
Empat sekeluarga termasuk dua kanak-kanak berdepan pengalaman mengerikan ketika menjamu selera di sebuah restoran di Alam Mesra, di sini, apabila dapur gas mudah alih bagi memasak ‘steamboat’ tiba-tiba meletup, malam tadi.
Dalam kejadian jam 9 malam, kedua-dua kanak-kanak terbabit dilaporkan terpaksa dihantar ke hospital oleh orang awam untuk mendapatkan rawatan segera.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9.06 malam.
Katanya, sepasukan 13 anggota dan pegawai bersama jentera dan van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (ERMS) dikerah ke lokasi kejadian.
“Sebaik tiba di lokasi kejadian, mangsa wanita dilaporkan cedera di bahagian tangan manakala mangsa lelaki pula melecur di tangan dan luka di kaki.
“Kedua-dua mangsa terus diberikan rawatan awal sebelum dihantar ke hospital menggunakan ambulans,”
Kata lagi, pasukan operasi kemudiannya melakukan pemeriksaan lanjut bagi memastikan tiada lagi bahaya lain di lokasi dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 9.40 malam.
Kredit: Berita harian
Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Ayuh, belajar cara didik anak untuk menyimpan sejak mereka kecil. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-simpan-duit/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ibu Ayah Zaman Digital Pastikan Anda Follow 20 Doktor Perubatan Ini Di Facebook!

Ibu ayah zaman digital sekarang suka dapatkan info dari media sosial. Pastikan anda follow senarai 20 doktor perubatan di facebook mereka untuk mendapatkan maklumat mengenai kesihatan dan perubatan yang sahih.
Hari ini sebaran maklumat mudah diperoleh di media sosial. Untuk memastikan maklumat mengenai penjagaan kesihatan dan perubatan adalah dari sumber yang betul maka penting untuk kita dapatkan daripada doktor-doktor dan pakar perubatan yang bertauliah.
Ini antara 20 orang doktor perubatan yang anda kena follow seperti dikongsi oleh Dr Mohd Fadhli Mohd Fauzi di facebook beliau.
20 DOKTOR NICHE MEDIKAL YANG ANDA KENA FOLLOW
Dengan lambakan auta kesihatan dan mitos yang disebarkan oleh segelintir pihak yang mengaut keuntungan melalui jualan produk penipu, dan juga penyebaran dakyah anti-perubatan moden oleh penunggang dan pemfitnah, maka di sini saya sarankan anda follow 20 orang doktor perubatan / pergigian ini laju-laju.
Follow terus sekarang tau!
- Mohd Fadhli Mohd Fauzi
Dia sedang sambung belajar dalam bidang kesihatan awam. Menulis di FB dalam niche hartanah dan medikal. Sekali follow, dapat belajar dua-dua niche terus. Rugi tak follow hehe.
- Dr Hana Hadzrami
Seorang pakar bius yang sering menulis berkaitan dengan kisah benar di dewan bedah dan ICU serta produk penipu. Bahasanya mudah difahami, tiada jargon dan padat dengan pengajaran. Konfem kena follow.
- Prof Dr Imelda Balchin
Pakar O&G dan juga pernah berkecimpung dalam bidang kesihatan awam. Penulisannya penuh fakta dan disertakan bukti kajian. Suka cendol dan ramai spy dalam kalangan pembaca. Jangan main-main dengan dia ya.
- Dr Rafidah Abdullah
Pakar buah pinggang. Lantang dalam menulis bab produk penipu yang memberi kesan buruk kepada pesakit-pesakit buah pinggang. Kena follow supaya tak kena tipu dengan penipu berkot putih.
- Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan
Popular! Banyak niche dalam FB beliau. Medikal, kehidupan, seram, pandangan isu semasa dan sebagainya.
- Dr Ahmad Zakimi Abdullah
Sedang menuju menjadi pakar kecemasan. Banyak menulis tentang kisah medikal kecemasan dan produk penipu. Niche lain adalah tentang gitar.
