Berita mengenai adik Ainul Mardhiah yang kini sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) benar-benar mengejutkan seluruh rakyat Malaysia. Tambah pula sebelum ini perkembangan Ainul sangat bagus dari semasa ke semasa selepas berjaya menjalani pembedahan kanser mulut Germ Cell Tumor.
Bagaimanapun, perkhabaran mengenai kesihatan adik Ainul di media sosial mama dan walidnya semalam (1 Ogos) membuatkan ramai yang tak percaya Ainul kini sedang berjuang melawan jangkitan kuman dalam badannya.
Menerusi perkongsian walid Ainul, Ahmad Safiuddin, dia memberitahu Ainul dapat jangkitan kuman dan kemungkinan ada sekali virus. Serangan kali ni agak kuat dan cepat. Serangan di tahap kritikal.
Ainul start tunjuk tanda pada hari jumaat lalu, itu pun hanya batuk tahap biasa dan secretion mula banyak. Tapi belum demam hari jumaat tu. Kami sudah bersedia dengan PCM jika demam, sebab ainul sebelum ini memang 2 3 kali pernah kena.
Sebelum ini pun waktu covid mengganas, kami pergi klinik pakar kanak kanak untuk periksa ainul. So far apabila doctor tengok keadaannya, doctor kata boleh ambil antibiotik dan rawat di rumah dulu. Alhamdulillah, sembuh selepas tiga ke empat hari.
Hari sabtu (hari kedua), Ainul mula muntah sedikit setiap kali feeding dan nampak dia tak aktif. Suhu meningkat sikit. Kami beri PCM dan tuam badannya. Kami mula beri ainul pump berwarna biru.
Sabtu tengah malam waktu feeding, Ainul muntah semua susu yang dia minum dan cirit birit. Begitu juga pada awal pagi ahad.
Bila ahad pagi (hari ketiga) kami tengok keadaannya masih tak ok, kami bawa ke GP untuk buat pemeriksaan.
Selepas diperiksa, GP terus minta bawa Ainul ke hospital segera. Keluar klinik, saya terus cari emergency berdekatan. Bila dah buat assessment, Ainul perlu ditahan wad untuk pemeriksaan lebih lanjut.
Procedure X-ray dibuat ke atas ainul dan nampak paru-parunya penuh tompok putih, begitu juga pada ususnya.
Doktor kata, dalam tempoh 3 hari jangkitan kuman dia sangat kuat dan pantas.
Hari ini (1 Ogos), Doctor decided untuk support Ainul guna ventilator sebab kuman/virus itu mula merebak hampir di semua tempat. Para Doktor di sini buat sehabis baik, support apa yang diperlukannya.
Sekarang ini kita hanya perlu tunggu dan berdoa, apakah respon tubuh ainul. Mohon doakan Ainul berjaya lawan ye.Ainul sekarang sedang tidur.
Punca jangkitan kuman? Wallahualam. Sesungguhnya kami tak nampak kuman tu.
Keadaan Ainul makin stabil
Sementara itu, di IG mama Ainul, Nurul Erwani, perkembangan Ainul makin positif selepas doktor melakukan proses rawatan untuk buah hati rakyat Malaysia ini.
Nurul Erwani memberitahu, selepas ambil darah dan xray petang semalam, keadaan Ainul semakin baik dan stabil. Cuma doktor rehatkan dulu Ainul buat sementara waktu.
Ahmad Safiuddin dan Nurul Erwani juga turut mengucapkan terima kasih atas doa yang tak putus buat anak sulung mereka dan berharap ada keajaiban dari Allah SWT serta doakan juga kesihatan untuk anak-anak lain yang sedang menerima rawatan.
Terima kasih semua yang mendoakan Ainul. Kita doakan juga kanak-kanak lain yang tengah struggle lawan penyakit supaya anak anak ini diberi kekuatan, kesihatan dan ibu bapa mereka diberikan kesabaran serta dipermudahkan segala urusan.
InshaAllah dia akan bangkit lawan dan sihat semula. Terima kasih semua.
Kredit: FB Ahmad Safiuddin & IG Nurul Erwani
Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Ayuh, belajar cara didik anak untuk menyimpan sejak mereka kecil. Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-simpan-duit/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI