Tahniah diucapkan buat penyanyi Usop yang bakal bergelar bapa tidak lama lagi selepas mengumumkan kehamilannya isterinya.
Menerusi Instagram, Usop memuat naik video kejutan yang dibuat oleh isterinya ketika mengumumkan perkhabaran gembira itu malah amat bersyukur atas rezeki yang dikurniakan Allah buatnya dan isteri.
“Alhamdulilah rezeki allah,” tulis Usop ringkas.
Pelantun lagu Selamanya ini yang selamat mengikat tali janji dengan pernikahan pada 4 Februari lalu turut meluahkan penghargaan buat isteri tersayangnya, Nur Fatihah Md Hashim sambil meninggalkan tanda pagar #usopjunior untuk mengumumkan kehamilannya isterinya.
“I love u sayangku, #usopjunior ❤️,” tulis Usop berkongsi.
Ads
Video kejutan yang dibuat isterinya ternyata mengundang rasa sebak buat pengikutnya. Nur Fatihah atau panggilan manjanya Teha meletakkan kit kehamilan di dalam sebuah beg yang kemudiannya baru disedari oleh Usop.
Lantas Usop terus memeluk isterinya dan keduanya turut sama mengalirkan air mata kerana terlalu gembira dengan rezeki Allah.
Dalam pada itu, laman Instagram rasmi Usop turut dibanjiri dengan ucapan tahniah daripada peminatnya. Begitu juga dengan rakan-rakan selebriti yang turut sama mendoakan pasangan ini.
Ads
Semoga kehamilan isteri Usop dipermudahkan hingga detik melahirkan kelak.
Terdahulu, Usop mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya, Nur Fatihah Md Hashim, 25, pada majlis tertutup di Kompleks Darul Hidayah, Penaga, Pulau Pinang pada 4 Februari lalu.
Dah tak ada idea nak masakkan apa untuk anak, semua dia tolak. Tak tahulah di mana silapnya padahal dah cuba macam-macam resipi. Untuk mommies yang ada masalah anak susah makan, jom segera dapatkan e-book 100++ Resipi Si Manja & Tip Untuk Mama!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Berjaga malam adalah antara rutin tatkala mempunyai bayi kecil. Pelawak & pengacara, Nabil Ahmad semakin teruja untuk menyambut kelahiran anak ketiganya.
Nabil dalam posting di Instagram mengharapkan proses kelahiran dan selepas bersalin dipermudahkan. Isterinya, Zira Ayub dijangka bersalin pada bulan April.
nabilzira One more month to go yea. Alhamdulillah these 8 months going smooth sgt. Hopefully after baby is out pun smooth mcm ni.
Rutin berjaga malam juga dijangkakan Nabil selepas bayi ketiganya dilahirkan dan akan mengikut giliran.
Lepasni, berjaga malam balik la kita yea. Macam biasa, kita take turn. Benda2 macam ni x boleh buat main, boleh jadi Hal woooooo ? Sape lagi bulan 4, ? sikit!!
Hos Pa&Ma, Sharifah Shahirah throwback untuk berkongsi pengalamannya hamilkan anak kelimanya, Adeena pada 2016 pada usia 42 tahun. Selebriti yang petah dan lucu ini turut bercerita tentang proses bersalin yang lain daripada anak-anaknya sebelum ini.
Perkahwinan Sharifah Shahirah binti Syed Abu Bakar Al-Khaired atau lebih mesra dengan panggilan Shiera dan suaminya, Ijoy diserikan dengan empat cahaya mata dan seorang anak daripada perkahwinan pertama Shiera.
Shiera kini bersama suaminya, Ijoy Azhari menjadi hos untuk rancangan TV Pa&Ma yang disiarkan di Astro Prima & Maya HD setiap Selasa jam 12 tengah hari.
PENGALAMAN HAML DI USIA 40AN
Shiera hamil bersalin anak keenam pada umur 42 tahun dan mengakui ada perbezaan yang dirasakan dengan kehamilan yang sebelum ini. “ Saya merasa cepat penat cepat mengah dan kandungannya berat. Berat saya sebelum bersalin ialah 72kg. Ketika itu saya juga tidak boleh bergerak cepat. Tidak seperti anak-anak yang sebelum ini saya masih boleh berlari dan sebagainya ketika mengandung,” kata ibu lima anak ini.
