Ainul Mardhiah semakin sihat. Walau pun baru-baru ini terpaksa membatalkan kepulangan ke Malaysia kerana masalah kesihatan, si kecil ini kelihatan semakin pulih dan ceria. Pertama kali dibawa keluar oleh mama & walid setelah 2 bulan di tahan di wad.
Bayi yang disayangi rakyat Malaysia ini pada awalnya mengalami batuk dan demam sebelum berlepas pulang ke tanah air Isnin lalu.
Artikel berkaitan: Ainul Ok Je, Cuma Demam & Batuk Punca Tak Jadi Balik Malaysia
Semalam, mama dan walid Ainul Ahmad Safiuddin & Nurul Erwani berkongsi keadaan terkini si kecil ini menerusi Instagram & Facebook. Ainul dimaklumkan semakin pulih.
BERJALAN DI TAMAN BERSEBELAHAN HOSPITAL
Dalam video berkenaan, keluarga kecil ini membawa Ainul berjalan di sekitar taman bersebelahan dengan hospital Ainul dirawat. Waktu tempatan ketika itu kira-kira jam 1.30 tengah hari.
AINUL TERUJA LIHAT DUNIA LUAR
Ainul kelihatan teruja untuk melihat dunia luar. Mama Ainul memaklumkan ini adalah pertama kali mereka membawa Ainul keluar daripada bangunan hospital selepas pembedahan.
Menerusi video berkenaan, bapa memaklumkan Ainul merengek dan membawanya keluar bagi menenangkan. Atas keizinan doktor, mereka membawa Ainul keluar.
Ainul kelihatan termenung dan terpesona dengan keadaan di luar. Keberadaan mereka sekeluarga di taman kecil berkenaan hospital turut ditemani kakitangan perubatan.
Tangki oksigen dan suction pump turut dibawa bersama dengan Ainul semasa bersiar-siar. Ainul juga kelihatan menghisap jarinya. Berat badannya terkini 2.97kg dan graf berat badannya semakin naik setiap hari.
DIBAWA KELUAR ATAS SARANAN DOKTOR
Bapa Ainul juga menjelaskan yang langkah membawa Ainul keluar ke taman ini adalah saranan daripada doktor. Katanya doktor mahu Ainul melihat keadaan di luar bangunan tidak hanya berada di bilik.
Ahmad Safiuddin juga mengatakan mereka masih belum boleh pulang ke Malaysia kerana ada lagi beberapa rawatan yang diperolehi si kecil ini.
Bapa ini juga memaklumkan yang Ainul boleh memasukkan tangan ke dalam mulut, malah perkara tersebut baik melatihnya untuk menghisap dan menelan.
Selepas pulang daripada keluar bersiar-siar di taman, Ainul tertidur. Kata bapanya dia memang seronok hingga tertidur dalam kereta sorong.
CikPuan Iema “Semoga adik ainul terus diberi kesembuhan.. Comel ny adik ainul.. Sye bru kehilangan anak dlm kandungan sye 7bulan.. Doakan untuk sye.. Akan diberi rezeki zuriat lagi..”
Salina Sahid “Alhamdulillah nampak Ainul semakin sihat dan aktif.Moga dipermudahkan segala urusan Ainul ketika di sana.Aamiin.”
Muhammad Sallehhin Dahlan “Hai ainul sayang. Cepat sihat tau. Semoga ainul sentiasa dilindungi oleh ALLAH. Aamiin”
JoeJie “Tgk walid jaga baby ainul dh mcm walid jaga semua org kt sini yg turut berdoa utk baby ainul?”
Sheema Shah “Dia seronok tu keluar. Sebab tu dia behave sangat.”
Manakala menerusi Instagram mama Ainul, Nurul Erwani turut memaklumkan perkara yang sama. Ainul
Sumber: Ahmad Safiuddin & _nrlerwani