoh kitaran haid. Ini menyukarkan wanita untuk menentukan waktu subur untuk bersama suami.
Stress juga boleh mengurangkan keinginan seksual, dan ini boleh memberi impak kepada keupayaan pasangan untuk menimang cahayamata.
Bagaimana stres menyebabkan wanita sukar hamil?
Gambarajah di atas menunjukkan struktur wanita semasa normal dimana otak merembeskan 2 jenis hormon FSH dan LH. Dua hormon ini bertanggungjawab untuk pertumbuhan dan pembebasan telur pada wanita.
Manakala hormon estrogen dan progesteron yang dirembeskan oleh ovari pula mengawal kitaran haid dan menyediakan endometrium (lapisan dalam rahim) untuk penerimaan embrio.
Stress, tekanan atau kebimbangan yang berterusan boleh mempengaruhi kawalan hormon yang berlaku di dalam otak. Ini kerana peningkatan kepekatan hormon stres yang dikenali sebagai kortisol boleh mengubah kekerapan pelepasan GnRH (FSH dan LH gonadotropin-releasing hormon) .
Rembesan nadi GnRH yang berkurangan boleh menyebabkan amenorhea (ketiadaan haid).Peningkatan kekerapan dan pendedahan berlebihan GnRH pula boleh membawa kepada ketiadaan pembebasan telur dari ovari. Ini bermakna tiada telur untuk disenyawakan dengan sperma,dan embrio tidak dapat dihasilkan.
Kortisol juga sangat penting dalam metabolisma dan sistem imun. Antara fungsi kortisol adalah mengawal keseimbangan garam dan air dalam tubuh, tekanan darah, melawan keradangan tubh dan lain-lain lagi.
Lelaki juga terkesan dengan stres
Lelaki turut mempunyai hormon FSH dan LH yang bertindak dengan mengawal rembesan testosteron dalam zakar lelaki. Testosteron adalah hormon yang menggalakkan penghasilan dan pengeluaran sperma.
Dalam keadaan sres dimana tahap kortisol yang tinggi terdapat dalam darah disebabkan ketakutan atau kerisauan yang berterusan, kepekatan hormon yang dikawal oleh otak berubah.
Ini meningkatkan tahap FSH dan LH dan mengurangkan pengeluaran testosteron dan pengeluaran sperma berkurang. Amalan tangani stresAmat penting stres ditangani dengan sebaik mungkin kerana boleh memudaratkan kesihatan sekiranya tidak dapat dikawal dengan baik.
Antara cadangan untuk menangani stres termasuklah:
1) Amalkan “work-life balance” atau keseimbangan antara kerja dengan kehidupan
2) Kenal pasti sistem sokongan. Ia boleh jadi pasangan, rakan atau pun ahli keluarga. Mereka adalah tempat untuk menyalurkan tekanan yang dialami. Selain daripada meluahkan masalah, kita dapat berkongsi pendapat serta belajar dari pengalaman orang lain
3) Meningkatkan ketahanan diri dengan mengamalkan cara hidup sihat seperti beriadah, makan makanan seimbang dan tidur secukupnya
4) Rancang masa untuk hobi yang digemari
Rawatan untuk wanita sukar hamil
1) Sekiranya pasangan telah berusaha untuk mendapatkan zuriat tetapi belum berjaya, rawatan In Vitro Fertilisation (IVF) atau bayi tabung uji adalah antara rawatan yang boleh pasangan lakukan dengan berjumpa Pakar Kesuburan. Saringan kesihatan untuk kesuburan akan dilakukan kepada kedua-dua pasangan untuk memberikan rawatan yang bersesuaian oleh pakar.
2) Selain IVF, pasangan juga boleh mencuba untuk rawatan Intrauterine Insemination (IUI) di mana kualiti sperma suami yang baik akan dimasukkan ke dalam rahim isteri yang dilakukan oleh Pakar Kesuburan. Pakar akan memberikan khidmat perundingan untuk mementukan kesesuaian pakar
3) Andai pasangan belum mencecah 35 tahun dan baru berkahwin kurang daripada setahun, berikan ruang untuk ikhtiar secara natural. Doktor juga dapat memantau dengan memberikan ubat-ubatan tertentu, tetapi tidak semua pasangan sesuai dengan ubat yang diberikan. Justeru, perlu berjumpa doktor dan dapatkan khidmat nasihat untuk isu kesihatan yang dihadapi.
Pengurusan stres yang baik bukan sahaja dapat membantu wanita tersebut mempunyai kesihatan yang baik tetapi juga memberi impak kepada sistem kekeluargaan serta hubungan dengan ahli keluarga dan rakan.
Jika masih tidak mampu untuk menganangi stres, berjumpa dengan pakar seperti kaunselor mahupun doktor pakar agar stress dapat dikawal selia dengan lebih baik.
Ramai netizen mengucapkan tahniah dengan rezeki yang dikurniakan kepada mereka sekeluarga dan kagum dengan Dato Red yang tak jemu untuk menambah bilangan cahayamata.
Hasil perkahwinan itu dia dikurniakan dua cahaya mata yang kini berusia 19 dan 14 tahun. Anak sulungnya juga sudah mendirikan rumah tangga pada Disember tahun lepas.
Kelebihan Anak Ramai
Tak ramai orang sekarang yang merancang untuk mempunyai ramai anak namun nampaknya Dato Red berbeza pula. Sebenarnya ada kelebihan orang yang mempunyai anak ramai.
Selain menambah lagi bilangan umat Nabi Muhammad s.a.w, ini antara kelebihan lain.