Shiera akui ketika mengandungkan Adeena, dia agak malas dan banyak duduk. Dari segi mabuk alahan pula, rasa loya dan muntah kurang berbanding anak-anak yang sebelum ini di mana dia boleh makan tanpa muntah.
“Tapi doktor memang nasihatkan untuk jaga pemakanan. Kerana kehamilan pada usia 40an berisiko tinggi untuk terkena kencing manis dan darah tinggi. Tapi syukurlah ibu dan nenek pun bukan penghidap kencing manis. Tapi saya ambil juga test kencing manis atas nasihat doktor dan Alhamdulillah keputusannya OK,” kata deejay Suria FM ini.
BAYI BESAR & OVERDUE SEMINGGU
“Ketika bersalinkan Adeena, saya perlu dibedah kerana dia agak besar. Beratnya mencecah 4kg dan overdue seminggu. Malah bayi sudah membuang air besar dalam kandungan. Saya yang agak keletihan kerana tidak dapat tidur perlu melahirkan melalui emergency caeser. Ia adalah pengalaman pertama saya bersalin secara pembedahan.
BUKAN UNPLAN, MEMANG RANCANG UNTUK HAMILKAN ADEENA
Saya dah dapat agak saya hamil kerana saya tahu akan mengandung lagi. Dah boleh agak, mesti mennjadi. Mungkin tahap kesuburan pun OK. Saya katakan kepada Ijoy, why not kita cuba. Nenek saya pun bersalin pada pada usia 42, ibu saya pun dapat Sakinah pada usia 40an. Jadi kami rancang untuk hamil.
Anak ketiga saya juga meninggal dunia semasa bersalin. Ketika itu usia kandungan ialah 6 bulan. Sebelum hamilkan Adeena, saya juga telah mengalami keguguran.
HAMIL 40AN KENA JAGA MAKAN & TAK TERLALU LASAK
“Memang kena jaga dari segi pemakanan. Dari segi pergerakan juga perlu dihadkan, elakkan terlalu banyak bergerak. Kadang-kadang boleh jadi leaking air ketuban, bleeding dan sebagainya. Mengandung di usia 40an tak sama macam masa kita 30an.
“Tapi ia bergantung kepada badan masing-masing. Kalau ada yang kata dia masih OK, itu terpulang padanya kerana ada yang masih boleh bersenam ketika hamil.
“Saya akui saya memang betul jaga, makan pun pantau sangat. Tapi saya masih berjalan, buat kerja macam biasa juga. Masih menjalankan tugas sebagai emcee di mana-mana tapi tidak lagi berlari-lari seperti hamil sebelum ini,” kata ibu cantik ini.
FOKUS JAGA PEMAKANAN DAN LUKA PEMBEDAHAN KETIKA PANTANG
Sejak dulu selepas bersalin saya memang jaga makan. Tapi bersalinkan anak yang bongsu ini saya agak janggal kerana bersalin menerusi pembedahan. Bila dibedah, saya tidak boleh nak berbengkung dan ibu mertua saya pun tak biasa untuk menjaga pantang bersalin caeser sebab tak ada yang pernah caeser.
Saya hairan juga kerana kalau bersalin normal saya boleh duduk bersimpuh. Dan bila saya bersalin caeser saya boleh duduk bersila tanpa rasa apa-apa. Dan orang pun kata kenapa duduk bersila.
Bila bersalin caeser, saya kurang berpantang kecuali pantang makan sahaja. Doktor juga, menasihatkan supaya tidak bertungku di perut kerana bimbang bernanah. Jadi saya hanya jaga luka pembedahan saya sahaja dan jaga pengambilan makanan. Jamu saya tak ambil sangat sebab tak berani bila bersalin melalui pembedahan. Terima kasih kepada Ijoy kerana bergilir-gilir jaga anak ketika berpantang.
SENTIASA FIKIR POSITIF & BE NICE
Memikul tugas seorang isteri, ibu dan mempunyai kerjaya sebagai deejay, hos dan pelakon tentu menuntut komitmen yang tinggi. “Saya akui memang tidak sempat untuk bersenam. Saya tidak ke arah senaman, saya lebih ke arah menjaga pemakanan. Kalau ambil makanan manis tapi saya kawal supaya tidak ambil minuman bergula.
Selain itu, Shiera juga sentiasa berfikiran positif & always be nice to other people ialah rahsia dirinya sentiasa ceria dan gembira.
Saksikan Shiera bersama suaminya, Ijoy Azhari mengacarakan Pa&Ma Setiap selasa, 12 tengah hari di Astro Prima & Astro Maya HD. Untuk episod ke-3 yang bakal ke udara pada 25 September 2018, tajuk Si Genius Disleksia akan dikupas.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Mana Ada Diet Nak Elak Plasenta Previa, Ini Perkara Penting Ibu Hamil Kena Tahu
Placenta previa boleh menyebabkan risiko pendarahan semasa hamil dan juga ketika proses kelahiran. Ada beberapa situasi yang menyebabkan ibu-ibu hamil dengan kes placenta previa perlu berwaspada.
Menurut Dr Amirul Amzar, plasenta previa ialah satu keadaan di mana uri terletak di bahagian bawah rahim dan menghalang laluan untuk bersalin. Beliau juga turut memberikan reaksi kepada penyebaran info yang mengatakan ada diet tertentu yang boleh mengelakkan plasenta previa ini.
BETUL KE ADA DIET UNTUK ELAK PLACENTA PREVIA?
Makin mengarut ajaran doula ekstremis ni. Hari tu kata ada diet untuk elakkan Caesarean. Sekarang ada diet untuk elakkan Placenta Previa pulak!
Saya cari punya cari, tak ada pulak jurnal yang membuktikan informasi ini. Saya tanya pakar perbidanan dan pakar pemakanan pun tak ada jugak makanan untuk elak Placenta Previa. Mana lah doula ni belajar. Lepas tu ajar pada pada orang awam, orang awam pun percaya bulat-bulat.
APA ITU PLACENTA PREVIA?
Placenta previa adalah satu keadaan di mana uri terletak di bahagian bawah rahim dan menghalang laluan untuk bersalin.
Biasanya ia didiagnos selepas 28 minggu kehamilan kerana sebelum itu, uri yang rendah masih ada potensi naik ke atas.
Placenta previa ni ada beberapa jenis. Ada yang masih boleh bersalin normal, ada yang memang kena Caesarean.
PLACENTA PREVIA BOLEH MENYEBABKAN PENDARAHAN TERUK
Placenta previa juga mendedahkan ibu pada risiko pendarahan yang teruk. Kalau berdarah, sekejap je darah dalam badan si ibu boleh kering. Sebab itu ia perlu pemantauan rapat oleh pakar.
LAPAN FAKTOR TERJADINYA PLACENTA PREVIA
Antara faktor risiko placenta previa adalah:
1. Sejarah placenta previa pada kandungan sebelumnya.
2. Sejarah pembedahan melibatkan dinding rahim seperti Caesarean atau pembuangan fibroid (myomectomy).
3. Sejarah kandungan ramai, terutama jarak antara kandungan rapat-rapat
4. Merokok.
5. Menggunakan kokain sewaktu mengandung.
6. Sejarah pencucian rahim oleh sebab keguguran (dilation and currettage).
7. Kandungan kembar, kerana uri yang lebih besar.
8. Posisi bayi tidak normal seperti songsang atau melintang.
Tak ada lagi makanan yang menyebabkan placenta previa dan tak ada lagi makanan yang boleh membantu dalam rawatan placenta previa.
Jadi, hati-hati bila dengar informasi kesihatan dari doula ekstremis. Kalau dengar, double confirm kesahihan dengan doktor merawat. Takut bayar beratus-ratus, dapat informasi pulak mengarut-ngarut.
Doula hanya peneman. Doula tak ada kelayakan beri nasihat perubatan.
*Doula bukan bidan
*Doula bukan doktor
*Doula bukan pakar pemakanan
*Doula juga bukan farmasis.
Bulan Disember adalah bulan tengkujuh yang membawa bersama hujan lebat dan risiko jangkitan kuman yang semakin meningkat, terutamanya di kalangan kanak-kanak. Dalam tempoh ini,...