Trend ibu bapa sekarang merakam momen bayi untuk dijadikan kenangan dan kebanyakannya menganggap gambar inilah yang akan dilihat apabila anak-anak besar.
Baru-baru ini, anak penerbit Datuk Ziela Jalil, Dr Puteri Julia Nabilah berkongsi beberapa keping foto ketika sesi fotografi bersama anak sulungnya, Tun Alayna Zeeya.
Gambar-gambar menarik sepanjang sesi penggambaran itu dikongsikan oleh Julia menerusi akaun Instagram (IG) miliknya.
Bertemakan Snow White, The Barbie Edition, Woodling Creature Series sesi fotografi itu mendapat khidmat jurufoto terkenal Camora Arts Official.
“After multiple attempts at fighting, at last tewas juga. Kesian anak mama,” tulis Julia.
Perkongsian itu mendapat pujian daripada pengikut yang rata-ratanya menyifatkan Alayna kelihatan comel beraksi di depan kamera.
Malah ada segelintir netizen mengatakan Alayna seakan patung.
Terdahulu, Dr Puteri Julia Nabilah telah berkahwin dengan Dr Dziya Faqhran Mahmod Fauzi pada 1 Julai 2018.
Pasangan ini menerima cahaya mata sulung pada 14 Jun lalu.
View this post on InstagramA post shared by zielajalil (@zielajalil) on
Dalam posting instagram Ziela Jalil, dia sangat bersyukur kehadiran Alayna ini. Alayna ibarat penyeri dalam keluarganya
Syukur diatas kurniaanmu ini Yaa Rabb, penyejuk hatiku, penawar kehidupan ini, semoga membawa cahaya kegembiraan pada semua hamba Allah yang memandang dan dekat dengannya, berjayalah cucuku ini dengan ilmu dunia dan akhirat dan berjasa kepada agama, bangsa dan negara, Aamiin Yaa Allah Yaa Mujib
Sumber: ig Ziela Jalil, Dr Puteri Julia Nabilah & Gempak
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ibu Anak Cerewet Makan Ini Kongsi Cara Terbaik Elak Anak Picky Eater Adalah Perkenal Bubur Nasi Dari Awal!
Ramai ibu jadi stres bila anak jenis cerewet makan. Kebanyakan ibu akan perkenalkan anak dengan puri buah-buahan ketika pertama kali anak makan makanan pejal. Betul kan?
Sebenarnya jururawat di Klinik Kesihatan menyarankan bayi diperkenalkan dengan bubur nasi kosong sebelum mencuba makanan lain.
Tetapi ramai ibu yang memilih untuk memperkenalkan puri buah-buahan pada bayi mereka. Puan Amyra Abas berkongsi antara punca anak pertamanya cerewet makan disebabkan dia memperkenalkan buah dan susu berperisa sejak hari pertama makan.
Puree buah, Nestum VS Bubur Nasi
Hi semua. Sy rasa terpanggil untuk kongsi sedikit info pasal makanan pertama anak 6 bulan. Disini sy tekankan, sy cuma berkongsi pengalaman membesarkan anak picky eater. Harap tiada misunderstanding, miscommunications, misjudging, miscal, misyou ehhh tiberrrrr.
Arjuna my 1st son is a picky eater. Super picky eater. Sejenis yang tak manis tak mau makan. Langsung tak cuit. Suka instant food dan processed food. Sampai tahap saya terpaksa buat rice balls hari hari utk arjuna makan nasik until now.
Semua bermula dgn pemberian buah dan susu berperisa dari hari pertama. Bila bukak blog, tanya ibu ibu lain semua sudah pasti mereka akan cakap fruit fruit fruit. Puree buah. Buah lenyek. Kononnya wajib beri makanan semi solid sebab pencernaan anak belum matang. Like seriously?! Read more on this ya. Please. Namun bila kita tanya nurse, tanya doktor, pakar pemakanan, they will say BUBUR NASI. Wanna know why? Here we go.
Kenapa Sebaiknya Perkenalkan Bubur Nasi Dulu?
Buah memang mempunyai gula natural utk memberikan rasa manis asli dlm pemakanan. Selalu org kata manis manis buah kan? Kita kira itu manisan standard. Ya bagi kita, namun bukan bagi bayi. Taste buds bayi sangat power, sepower super power tongkat ali kacip petimah. Eh?
Taste buds anak selama 6 bulan pertama hanya mengenal susu. Samada susu ibu atau susu formula yang juga dah sedia ada manis. Jadi untuk keselamatan, elakkan memberi makanan yang ada rasa manis seperti buah buahan.
Bayangkan berdouble manis anak kalian dapat. Buat lah BUBUR KOSONG BLEND TAPIS dan beri lah anak mengenal rasa dengan sesudu dua benda tawar dan tak sedap ni. Sesudu dua ok. Bukan sepinggan.
Perlu ditekankan, 6 bulan ini adalah fasa pengenalan makanan. Tak perlu beri banyak macam mak nye makan 3-4 pinggan. Beri sesudu dua, besok naik 3 sudu, lusa naik 4 sudu, tulat 4-5 sudu.
Muntah/muak bila disuap bubur kosong atau makanan lain itu adalah NORMAL ye mommies. Dont expect them to be us, macam kita kenal dgn suami, terus bercinta keeeeee? Mestilah tidakkk you allsssss. Kenal kenal rapat rapat sendat sendat mampat mampat dulu kan? Haaa gitu jugak lah anak kita. Nak kenal makanan bukan sehari dua boleh adapt.
Perlu diingatkan juga pentingnya tentang 4 DAYS RULE (4DR) utk mengenal pasti sebarang perubahan pada anak. Monitor wet diapers nya. Sembelit atau cirit kah? Monitor skin conditions nya. Normal atau naik ruam kah? Kalau lepas makan anak tetiba jd perdana menteri tu nanti PM tepi lah kongsi info anak makan apa.
Makanan Ruji Kurangkan Masalah Cerewet
Kakak ipar sy org Finland, dia bekerja sebagai physiotherapist kanak kanak. Dia cakap di Finland tekankan makanan ruji utk anak. Bukan buah.
Makanan ruji mereka macam pasta. Roti. Gandum. Quinoa. Oats. Kita ni yang tak berapa nak mat saleh tu, beri bubur nasik kosong sebagai permulaan dah lerrrr. Janji bubur nasi kosong blend tapis. Insyaallah peratusan ke arah picky eater tu akan berkurangan. Insyaallah ye. Bukan pasti!
Contoh cara pemakanan :
Bubur kosong 4dr pass
Puree sayur 4dr pass
Puree buah 4dr pass
Back to basic :
Bubur kosong 2-3 hari
Puree sayur lain 4dr pass
Puree buah lain 4dr pass
Dan seterusss nyaaaa.
Perlu diingatkan, setiap kali anak dah makan sedap campur campur, back to basic utk sehari dua je, berilah bubur kosong untuk stabilize taste buds anak. So then pemakanan anak akan balanced. Manis boleh telan. Tawar boleh telan. Pahit boleh telan. Payau boleh telan. Dan bila saja anak cirit atau muntah, berbaliklah kepada bubur nasik kosong. Its helps a lot. Trust me.
Tolong Elak Perkenal Macam-Macam Makanan
Lagi satu, anak baru 6 bulan you allss, cuba elakkan makan campur campur untuk mengelakkan kita susah nak detect sebarang masalah pada anak (andai ada)
Lebih baik perkenalkan satu makanan dahulu. Bila dah 7 bulan boleh combine 2 makanan yg anak pass. 8 bulan boleh combine 3 makanan yang anak pass and so on. Jadi mak kene banyak sabar. Your child have his whole life to eat whatever he want, as for now, do our best to monitor his food intake as strict as we can.
Apa saja makanan yang bakal disuap ke mulut anak adalah pilihan kalian. Sy cuma berkongsi pengalaman agar kalian mampu mengelakkan anak kalian dari menjadi super picky mcm arjuna. Atleast you dont have to put so much effort to tackle his taste buds back in track. Sangat menyusahkan. Serious talk.
Disini sy nak highlights REAL FOOD LIKE FRUITS IS WAY MUCH BETTER THAN NESTUM, CERELEC, INSTANT BABY BISCUITS AND SO ON. THIS IS A PROCESSED TRASH. I WONT CALL THIS AS A FOOD. I WONT!
Please please please jangan sesekali suap anak dgn bahan bahan di atas. MAKANAN DI ATAS PEMBUNUH SELERA ANAK ANAK KITA. Trust me, you will thanked me one day for reminding.
Hugs.
MAK ANAK PICKY MICKEY
Amyra Abas
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Mama Papa Jangan Salahkan Baby Tak Mahu Dibedung. Rugi Kalau Tak Buat Sebab Banyak Kelebihannya!
