Sekian lama warganet mengikuti kes wanita yang dipukul suami sehingga koma dan terlantar, Jahidah Nordin, 44, dan hari ini Mahamah Rendah Syariah di Seremban telah meluluskan permohonan tuntutan fasakh yang dikemukakan pada bulan Februari yang lalu.
Memetik laporan di portal Sinar Harian, Hakim, Hamizan Mohd Nor membuat keputusan itu secara tertutup selepas mepertimbangkan keterangan bertulis yang dibuat oleh adik Jahidah iaitu Fauziah, 41.
Sumber foto: Sinar Harian
Sebelum itu, peguam Jabatan Bantuan Guaman Negeri Sembilan, Mohd Amirul Adam Ahmad menyerahkan kenyataan bertulis tujuh muka surat yang mengandungi 31 soalan kepada Hamizan.
Menurut Fauziah, keputusan itu sememangnya dinanti-nanti oleh keluarga memandangkan keadaan Jahidah yang sudah menderita hampir dua tahun.
“Alhamdulillah saya tak sangka mahkamah membuat keputusan hari ini, saya gembira sangat.
“Saya rasa terlepas sikit beban yang dipikul selama ini kerana selagi tiada kata putus berkenaan tuntutan fasakh ini, saya sentiasa rasa dihantui,”katanya.
Menurutnya, keluarga sememangnya sudah menerima keadaan Jahidah tetapi hanya mengharapkan pembelaan sewajarnya buat wanita itu.
Ads
Ditanya pandangan berkenaan isu keganasan rumah tangga, Fauziah berkata, seorang suami sepatutnya menjadi penjaga dan pelindung isteri.
“Tak sepatutnya sehingga dipukul seperti mana yang berlaku kepada kak Jahidah. Ini pun kita tak tahu dia boleh sembuh macam dulu lagi ke tak.
“Wanita yang jadi mangsa keganasan suami juga perlu berani ambil langkah buat laporan, jangan diam saja,” katanya.
Sementara itu, Mohd Amirul Adam berkata, sebelum ini pihak defendan telah dikehendaki hadir ke mahkamah namun tidak memberi kerjasama walaupun notis saman melalui iklan telah disiarkan di surat khabar pada 24 Februari lalu.
Sumber foto: Sinar Harian – Mohd Amirul (dua dari kiri) menunjukkan dokumen kepada media sambil diperhatikan Fauziah pada Selasa.
Bagaimanapun katanya, mahkamah berpuas hati dengan keterangan secara bertulis oleh pihak penjaga (ad litem) iaitu Fauziah dan dokumen-dokumen yang dikemukakan pada prosiding pada Selasa.
“Tuntutan fasakh mula dibuat pada 1 Februari lalu. Sepatutnya permohonan perlu dibuat Jahidah sendiri tetapi disebabkan keadaannya yang terlantar, jadi kita perlu buat permohonan penjagaan ad litem di Mahkamah Tinggi Syariah dan permohonan pengurusan harta di Mahkamah Tinggi Malaya.
“Berdasarkan penilaian dibuat, mahkamah berpuas hati dengan kedua-dua keputusan dua Mahkamah Tinggi itu dan pada hari ini (Selasa) memutuskan pernikahan Jahidah dengan Rosmaini difasakhkan bermula hari ini,” katanya.
Ads
Sumber foto: Sinar Harian – Mohd Amirul menunjukkan dokumen yang akan diserahkan di mahkamah pada Selasa.
Sebelum ini media melaporkan, dalam kejadian pada 4 Mei lalu, Jahidah yang menetap di Johor Bahru koma kerana kecederaan parah pada kepala dengan tengkorak terpaksa dibuang akibat pendarahan selain rahang, tulang belakang serta rusuk retak dipukul suaminya yang berusia 38 tahun.
Jahidah pada mulanya dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru dan kemudian dipindahkan ke HTJ Seremban atas permintaan keluarga dan nasihat pihak hospital.
Pada 17 Jun lalu, suami mangsa, Rosmaini Abd Raof mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, Johor atas pertuduhan memukul isterinya yang hamil sehingga koma dalam kejadian pada 4 Mei lalu.
Seorang lelaki pasti akan sukakan air tangan ibu dan isterinya. Mungkin ada sesetengah masakan ibu yang masih tidak dapat ditandingi oleh si isteri biarpun sudah bertahun mendirikan rumah tangga. Pasti akan tetap dibandingkan oleh suami. Isteri jangan pula tarik muka, ada sebab mengapa jadi begitu.
Memang ada sesetangah masakan, belajar macam mana pun tak mungkin kita boleh kalahkan ibu mertua.
Seorang anak lelaki akan tetap sukakan masakan ibunya kerana sebab-sebab tertantu. Bukan tidak menghargai usaha si isteri, tetapi entah mengapa ada sesetengah makanan yang ibu sediakan tetap menduduki carta teratas. Biarpun sudah diminta isteri menuntut ilmu dari ibunya, tetap tak boleh lawan. Kenapa ya?
1. Allah SWT telah mengurniakan satu kelebihan kepada para ibu. Setiap apa yang dimasak olehnya akan menjadi kegemaran anak-anak. Biarpun sekadar masakan mudah, tetap anak-anak suka. Takkan ada sesiapa yang boleh mengatasi rasa enak masakan si ibu. Hari ini suami kata masakan ibunya sedap, entah esok lusa anak kita pula puji makanan yang kita masak pada isterinya.
2. Suami kita telah dibesarkan oleh ibunya berpuluh tahun lamanya sebelum dia mengahwini kita. Masakan ibulah yang selalu dia makan. Sebagai isteri, jangan mudah berputus asa. Teruskan berusaha untuk menuntut ilmu masakan dari ibu mertua anda.
3. Salah satu sebab lain mungkin kerana perbezaan budaya. Sebagai contoh, suami orang pantai timur. Isteri pula orang selatan. Selera makan berbeza. Cara kita dibesarkan, makanan yang kita biasa akan pun tidak sama. Jadi mungkin itu juga yang menjadi faktor mengapa masakan kita kurang ‘kena’ pada tekak suami.
Sebenarnya suami bukanlah tidak suka dengan masakan isteri, cumanya dia juga sedang mencuba untuk adapt makanan baru. Lain dari kebiasaannya yang dia suka dan selalu makan.
Percayalah, akan ada masakan isteri yang menjadi kesukaannya. Teruskan belajar dan menggoda selera suami dengan masakan anda. Kata orang, nak pikat suami kenalah pikat seleranya dulu kan?
Setelah enam tahun menanti kehadiran cahaya mata kedua, pelakon terkenal Indonesia Acha Septriasa berkongsi berita sedih apabila dia mengalami keguguran baru-baru ini.
Acha berkata, dia mengalami keguguran ketika usia kandungannya masih dalam tempoh trimester pertama dan menganggap perkara itu sebagai dugaan kedatangan 2023.
Pun begitu, dalam kesedihan itu, Acha berkata, dia perlu kuat dan bangkit demi keluarganya meskipun harapan menimang cahaya mata tidak kesampaian.
“Satu berita yang tidak dijangka dan tidak diingini, saya mengalami keguguran dalam fasa trimester pertama.
“Kami sangat sedih. Ini adalah saat untuk kami muhasabah diri. Kami akan kembali bangkit menjadi lebih kuat,” katanya.
Pelakon filem Heart ini berkongsi mengenai perkara itu menerusi hantaran di Instagram miliknya.
Dalam pada itu, Acha turut berkongsi kenangan selama tujuh tahun meraikan sambutan tahun baharu di pelbagai lokasi bersama suami, Vicky Kharisma.
Menyebut tentang azam tahun baharu, Acha berharap dia dapat menjadi isteri dan ibu terbaik buat suami dan anak perempuan mereka.
Kata Acha, melalui fasa hubungan jarak jauh sebelum ini membuatkan mereka lebih menghargai satu sama lain dan memberi keutamaan kepada keluarga.
Acha dan Vicky mendirikan rumah tangga pada 11 September 2016 dan mereka dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Bridgia Kalina Kharisma yang kini berusia 6 tahun.
Memandangkan ramai yang terjejas pendapatan disebabkan pandemik Covid-19, ramai sebenarnya rakyat Malaysia yang sentiasa bermurah hati untuk sama-sama menghulurkan bantuan dan berkongsi rezeki.
Bukan sahaja Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), ada juga melibatkan individu dari pelbagai peringkat dan juga rakan selebriti. Terkini pelakon dan juga model, Anzalna Nasir turut mengambil inisiatif dengan menjual pakaian terpakai (preloved) kepunyaan anak lelakinya iaitu Mohammad Eidress.
Berkongsi mengenai usaha tersebut, Anzalna akui hasil jualan ini akan disalurkan kepada pihak yang memerlukan dan sebagai tanda keprihatinan darinya sekeluarga.
Menerusi perkongsian di Instagram, Anzalna berkata dia menjual pakaian berjenama anaknya dengan harga berpatutan dan kebiasaannya jualan tersebut akan ‘sold out’ dalam masa 10 minit.
“Di atas permintaan, Anzalna usahakan juga dan dapat kumpul baju-baju Eidrees untuk dijual preloved supaya duit itu sedikit banyak dapat menolong mereka yang memerlukan dan saya tahu followers @prelovedbyeidrees tak sabar! Selalunya upload baju-baju Eidrees tak sampai 10 minit habis dijual.
Laju betul ibu-ibu shopping untuk anak-anak! Harga I jual pun punyalah murah kalau nak dibandingkan dengan harga yang I beli. Tak kisahlah! apa yang penting ibu-ibu happy tengok anak handsome bergaya.” tulisnya.
Sementara itu, menerusi satu entri, Anzalna memaklumkan jualan baju preloved anaknya itu sudah habis terjual dalam masa 5 minit sahaja.
Di ruangan komen, ramai yang memuji usaha yang dilakukan Anzalna dan berharap dengan jualan baju berjenama anak-anaknya itu, dapatlah disalurkan kepada pihak memerlukan terutama keluarga yang ada anak kecil.
Kredit: IG Anzalna Nasir
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
PA&MA GALA MOMS yang diinspirasikan bersama CETAPHIL, sebuah program Anugerah Digital yang memberi penghargaan kepada 20 mama millennial yang bukan hanya mempunyai pengaruh yang kuat di media sosial malah memberi inspirasi buat ibu-ibu millennial di luar sana.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tindakan yang boleh kita buat apabila dipukul, dikasari dan dicederakan. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.