- Dr Ahmad Firdaus
Founder Medical Mythbusters Malaysia. FB ada kisah medikal, satira, masak-masak, jalan-jalan, hartanah dan sebagainya.
- Dr Sakinah Sulong
Pakar perubatan keluarga. Hands on tengok pesakit-pesakit di klinik. Banyak menulis tentang kesihatan melalui ilmu yang beliau ada.
- Dr Rusyainie Ramli
Doktor askar. Hehe. Lantang menulis. Produk penipu memang selalu la kena taji dengan beliau. Penulisan beliau pun selalu viral. Tak rugi follow.
- Dr Amirul Amzar
Sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang kepakaran perubatan keluarga. Pernah keluar radio. Penulisan penuh info dan fakta. Selalu juga kena kutuk dengan founder produk tertentu. Namun demi maslahah masyarakat, beliau berani menulis dan berdebat melalui penulisan yang berfakta.
- Dr Nurilyani Bujang
Doktor bahagian bius, pernah menulis tentang ubat-ubatan berkaitan bius yang ada asalnya adalah ekstrak tumbuhan. Menarik untuk dibaca.
- Dr Erna Nadia
Ratu jamu! Haha. Selalu tulis info kesihatan pelbagai cabang. Lantang menjatuhkan produk penipu yang membahayakan masyarakat.
- Dr Suhazeli Abdullah
Beliau dah masuk pangkat ayahanda la kalau dibandingkan dengan saya. Seorang doktor pakar perubatan keluarga di klinik kesihatan. Sering menulis dan menjawab isu-isu berkaitan perubatan dan kesihatan termasuklah isu yang menggunakan agama untuk jual produk atay menyebarkan dakyah. Kena follow.
- Dr Azlindarita Aisyah Mohd Abdullah
Seorang doktor mata, dan rajin buat video bagi menyampaikan info kesihatan berkaitan mata. Boleh skrol FB beliau sekarang.
- Dr Afiq Rahim
Sedang melanjutkan pelajaran bidang kesihatan awam. Rajin menulis info perubatan berpandukan kajian2 yang diterbitkan dalam jurnal. Kalau anda ingat, DAR adalah individu yang terkenal semasa isu banjir besar di Kelantan.
- Dr Khairul Hafidz Alkhair
Kalau anda ada twitter, cari profil beliau. Sangat popular di twitter. Beliau adalah founder Medtweetmy.
- Dr Iqbal Rosali
Doktor gigi! Jom tengok wall fb dia. Penuh info kesihatan gigi. Say cheese!
- Dr Abdul Rahman Abdul Kadir
Lantang! Pembela doktor2 dan staf kesihatan yang diperkotak-katikkan dalam media sosial. Seorang doktor pakar kecemasan.
- Dr Mahyuddin Mohamed
Doktor pakar ortopedik. Sering keluar TV berkongsi ilmu kesihatan dan perubatan berkaitan ortopedik.
- Datuk Dr Noor Hisham Abdullah
Wajib follow! Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia yang sering kemaskini isu terkini berkaitan perubatan dan kesihatan di wall FB beliau. Tak guna follow anak-anak buah kalau anda tak follow individu yang paling utama dalam bidang kesihatan di Malaysia. Cepat follow.
Ok dari 12 dah dikemaskini kepada 20 orang doktor. Yang tak berkesempatan dimasukkan dalam senarai, anda pun penting juga tau. Ada masa nanti saya tambah lagi. Anda boleh cadangkan dalam ruangan komen juga.
Follow mereka tau! Jom sama-sama jadi celik info kesihatan melalui doktor kesihatan bertauliah anda. Ajak kenalan anda untuk follow bersama.
Share senarai ini laju-laju! Ayuh!
Sumber: Mohd Fadhli Mohd Fauzi
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Akan Jaga Bunga & Noah Sebaik Mungkin” Janji Aishah Sinclair Pada Arwah Abangnya

Menyifatkan arwah sebagai abang yang sentiasa melindungi adik, Aishah mengimbau kenangan zaman kanak-kanak ketika membesar bersama Ashraf.
‘Abang sekarang adalah mailakat yang menjaga saya.
’Itu kata-kata dikongsi pengacara dan penyampai radio, Aishah Sinclair mengenang abangnya, Allahyarham Ashraf yang menghembuskan nafas terakhir di Jakarta, Selasa lalu.
“Ketika membesar, abang adalah suara saya. Abang menjadi pelindung dan pada masa sama memarahi saya jika keadaan menjadi tidak terkawal kerana ketika kecil saya memang nakal.
“Apabila sudah dewasa, abanglah yang saya rujuk setiap kali mahu membuat keputusan penting termasuk dalam karier mahu pun fesyen.
“Abang sentiasa ada masa untuk saya, biar sesibuk mana pun,” luahnya dalam entri penuh emosi dimuat naik di Instagram (IG), malam tadi.
Entri memaparkan foto arwah dan Aishah ketika kanak-kanak, duduk di tepi kolam renang, mengimbau nostalgia dan menunjukkan keakraban dua beradik ini.
“Kita tidak dapat menghabiskan perbualan terakhir. Saya tidak boleh peluk atau bergurau-senda lagi dengan abang.
“Namun, saya rasa sangat diberkati kerana dikurniakan abang dalam hidup ini, biarpun singkat,” katanya dalam entri kedua yang dimuat naik di IG sejak Ashraf meninggal dunia.
Aishah berharap dapat mencontohi kebijaksanaan, ilmu dan kasih-sayang dikongsi arwah, selain meneruskan legasinya dengan pemergian Ashraf ke negeri abadi.
“Abang menghadiahkan saya kakak ipar dan anak saudara yang menakjubkan. Saya akan jaga mereka sebaik mungkin seperti apa yang abang buat kepada saya,” katanya.
Aishah mengakhiri entri dengan melafazkan kata-kata berikut:
“Seluruh hidup abang adalah penjaga saya, sekarang abang adalah mailakat yang mengawasi saya.
Sumber: BH, Aishah Sinclair
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kisah Hamil Dan Bersalin Dengan Madu Satu Dalam Seribu. Kami Ibarat Adik Beradik!

Apabila bercakap tentang poligami atau hidup bermadu, perkara pertama yang terlintas difikiran kita pastinya tak sanggup. Tanyalah mana-mana wanita pun pasti akan menolaknya atas sebab tidak ingin berkongsi kasih suami dengan wanita lain.
Tapi apa daya kita jika itu dah ketentuan dari-Nya. Cuma suami haruslah berlaku adil dan pandai mengendalikan situasi ini tanpa berat sebelah agar kedua-dua hati wanita yang dimadukannya tidak terluka.
Biasanya jika poligami banyak kisah yang kita dengar akan berlaku perasaan cemburu dan tak puas hati antara isteri pertama dan madunya. Bagaimanapun berlainan dalam situasi ini apabila hubungan antara isteri pertama dan madunya begitu akrab sekali ibarat seperti adik beradik dan mereka juga tinggal berdekatan antara satu sama lain.
Inilah yang dikatakan takdir Allah melebihi segala-galanya.
Perkongsian dari Puan Nor Ilda Amiza Ismail ini sangat menarik dan sungguh inspirasi kerana dia dan adik madunya mengandung sekali dan bersalin pun pada tarikh yang sama.
Kedua-dua anak lelaki yag dilahirkan pada tarikh yang sama cuma masa sahaja berbeza kini menjadi kembar yang sangat akrab.
Pelik Tapi Benar
Buat check up bersama
Suami teman kedua-dua isteri dalam labour room
Doktor & Jururawat Confused
Sumber: Nor Ilda Amiza Ismail
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI