Trend ibu bapa sekarang merakam momen bayi untuk dijadikan kenangan dan kebanyakannya menganggap gambar inilah yang akan dilihat apabila anak-anak besar.
Baru-baru ini, anak penerbit Datuk Ziela Jalil, Dr Puteri Julia Nabilah berkongsi beberapa keping foto ketika sesi fotografi bersama anak sulungnya, Tun Alayna Zeeya.
Bertemakan Snow White, The Barbie Edition, Woodling Creature Series sesi fotografi itu mendapat khidmat jurufoto terkenal Camora Arts Official.
“After multiple attempts at fighting, at last tewas juga. Kesian anak mama,” tulis Julia.
Perkongsian itu mendapat pujian daripada pengikut yang rata-ratanya menyifatkan Alayna kelihatan comel beraksi di depan kamera.
Malah ada segelintir netizen mengatakan Alayna seakan patung.
Terdahulu, Dr Puteri Julia Nabilah telah berkahwin dengan Dr Dziya Faqhran Mahmod Fauzi pada 1 Julai 2018.
Pasangan ini menerima cahaya mata sulung pada 14 Jun lalu.
Dalam posting instagram Ziela Jalil, dia sangat bersyukur kehadiran Alayna ini. Alayna ibarat penyeri dalam keluarganya
Syukur diatas kurniaanmu ini Yaa Rabb, penyejuk hatiku, penawar kehidupan ini, semoga membawa cahaya kegembiraan pada semua hamba Allah yang memandang dan dekat dengannya, berjayalah cucuku ini dengan ilmu dunia dan akhirat dan berjasa kepada agama, bangsa dan negara, Aamiin Yaa Allah Yaa Mujib
Sumber: ig Ziela Jalil, Dr Puteri Julia Nabilah & Gempak