Bedung bayi berikan banyak manfaat, jadi mama dan papa jangan abaikan bab membedung dengan alasan ‘anak saya tidak suka dibedung’ atau ‘dia lebih suka bebas macam ni’. Mulakan membedung daripada awal, seawal baru lahir. Lebih awal, lebih baik.
Selepas lahir, bayi melalui perubahan suasana dari alam rahim ke dalam dakapan mama dan papa. Bantunya menempuh hari-hari pertamanya dengan cara membedungnya menggunakan kain.
Tindakan membedung bayi akan membantu bayi untuk menempuh hari-hari pertamanya. Ia diibaratkan seperti seni membalut bayi dengan menggunakan kain yang akan memberikan si kecil pelbagai faedah kesihatan dan sokongan kepada emosinya.
7 MANFAAT MEMBEDUNG BAYI
Antara manfaat membedung bayi ialah seperti berikut;
1.Rasa selamat kepada bayi.
2.Bayi kecil sering kali menghadapi masalah ‘terkejut’ atau startle reflex. Membedung mengelakkan ia daripada terjadi (sehingga bayi pandai meniarap).
3.Bayi baru lahir seringkali kesejukan. Membedung memberikan kehangatan sehingga kawalan suhu tubuhnya mula berfungsi.
4.Menjadikan bayi lebih tenang dan kurang refleks Moro iaitu tindakbalas bayi apabila kehilangan dinding rahim sesudah kelahiran. Ia menyebabkan bayi kecil mereka terkejut atau tersentak dan mula menangis.
5.Bayi akan tidur lebih lena.
6.Mengurangkan risiko kematian bayi atau Sudden Death Infant Syndrome (SIDS). Elakkan meletakkan bayi yang dibedung dalam posisi tidur meniarap.
7.Amat disarankan untuk bayi yang menghadapi masalah neurologi atau kolik.
DO’S & DON’TS DALAM MEMBEDUNG BAYI
Walau pun membedung bayi memberikan banyak faedah, tapi anda harus ingat, membedung ada do’s & dont’s.
- Pastikan bayi tidak dibedung dalam tempoh yang terlalu lama. Mungkin boleh dibedung untuk tidur dan menyusu. Kaki dan paha bayi perlu bergerak untuk perkembangannya.
- Pastikan anda tidak membedung dengan terlalu ketat kerana ia boleh menyebabkan masalah pada sendi paha dan pinggulnya yang masih lembut. Jangan bedung sehingga kakinya menjadi lurus dan ketat!
- Cara bedung perlulah betul. Jangan meletakkan apa-apa kain pada bahagian muka.
- Gunakan kain bedung yang tipis yang sesuai dengan suhu sekeliling supaya bayi tidak kepanasan.
- Tidak membedung ketika menyusu membantu bayi untuk melekap dengan lebih baik di mana bayi bebas menyentuh kulit (sentuhan kulit ke kulit).
- Hentikan membedung apabila bayi sudah mula meniarap. Semakin membesar, bayi akan lebih banyak bergerak semasa tidur.
- Bayi yang dibedung akan tidur nyenyak. Jadi, mama perlu kejutkan mereka untuk menyusu supaya mereka tidak terlepas untuk sesi penyusuan.
- Pastikan bayi yang dibedung tidur dalam keadaan berbaring, bukan meniarap atau mengiring.
- Buka bedung sekiranya nampak bayi panas berpeluh dengan pipinya kemerah-merahan.
- Sesetengah bayi suka bahagian tangannya bebas bergerak. Boleh ikuti cara bedung yang biasa tapi pastikan kain bedung tidak meliputi tangan dan bahu dan berada dibawah bahagian ketiaknya.
Anda boleh belajar mengikuti langkah membedung bayi berpandukan video ini.
2 MINIT BERSAMA PA&MA: CARA BEDUNG BAYI
#2minitpama #carabedungbaby Mama dan papa, jom belajar bedung baby dengan cara yang betul. Ia seharusnya tidak terlalu ketat mahu pun terlalu longgar. Bedung boleh membuatkan bayi tenang dan fokus. Berbedung juga menghindari bayi daripada reflek Moro (gerakan kaki dan tangan luar kawalan serta menangis). Jangan lupa share. Tag pasangan dan rakan-rakan.
Posted by Pa&Ma on Friday, January 5, 2018
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kesian Tengok Ibu Terkial-Kial Bila Bayi Menangis Nak Menyusu Di Tempat Awam. Ikut Pesanan Jururawat Ini
Kesian tengok ada ibu yang terkial-kial bila bayi menangis nak menyusu di tempat awam. Ibu jadi serba salah untuk menyusukan anak di khalayak ramai tetapi kehendak bayi yang tak faham apa-apa lagi mesti dipenuhi.
Bila dah jadi ibu menyusu anak kenalah pandai ‘cover line’ bila si kecil menangis nak menyusu di tempat awam.
Itu dilema sesetengah ibu menyusu yang mungkin tak biasa menyusukan bayi di tempat awam. Bagi yang biasa sudah tentu tahu apa patut dibuat dan persediaan sudah dilakukan.
Puan Bel Nawhen selaku Jururawat Terlatih berpengalaman berkongsi tips dan panduan kepada ibu-ibu menyusu dan peranan yang patut dilakukan oleh masyarakat sekeliling juga.
1) MENYUSUKAN DI TEMPAT AWAM
Punya anak menyusu badan kebiasaannya memerlukan kita untuk bersedia bila-bila masa untuk menyusukan anak.
Tidak ada timing tertentu bila kala anak mahu menyusu dan seringkali bila ‘alarm’ dari si anak berbunyi, memang tak boleh dinanti-nanti.
Tetapi, apabila menyusukan ditempat awam, ia amat berbeza dengan menyusukan anak di rumah.
Sebab di rumah, kita biasa selak sahaja baju dan beri bila perlu tetapi di tempat awam, kita perlu menjaga tertib, tidak boleh main selak sahaja ataupun membiarkan anggota terlindung dari kelihatan.
Maka, sedikit sebanyak kita perlu praktis cara menyusukan anak di tempat awam dahulu bersama anak di rumah (seperti mengajar anak untuk dicover menggunakan shawl/pasmina) kemudian barulah anak boleh terima perubahan sedikit demi sedikit. Iyalah, dia dah selesa menyusu dengan cara dia di rumah, ditempat awam pula sebaliknya.
Antara cara lain yang boleh kita lakukan untuk menjayakan penyusuan tidak kira secara terus atau melalui botol (susu perahan) adalah dengan:
• Cuba cari bilik penyusuan atau tumpang surau di tempat yang kita kunjungi untuk tujuan menyusukan anak anda.
• Cuba pula cari tempat-tempat terselindung (jika tidak disediakan bilik penyusuan), atau tumpang sudut di dalam kedai makan bagi tujuan menyusu bayi anda.
• Bersedia dengan memakai tudung labuh menutup dada agar boleh menjadi pelindung kepada si anak dan payudara terlibat.
• Boleh pakai baju penyusuan yang ada dijual yang hanya perlu diselak atau ada bukaan bahagian payudara tanpa perlu mengangkat keseluruhan baju.
• Pakai pakaian berzip dihadapan dan bra yang dikhaskan untuk menyusu agar boleh mendedahkan hanya bahagian areolar untuk tujuan hisapan si anak. Di sini kita boleh meminimalkan pendedahan bahagian lain tubuh.
• Bagi yang tidak bertudung, boleh bawa shawl, nursing cover atau pasmina untuk tujuan menutup tubuh dan bayi semasa menyusu. Boleh juga guna kain lampin si anak untuk tujuan cover.
• Boleh juga sediakan satu dua botol susu perahan yang cukup untuk aktiviti di luar jika boleh membantu.
• Jika keadaan mendesak dan si anak kelihatan menganggu perhatian orang sekeliling, jadikan suami anda sebagai benteng atau pelindung anda saat menyusukan bayi.
2) TANGGUNGJAWAB MASYARAKAT
• Tundukkan pandangan. Jangan ingat ibu suka-suka nak menunjuk payudaranya untuk menyusukan bayi. Itu bukan hal jelik yang perlu anda hairankan.
• Beri ruang. Seeloknya jika anda melihat si ibu sedikit kekok dan si anak pula mula meragam dan tempat anda duduk merupakan tempat ideal untuk si ibu menyusukan anak, berilah ruang anda itu kepada si ibu dan beralihlah kedudukan anda dan berhadapan dengan si ibu kepada membelakanginya. Hormati hak si anak dan si ibu.
• Jika anda tahu lokasi sesuai untuk si ibu menyusukan anaknya, sila tunjukkan jalan kepadanya.
• Jangan curi pandang. Ibu pun ada rasa malu dan serba salah antara kehendak si anak dan rasa malunya di khalayak walaupun telah sempurna ditutup payudaranya.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI