Kehamilan

Alami Pendarahan Teruk, 4 Hari Nadya Syahera Dalam Hospital. “Harap Baby Terus Sihat Sampai Betul-betul Kuat Untuk Dilahirkan”

Share

Menerima rawatan sejak Ahad yang lalu, pelakon dan pengacara, Nadya Syahera kongsikan bahawa dirinya mengalami pendarahan teruk pada kehamilan kali ini.

Ketika mendapatkan rawatan di hospital, doktor ada memaklumkan kepada Nadya untuk bersedia menjalani prosedur bersalin pada bila-bila masa sahaja.

Namun, ibu kepada dua orang cahaya mata ini dapat menarik nafas lega kerana keadaan kandungannya kembali stabil dan tidak perlu bersalin awal.

“Empat hari berdebar risau semua cukup. But Alhamdulillah Allah sebaik-baik perancang.

“Emergency ke hospital disebabkan bleeding teruk hari Ahad, doctor cakap kemungkinan boleh bersalin awal sebab bleeding dan ada contraction. Kena ready anytime je.

“Tapi tetap berdoa untuk baby terus kuat stay sampai dia betul-betul matang baru lah lahir. Alhamdulillah Allah makbul doaku. Syukur,” kongsinya di Instagram.

Nadya turut memohon doa daripada semua untuk kesihatan dia dan anak dalam kandungan.

“Now baby 35 weeks, keadaan dia okay and takde simptom yang membahayakan. Kemungkinan False Labour lah haritu. Nervousss!

“Harini discaj dah and still kena monitor pergerakkan baby dekat rumah. InsyaAllah doakan baby and i baik-baik saja tau,” tulisnya lagi.

 

Di ruangan komen pula, rata-rata netizen dan rakan selebriti menzahirkan rasa risau selain turut menasihati Nadya agar lebih berhati-hati selepas ini.

Untuk rekod, Nadya mendirikan rumah tangga bersama Hafizul Nawi pada 25 September 2015.

Pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata, Aleena Rose, 4 dan Mohamad Dayyan, 3.

Sumber: Instagram Nadya Syahera

Nak tahu rahsia sediakan hidangan enak yang buat anak berselera makan? Jom, sertai E-Workshop Kelas Penyediaan Makanan Anak: Sedap, Sihat & Selamat di: https://toko.ideaktiv.com/product/e-workshop-kelas-penyediaan-makanan-anak-sedap-sihat-selamat/

Daftar segera sebagai peserta webinar keibubapaan ini!
https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat  

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Published by
SAHR