Melayari insta story Datuk Seri Siti Nurhaliza pasti membuatkan kita tertanya-tanya mengenai anak kesayangan Tok Ti, Siti Aafiyah yang dimasukkan ke wad di sebuah pusat perubatan, baru-baru ini.

Ramai yang tertanya-tanya mengenai masalah yang dihadapi anak kecil itu sehingga dimasukkan ke hospital. Malah menimbulkan kebimbangan berhubung tahap kesihatan anak tunggal penyanyi tersohor itu.

“Alhamdulillah Aafiyah Dah Makin Sihat, Dah Lompat-Lompat” – DS Siti Nurhaliza

Namun beberapa perkongsian, Tok Ti menerusi insta storynya membuatkan seluruh peminat lega. Melihat aksi lincah Aafiyah yang berada di dalam wad membuatkan warganet terhibur.

Bagaimanapun, menerusi perkongsian terbaru Tok Ti, Aafiyah kini berada dalam keadaan baik, sihat dan aktif. Malah kini sudah pun dibenarkan keluar wad dan semakin ceria.

Malah Aafiyah juga dihujani hadiah dan cenderahati yang di kongsikan Tok Ti sambil mengharapkan agar Aafiyah kembali aktif seperti dahulu.

IKLAN

“Alhamdulillah Aafiyah Dah Makin Sihat, Dah Lompat-Lompat” – DS Siti Nurhaliza

“Assalamualaikum semua, Aafiyah dah semakin sihat, dah lompat-lompat.

“Terima kasih semua yang mendoakan dan bertanya khabar Aafiyah melalui mesej peribadi,” kata Tok Ti menerusi insta storynya.

IKLAN

“Alhamdulillah Aafiyah Dah Makin Sihat, Dah Lompat-Lompat” – DS Siti Nurhaliza

Semoga yang baik-baik sahaja buat Aafiyah. Moga cepat-cepat sihat dan dapat bermain seperti biasa.

“Alhamdulillah Aafiyah Dah Makin Sihat, Dah Lompat-Lompat” – DS Siti Nurhaliza

IKLAN

 

Terdahulu, Datuk Siti mendirikan rumah tangga bersama Datuk Khalid Jiwa pada 21 Ogos 2006. Kini pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata, Aafiyah yang kini berusia 2 tahun.

Artikel Menarik: Semoga Allah Sentiasa Menjaga & Melindungimu Di Sabah Ardell Sertai Misi Bantuan Sebak Tinggalkan Suami & Anak!

Nak macam-macam info? Jom join telegram Pa&Ma D Parents https://t.me/pamadparents

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI